Itinerari 5H4M Musim Spring di Pulau Jeju, Korea Selatan

Jeju in 5D4N. Let’s go!

Sharing is caring!

Dah hampir 3 bulan berlalu namun kenangan aku meneroka Pulau Jeju pada musim bunga lepas masih lagi segar dalam ingatan. Manakan tidak, selain dari musim bunga, sebab aku teruja ialah ini merupakan kali pertama aku jejakkan kaki di bumi Korea Selatan. Alhamdulillah, akhirnya tercapai juga impian untuk melihat keindahan negara ini dengan mata sendiri.

Aku pasti ramai antara korang (especially K-Pop fans) dah lama berhajat nak melawat Korea Selatan, khususnya Pulau Jeju. Dikenali sebagai ‘Hawai of South Korea’, Pulau Jeju sememangnya antara destinasi terkenal di negara ini kerana keindahan alam semula jadinya yang memukau, keunikan budaya mereka serta makanan-makanan laut yang pastinya buat anda terliur.

Apa tunggu lagi?

Terus baca pengalaman aku di sini selama 5 hari 4 malam pada musim bunga bersama dengan Jeju Tourism Organisation (JTO) dan beberapa kumpulan media dari Malaysia.

 Penginapan 

Playce Camp Jeju

Playce Camp Jeju merupakan salah satu penginapan yang boleh anda pilih apabila berada di sekitar kawasan Seogwipo. Aku suka seni reka interior dan exterior hotel ni sebab minimalist dan straight forward. Bilik dilengkapi dengan keperluan basic dan ruang pun agak selesa. Sesuai untuk mereka yang plan nak teroka bahagian selatan Pulau Jeju.

Maison Glad Hotel

Jika anda mencari hotel yang selesa dan mewah di tengah-tengah bandar Jeju, boleh la cuba menginap di Maison Glad Hotel. Info lanjut boleh didapati melalui laman web rasmi hotel ni. Penginapan yang sangat selesa dan lokasinya juga agak strategik (berdekatan dengan Yeongdong Street).



 Day 1  

 

Penerbangan (KUL – CJU)

Alhamdulillah, bahagia sangat rasa bila tahu Air Asia X ada penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Jeju. All this while travellers yang terbang dari Malaysia selalu kena lalui transit dari Seoul dan ambil penerbangan domestik ke Jeju, which is agak costly and time consuming.

Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jeju mengambil masa sekitar 6 jam lebih. But ours that day was more than that. Mungkin sekitar 9 jam kot due to strong wind kat kawasan Jeju, hence our flight terpaksa berhenti and refuel dekat lapangan terbang Busan before teruskan perjalanan ke Jeju. Alhamdulillah, semuanya okay!

Sampai je di airport, masing-masing terus cari tempat nak sewa WiFi poket. Aku ada cadangan nak sewa WiFi poket di Jeju Airport. Tapi kalau plan nak sewa WiFi poket dari Malaysia, boleh cuba Roaming Man. Pakej WiFi data tanpa had dengan harga RM12/sehari!

Makan malam di Restoran Daewonga

Lepas keluar dari airport, first thing yang kitaorang cari is MAKANAN. Apa la agaknya yang bakal dihidangkan untuk kitaorang ya? Of course la MAKANAN LAUT.

Restoran pertama yang kitaorang cuba ialah Restoran Daewonga, iaitu restoran seafood yang menyediakan menu Muslim-friendly. Antara menu yang kitaorang rasa ialah seafood steamboat (locally known as haemul cheongbol) yang terdiri daripada abalone, ketam, sotong, sayur-sayuran, mussels yang direbus dengan supHarga pula ialah KRW 60,000 (sekitar RM220). Sounds like a lot untuk makanan but portion menu ni boleh dikongsi untuk 3 atau 4 orang.

Menariknya tentang seafood di sini ialah ia merupakan hasil tangkapan Jeju female diver atau lebih dikenali sebagai Haenyeo. Ini juga la antara sebab mengapa makanan laut di Jeju agak istimewa.

Tip: Since Restoran Daewonga ni antara salah satu restoran Muslim-friendly di Jeju, anda boleh request untuk solat di sini. Mereka sediakan ruang khas untuk solat. Be sure untuk bawa kelengkapan sendiri la untuk lebih selesa.

?: 62-1 Donam-dong, Cheju, Jeju-do, South Korea (GPS: 33.491765, 126.527075)
?: +82 64-753-3030
: 9AM – 9.30PM

 Day 2  

Keliling Udo Island

Kitaorang mulakan hari kedua di Jeju dengan day trip ke Pulau Udo, iaitu antara salah satu pulau terkenal yang berada di sekeliling Pulau Jeju. Di sini biasanya orang pergi untuk enjoy some activities, merasai suasana yang lebih tenang berbanding di kawasan utama (Jeju city centre) dan of course nak merasa makanan sedap.

Bagaimana nak ke Udo Island? 
■ Boleh ambil ferry ride dari Seongsan Port (GPS: 33.470621, 126.930975).
■ Harga tiket return ialah KRW 8,500 (RM30 something). Untuk beli tiket, korang kena isi declaration form & tunjuk passport/ID di kaunter pembelian tiket.
■ Ferry gerak setiap 30 minit dari 7.30AM hingga 6PM.
■ Note: Notis atau poster kat papan iklan semua dalam bahasa Korea tapi jangan risau sebab orang-orang kat sini biasanya boleh cakap English at least basic one.

 

Aktiviti pertama kitaorang ialah menaiki basikal sekitar pulau. Since para pengunjung tidak dibenarkan membawa kenderaan ke Pulau Udo (kecuali mempunyai permit khas), option terbaik untuk teroka Pulau Udo ialah dengan menaiki basikal. Boleh bergerak ikut your own pace. Harga sewa basikal ialah sekitar KRW 10,000 (RM35 something) untuk 3 jam. Kalau malas nak jalan kaki atau naik basikal, boleh naik shuttle bus yang disediakan.

Selain itu, kitaorang sempat merasa peanut bread dan peanut latte di Bongkkeurang Bakery. Banyak-banyak benda, why peanut? Sebab Jeju terkenal dengan penghasilan peanut. That’s why korang kena cuba anything (especially dessert) yang diperbuat daripada peanut apabila berada di Pulau Udo.

To top it off before anda gerak balik ke pulau utama, jangan lupa rasa peanut ice cream sambil menikmati cliff view yang semestinya memukau. Perfect way to beat that sunny day!

Melihat persembahan Haenyeo

Selepas sampai di Pulau Jeju dan makan tengahari, kitaorang terus ke kawasan Seongsan Ilchulbong untuk melihat persembangan dari Haenyeo Divers. Diiktiraf oleh UNESCO sebagai warisan budaya, Haenyeo merupakan sebuah komuniti penyelam di provinsi Jeju yang terdiri daripada golongan wanita dalam lingkungan umur 70-an dan ke atas.

Mereka cukup dikenali dengan sifat yang kuat dari segi fizikal, berdikari dan juga sometimes dianggap sebagai ketua keluarga kerana mereka la yang bertanggungjawab untuk mencari punca rezeki keluarga. Panjang ceritanya, kalau korang nak baca lebih lanjut, boleh klik sini.

Aku kagum bila dengar cerita disebalik kehidupan sebagai salah seorang Haenyeo ni. Ye la, diorang dive tanpa menggunakan topeng oksigen, tahap fizikal masih lagi kuat untuk bekerja selama sekitar 5 jam sehari dan menangkap hasil laut yang beratnya sekitar 70 – 80KG. Terus membuat aku terfikir kalau nanti umur 70 tahun ke atas, mampukah aku nak buat semua ni?

Sepanjang persembahan tu nanti para Haenyeo akan menyanyikan sebuah lagu menceritakan tentang kehidupan mereka. Terus terang, aku rasa terharu dan dalam pada masa yang sama juga sebak sebab some of them tiada pilihan lain selain menjadi female diver atas faktor keluarga dan sebagainya. Hope mereka terus mendapat rezeki banyak & dapat bantuan dari banyak pihak.

It is really an eye opening experience.

Seongsan Ilchulbong

Selesai menonton persembahan Haenyeo, kitaorang terus buat aktiviti seterusnya iaitu naik puncak Seongsan Ilchulbong, iaitu antara tempat wajib dikunjungi di Pulau Jeju. Tahukah anda Seogsan Ilchulbong Peak ni terhasil daripada letupan gunung berapi yang dikatakan terjadi beberapa ribu tahun yang lalu? Betul dan sebab itu la ia juga diiktiraf sebagai tapak warisan budaya UNESCO.

In order to enjoy the panoramic view, you have no other option selain hike up to the peak area which approximately will take around 20 – 30 minutes la depending on your physical ability. For me, agak mencabar juga sebab dah lama tak hike plus baru bantai makan seafood before pergi sini. HAHA. Don’t worry, take your time. Enjoy the view while on the way naik atas.

Bila dah sampai puncak nanti, rasa penat tu akan hilang sebab korang akan disajikan dengan pemandangan 360 degree Pulau Jeju. I don’t mind spending hours of my time kat sini sebab view memang cantik. Buat aku rasa tenang je.

Tip: Kalau plan nak hike, pastikan korang pakai pakaian dan kasut yang selesa ya

 

Seongsan Ilchulbong juga dikenali sebagai Seongsan Sunrise Peak. Why sunrise peak? Well, probably sebab sunrise view from here lagi cantik kot but hmmmmmm.. sunrise sounds like too early for most of us to hike kan? Don’t worry. Korang still boleh enjoy view cantik during anytime of the day.

Melihat sunset di Seopjikoji

Tempat terakhir kitorang visit untuk hari kedua ialah Seopjikoji, tempat yang dikatakan banyak digunakan sebagai set pengambaran untuk filem, drama atau program Korea seperti All in (SBS, 2003), My Girl (SBS, 2006) dan Running Man. That’s why tempat ni terkenal bukan sahaja dalam kalangan pengunjung tempatan tapi juga mereka dari luar negara.

Memandangkan Seopjikoji ni terletak di bahagian hujung eastern shore Pulau Jeju, anda semestinya akan menikmati pemandangan tepi pantai dan cliff yang cantik terutamanya pada waktu matahari terbenam. Jangan lupa untuk jalan sampai ke bahagian lighthouse untuk view yang lagi memukau.

?: 107, Seopjikoji-ro, Seogwipo-si, Jeju-do (GPS: 3.423864, 126.929284)
?: +82-64-782-0080
?: Percuma
?: Parking disediakan. Kereta jenis sedan (KRW 1,000) dan Van/bus (KRW 2,000)

 Day 3 

 

Cari jalan keluar di Maze Land

Teringin nak cuba cabaran maze for real? Dekat Jeju ada beberapa tarikan maze yang anda boleh cuba antaranya ialah Maze Land. Akhirnya tercapai juga hajat aku nak berjalan dalam kawasan maze sebenar sebab selama ni cuma tengok dekat movie je.

Maze Land mempunyai tiga jenis maze iaitu Whinstone (berbentuk artifak tradisional dikenali sebagai Stone Grandfather), Woman (berbentuk Haenyeo iaitu woman diver Jeju) dan Wind (paling senang) maze. Setiap maze ni mempunyai ciri-ciri dan cabaran tersendiri.

Aku spend nearly 1 jam lebih juga la kat dalam tu (plus ambil gambar & video). Dengar cerita ada yang sangkut kat dalam sampai tahap surrender minta bantuan staff. Memang betul agak tricky but kalau bijak dan pandai tengok map, insyaAllah boleh survive. Well, at least dapat cabar otak tu.

Aha: Tahukah anda bahawa Maze Land ni merupakan antara salah satu tempat pengambaran program Running Man? Yup!

Psst, kalau pergi dengan kawan-kawan lagi best. Boleh challenge each other.

?: 2134-47, Bijarim-ro Gujwa-eup, Jeju-si (GPS: 33.489010, 126.800908)
?: +82 64-784-3838
⌨️: www.mazeland.co.kr
: 9AM – 5.30PM to 7.00PM (waktu berbeza mengikut musim)
?: 9,000 KRW/seorang
?: Parking disediakan

Menikmati pemandangan cantik Woljeong-ri Beach

Dah penat cabar diri kat Maze Land, tiba masanya untuk cool off di pantai Woljeong-ri. Selalunya pantai ramai orang masa musim panas. Mujurlah aku datang sini musim spring. Less crowd & boleh enjoy the view dengan tenang.

One thing aku suka tentang pantai ni is air dia jernih dan warna pun cantik (emerald). Anda boleh santai, minum dan makan di mana-mana café atau restoran terletak di sepanjang pantai ni. Antaranya ialah Woodstock Cafe. Banyak ruang untuk santai, Instagrammable interior design dan serve best drinks!

Aha: Kalau datang masa musim panas, boleh la swim kat pantai!

?: Woljeong-ri, Gujwa-eup, Jeju-si, Jeju-do (GPS: 33.556251, 126.796171)
⌨️: Laman Web Rasmi Visit Korea

Makan tengahari di Jeju Onuii

Terletak beberapa minit drive dari kawasan pantai Woljeongri, ada satu restoran Muslim-friendly yang anda boleh visit for lunch. Restoran ini hanya menghidangkan makanan laut dan tidak menggunakan alkohol sebagai ingredient dalam masakan.

Jangan lupa untuk pesan hot stone rice, sliced abalone and other side dishes like vegetables (kimchi & salad) and seafood (grilled mackerel, fermented spicy squid & anchovies. Serius, sekali makan rasa nak tambah lagi. Tapi kebetulan masa tu ramai orang, so aku ada la rasa malu nak tambah. BYE.

Melihat bunga canola

Next, time untuk tengok canola flowers. Ini semestinya sebab utama travellers berkunjung ke Jeju pada musim spring. Masing-masing taknak lepaskan peluang untuk datang ke Gasi-ri Wind Power Plant Park.

MasyaAllah, view dia cantik yang amat. Aku torn in between sama ada nak duduk dan nikmati betapa indah ciptaanNya atau terus buat kerja ambil gambar dan video.

Tip: Kalau anda pilih untuk memandu di sini, jangan lupa untuk slow down di sepanjang jalan Noksan-ro (iaitu salah satu jalan tercantik di sini) menuju ke Gasiri-Wind Power Plant untuk menyajikan mata anda dengan view bungan canola dan cherry blossoms!

Pastikan anda semak kalendar tahunan festival di Jeju untuk menyertai Jeju Canola Flower Festival yang menyediakan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik untuk para pengunjung. Plus, IT’S FREE!

?: 381-15, Noksan-ro, Seogwipo-si, Jeju-do (GPS: 33.387277, 126.709303)
⌨️: Jeju Canola Flower Festival

Cabar diri di Zipline Jeju

Betul apa yang orang sini kata. Jeju bukan sahaja tempat untuk menikmati pemandangan cantik atau makanan best tapi ia juga tempat untuk anda melakukan sukan outdoor seperti zipline.

Di kelilingi tanaman teh, Zipline Jeju menawarkan empat jenis course iaitu Cedar Tree Forest Course (171m), Across the Green Tea (174m), Over the Pond (52m) dan Horizon with the Sea (223m) yang sesuai untuk para pengunjung dari pelbagai lapisan umur.

Tip: Untuk tujuan keselamatan, pastikan anda memakai pakaian sesuai untuk aktiviti ni. Plus, anda boleh bawa mobile phone or camera but at your own risk.

For me, it is less challenging sebab I’ve done something lagi adventurous before but definitely Zipline Jeju ni sesuai untuk para beginner atau mereka yang nak rasa bagaimana naik zipline. Plus point untuk Zipline Jeju is the view is not bad!

?: 117, Seongyo-ro, Seonheul-ri, Jocheon-eup, Jeju-si (GPS: 33.487113, 126.706723)
?: +82 64-784-9030
⌨️: www.jejuzipline.co.kr
: 9AM – 5.40PM
?: 28,000 KRW/seorang

Buffet halal di Restoran Shabu-Shabu

Kalau rasa-rasa nak makan hidangan buffet halal di Jeju, why not cuba restoran Shabu-Shabu. Please be mindful that their buffet is agak pricey for most of us but for those yang tak berkira bab-bab makanan masa travel ni, this place is definitely for you!

Best thing pasal restoran ini ialah mereka hidangkan daging lembu dan ayam halal (diiktiraf oleh Jeju Islamic Cultural Center). On top of that, banyak pilihan seafood yang anda boleh nikmati seperti abalone, udang, ketam, crayfish dan macam-macam lagi.

Tip: Perhatikan label/tanda halal pada setiap makanan ya 😉

Kegemaran aku of course Korean fried chicken (tteokbokki) dan their fresh seafood!

?: 25, Halladaehak-ro, Jeju-si, Jeju-do, South Korea (GPS: )
?: +82-64-742-1101
⌨️: Facebook @shabu1000jeju
: 11AM – 10.50PM
?: 34,000 KRW/seorang

 Day 4 

 

Petik Buah Strawberi

Untuk hari keempat, aku sengaja tak makan banyak masa sarapan pagi sebab nak reserve space lebih untuk aktiviti pertama kitaorang iaitu petik buah strawberi. Buat para penggemar buah strawberi, anda wajib visit Dongsan Strawberry Farm terletak di kawasan Jeojie.

Kenapa?
Sebab strawberi kat sini sedap, fresh dan yang penting organik (free from chemical.

Dengan hanya perlu bayar sekitar 11 USD (12,000 KRW), anda boleh makan sebanyak buah strawberi yang anda nak. Makan la sampai kenyang. Bukan itu sahaja, anda juga akan diberikan satu bekas kecil untuk take away!

?: +010-9838-2479 or 010-3119-2479 (e-mail at kth2479@invil.org).
⌨️: @strawberry2479

Soap making di Innisfree Jeju House

Buat para penggembar korean beauty products, trip di Jeju semestinya tak lengkap kalau tak pergi ke Innisfree Jeju House iaitu syurga produk-produk kecantikan jenama Innisfree.

Selain daripada melihat berbagai jenis produk, anda juga boleh lakukan aktiviti buat sabun di sini. Simply beli kit sabun (green tea, volcanic atau tangerine) yang berharga 15,000 KRW. Show your creativity by decorating your own soap using the unique stamps provided.

?: 425, Sinhwayeoksa-ro, Andeok-myeon, Seogwipo-si, Jeju-do (GPS: 33.307202, 126.290594)
?: +82 64-794-5351
⌨️: www.innisfree.com (Korean only)
: 9AM – 6PM

O’sulloc Tea Plantation

Selain dari Innisfree Jeju House, tempat yang wajib anda kunjungi di Jeju ialah O’Sulloc Tea Plantation. View ladang teh terbesar di Jeju ni sememangnya cantik. Kalau pergi pada musim spring, warna daun lebih menyerlah. Perfect spot untuk ambil gambar.

Selain itu, anda boleh visit O’Sulloc Tea Museum untuk mempelajari serba sedikit tentang tea di Korea.

Before leaving, jangan lupa ke café di sini untuk cuba green tea roll cake (5,000 KRW) dan aiskrim green tea (6,000 KRW). Para peminat green tea semestinya WAJIB CUBA!

?: 15, Sinhwayeoksa-ro, Andeok-myeon, Seogwipo-si, Jeju-do (GPS: 33.306136, 126.289399)
?: +82 64-794-5312
⌨️: www.osulloc.com
: 9AM – 6PM

Gunung Sanbangsan

Gunung Sanbangsan terhasil dari kejadian gunung berapi yang dikatakan berlaku pada 700,000 ke 800,000 tahun lalu. Kini ia berdiri sebagai salah satu tarikan menarik di Jeju.

Jika anda mempunyai banyak masa, boleh la explore gunung ni sebab ada macam-macam kat sini seperti gua, temple dan pemandangan laut yang memukau. Tapi jika tak ada banyak masa, boleh la visit salah satu taman bunga kanola yang berlatarbelakangkan Gunung Sanbangsan.

?: 218-10, Sanbang-ro, Andeok-myeon, Seogwipo-si, Jeju-do (GPS: 33.237018, 126.310597)
?: +82 64-752-3001
: 8AM-9PM

 Day 5 

 

Melawat Jeju Dongmun Traditional Market

On my last day in Jeju, pagi tu kitaorang visit Jeju Dongmun Traditional Market. Mendekati orang tempatan merupakan antara salah satu essence dalam travelling dan the best way to do it is by visiting the local traditional markets.

Mula beroperasi pada tahun 1945, Dongmun Market merupakan antara pasar terkenal di Jeju dimana para pengunjung akan melihat pelbagai jenis barang dijual di sini dengan harga yang berpatutan (selari dengan kualitinya). Antaranya ialah buah tangan tempatan, pakaian, makanan kering, snek dan coklat, makanan basah seperti seafood dan banyak lagi.

Jangan lupa untuk cuba beberapa makanan local kat sini. Kalau nak beli souvenirs pun this might be the best place too since most of them said that harga kat sini not bad.

?: 20, Gwandeok-ro 14-gil, Jeju-si, Jeju-do (GPS: 33.237018, 126.310597)

Brick Campus

Sebelum ke lapangan terbang, kitaorang sempat melawat ke Brick Campus, iaitu brick art museum pertama di dunia. Siapa peminat tegar LEGO, anda wajib ke sini.

 

Muzium ini mengambil masa kira-kira tiga tahun untuk dibina sepenuhnya. Di sini anda boleh lihat sekitar 250 artworks yang diperbuat dari LEGO oleh pelbagai pereka. Anda pasti kagum bagaimana semua artworks di sini dihasilkan dengan hanya menggunakan LEGO.

 

Don’t forget to decorate your own LEGO artwork kat wall ni.
Aha: Tahukah anda bahawa Brick Campus juga telah digunakan sebagai salah satu set penggambaran untuk rancangan Running Man? Yup!

?: 3045 1100(Cheonbaek)-ro, Nohyeong-dong, Cheju, Jeju-do, South Korea (GPS: 33.458669, 126.485510)
?: 064-712-1258
⌨️: www.brickcampus.com
: 10AM – 9PM
?: 12,000 KWON untuk dewasa dan kanak-kanak

 


VIDEO


Sekian sahaja perkongsian itinerari untuk trip di Jeju (musim spring) selama 5 hari 4 malam. Sebenarnya ada banyak tempat dan aktiviti lagi yang boleh diterokai di Jeju ni. Terima kasih kepada Jeju Tourism Organisation atas peluang berharga ini. InsyaAllah, aku akan datang lagi kalau ada rezeki.

 

13 comments

  1. Nak tanya..di jeju airport pun kita perlu isi declare arrival form ke? Adakah kawalan imigresen airport jeju sama dgn di incheon airport..kawalan ketat..sbb kwn saya,baru smpai di incheon airport..dan dihantar pulang pada hari yg sama jg..

  2. Salam Erma, yes kita wajib isi landing form dan custom declaration bila masuk mana-mana airport di Korea Selatan. Based on my experience, the immigration process was smooth je probably sebab we are in a group and we clearly have a solid reason to visit Jeju.

    As long as you prepare everything, itinerary, hotel bookings & etc. InsyaAllah, it will be fine. Just jangan bawa or buat something yang boleh buat diorang suspect something.

    May Allah Ease your travel journey ya 😉

  3. cukup itinerary yg ringkas pon xpe..actually kita perlukan benda2 tu semua as a back up incase ditanya oleh immigration and kite just tunjukkan details program kita semasa travel..sbb dia nak ensure yg kita x over stay dekat negara dia and x bekerja secara illegal la..bab duit pulak rarely dia akan mintak kita tunjuk kan berapa duit yang kita ada & duit yang kita bawak tu mencukupi x untuk cover stay kita selama yg kite pegi tu..if kita bawak duit sikit dia akan assume yg kita pergi untuk bekerja..but if kita pergi sana bawak duit melebihi 10k USD kita kene declare or else dia akn assume kita smuggle duit n bla2 la…kesimpulan yg boleh bagi dkt sini sediakan payung sblm hujan

  4. hi masa dekat imigresen airport jeju.,., u bawak apa je? untuk membuktikan yang u nak pergi jenjalan je kat sana?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *