Itinerari trip 3H2M di Busan, Korea Selatan

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Tulis punya tulis, akhirnya sampai juga the last leg of my South Korea trip. To those yang mengikuti…

Tulis punya tulis, akhirnya sampai juga the last leg of my South Korea trip. To those yang mengikuti perkembangan trip aku mungkin dah baca artikel tentang Jeonju dan Yeosu. Bagi mereka yang belum baca, aku ke South Korea selama 7 hari 6 malam bermula dari Jeonju, Yeosu dan finally Busan. Tujuan trip ini ialah nak explore places di tiga bandar ni melalui kerjasama dengan Korea Tourism Organization Malaysia sekaligus menggunakan booklet kupon DKWY2018. Anda semua dah sedia for Busan? Let’s jump straight into it.

Busan, dahulunya dikenali sebagai Pusan, bukan lagi nama yang asing buat para pengunjung dari many parts of the world lagi-lagi bila filem bertajuk “Train to Busan” ditayangkan. Bandar ini juga merupakan salah satu destinasi kegemaran Malaysian kerana adanya penerbangan terus Air Asia X dari Kuala Lumpur (KUL) ke Busan (PUS).


Dikenali sebagai San Francisco versi South Korea, Busan merupakan bandar kedua terbesar (selepas Seoul) dan mempunyai pelabuhan terbesar di Korea Selatan. Ia terkenal dengan pelbagai tarikan seperti pantai, hot spring, alam semulajadi, seafood dan pelbagai event seperti festival filem antarabangsa dan banyak lagi. Mungkin Busan tidaklah setenang Jeonju dan Yeosu. Tapi ia lebih laid back jika dibadingkan dengan Seoul.

 Tentang Busan 

1. Pusat utama ekonomi, budaya dan pendidikan di kawasan southeastern Korea.
2. Memiliki pelabuhan tersibuk di South Korea and ke-6 di dunia.
3. Tersenarai dalam UNESCO Creative Cities Network sebagai “City of Film” pada tahun 2014.
4. Busan juga dipilih sebagai East Asia Culture City bagi tahun 2018.
5. Busan terbahagi kepada 16 daerah termasuklah Dongnae-gu (terkenal dengan Heosimcheong spa), Gangseo-gu (Gimhae International Airport), Haeundae-gu (terkenal dengan pantai Haeundae) dan Nam-gu (terletaknya universiti terbesar di Busan).

 Keperluan di Busan 

1. Booklet DKYW2018: Diskaun di banyak tarikan. Dapat baucer Metro bernilai KRW 5,000. Booklet sah sehingga Mac 2019.

2. Poket WiFi: Sepanjang di South Korea, aku guna poket WiFi dari RoamingMan hanya RM12/sehari untuk unlimited data (3G).

Memandangkan waktu sangat la singkat, aku hanya berpeluang untuk explore the essence of Busan (in a relaxed pace) sahaja itu pun tak semua.  So, berikut merupakan itinerari aku selama 3 hari 2 malam di Busan yang mungkin berguna untuk anda yang tengah plan trip ke Busan.

 Day 1 

Berlepas dari Yeosu Intercity Bus Terminal dengan menaiki bas. Harga tiket ialah KRW 18,000 (kalau beli dari kaunter make sure anda request seat sebab ada single or double seat) dan perjalanan mengambil sekitar 2 jam 30 minit.

Aku sampai di Busan West Terminal sekitar jam 2.30 petang dan terus ambil local bus ke kawasan Nampo-dong iaitu commercial and shopping centre. Aku pilih untuk base di sini sebab lokasinya yang strategik iaitu berdekatan dengan pelbagai tarikan serta tempat untuk shopping dan makan.

First, aku check in di K-Guesthouse Premium Nampo 1. Aku pilih hotel ni sebab lokasi dia. Selain tu, view dari hotel ni pun cantik. Be mindful that it’s not a fancy hotel but decent one. Bersih, bilih selesa, fasiliti pun lengkap.

Aku book bilik single dengan harga KRW46,000 (RM170) satu malam. Bilik ni dilengkapi dengan bathing essentials, peti sejuk mini, TV and a few others. Rate termasuk sarapan pagi. Sama macam Backpackers in Yeosu, tetamu akan buat sarapan mereka sendiri. Bahan-bahan (telur, keju, jus, susu, cereal) disediakan.

Lepas check in and quick rest, aku decide untuk explore some of the attractions in Busan. Once again, time is limited. Aku cuma pick the essence je. Tempat pertama aku pergi ialah Taejongdae Resort Park iaitu taman semula jadi yang terletak di selatan Busan.

Selain menikmati alam semula jadi, ramai pengunjung datang ke sini for some other reasons including observatory tower, amusement park, light house, temple dan banyak lagi. Ia juga terkenal sebagai tempat di mana Raja Taejong Muyeol (raja ke-29 Silla Kingdom) berlatih memanah dan ramai yang kata sebab tu la nama park ni Taejongdae.

Ramai yang tanya Taejongdae ni tempat hotel/resort ke? No, tak ada resort pun kat sini. I can say it is more skewed towards a nature conservation park.

Tip: Untuk ke sini dari Nampodong Station, naik bas nombor 8 ke Taejongdae Elementery School (lalu 22 stops) sekitar 50 – 60 minit. Harga tiket bas ialah KRW 1,250 (sekitar RM4.7). Bila sampai main entrance (dekat parking bas/kereta), ada beberapa driver approach untuk offer tour di sekitar park. Pandai-pandai la tawar harga ya.

Cara nak explore park ni ada dua cara iaitu jalan kaki (a lot of walking ya, good for hikers) dan naik Danubi Circular Train yang berharga KRW 3,000 (MYR 11)/seorang dan multiple ride throughout the day. Di sini ada fasiliti seperti loker, kaunter informasi dan bilik air. Waktu operasi Taejondae Resort Park ialah dari 4AM – 10 PM (waktu berbeza mengikut musim).

For me, the highlight of Taejondae Resort Park is the Lighthouse area that has cliffs overlooking stunning island and ocean views. If you’re lucky (on clear days), you could catch a glimpse of Tsushima (Japan’s island) from here. Taejongdae terletak agak jauh dari centre of Nampo Dong but I can say worth to visit.

Since hari dah petang dan nak mula gelap tapi aku taknak balik hotel lagi, aku ke Songdo Beach to feel the environment there and enjoy sunset view. Songdo Beach merupakan salah satu pantai terkenal di Busan dan kira dekat la dari kawasan Nampo Dong (12 minit menaiki bas).

Good to know: Pulau ini dinamakan Songdo (the island of pines) kerana ia dikelilingi dengan pine forest. Ia juga dikatakan pantai awam pertama di Korea.

Apa yang boleh anda buat di sini? Macam-macam. Ada pelbagai restoran/café di sepanjang kawasan pantai (great place to hunt for seafood). Besides that, of course la mandi. In summer atau bila cuaca agak warm, it is possible to swim. Just don’t forget to bring your swimwear la. During my visit, it was pretty warm but sayangnya aku tak bawa baju mandi.

Some other things that you can check here is the 365-meter skywalk to know how it feels like walking on a transparent glass with a view of the water or maybe some fish. Not to forget, Songdo Beach Cable Car that make this beach even more popular among visitors. I spent a great evening here admiring the view while eating the fishcake (Uh, Busan also known for their delicious fishcakes) I bought from one of the nearby stalls.

Hari dah gelap, badan pun dah penat jom la balik ke kawasan Nampo Dong. Dari Songdo Beach, aku naik bas nombor 26 (towards Gamman Traditional Market) dan turun di
Jagalchi Station (selepas 10 stops). While on the way nak balik hotel, aku drop by BIFF (Busan International Film Festival) Plaza. Sama macam aku, pertama kali dengar anda mesti tertanya-tanya kenapa nama tempat ni BIFF Plaza kan?

Tempat ini mula dikenali orang ramai selepas Busan International Film Festival pertama kali dianjurkan pada tahun 1996 and here is where the hand printing of the famous artists and the snow-flower lighting takes place. Setiap tahun, hand print artis/selebriti yang menang akan di tambah di kawasan BIFF Plaza. Walaubagaimanapun, tarikan BIFF Plaza bukan itu sahaja ya.

Macam-macam ada di kawasan BIFF Plaza. Sebut saja apa anda nak. Buat kaki shopping, banyak local dan international shops here jual clothing, skincare and souvenir items. Untuk foodie atau yang suka makan, BIFF Plaza tentunya tempat wajib anda kunjungi. Street vendors di sini offer macam-macam jenis makan.

Antara yang terkenal ialah Hoddeok (Korean sweet pancake), spicy rice cakes dan Busan fishcake. On top of that, anda boleh beli beberapa snek seperti dried squid dan dried octopus.

I end my night passing Busan Tower. Nothing much pun masa malam. Boleh nampak menara ni illuminated with different colour of lights. Sempat la juga berangan kejap. Ada hajat nak naik atas to see the panoramic view of the city tapi badan dah penat. Need to rest because besoknya going to be a long day. So, tengok dari bawah pun jadi la.

 Day 2 

Good morning. Aku dapat rehat yang cukup. Sarapan pagi with a view di K-Guesthouse Premium Nampo 1 before mula explore more attractions di Busan. Pastikan anda bawa botol travel untuk refill air sebelum keluar. Ada fasiliti mesin water filter disediakan. Stay hydrated and minimise pembelian bottled water, ya?

Masa tengah breakfast, aku nampak satu market dari tingkat main lobby hotel. Curios what’s interesting there, aku pun pergi la ke sana. It is basically a small wet market terletak few steps dari Jagalchi Market dimana few locals jual different kind of seafood la. 

Suasana tenang je dan seronok sebab dapat tengok apa orang local buat. Less touristy of course (atau mungkin aku datang agak awal). If you’re a fan of market and an early riser, you may visit this wet market. It is close to the hotel I’m staying and also Jagalchi Market.

Next stop, Jagalchi Fish Market, which is the largest seafood market in South Korea. Sama ada anda suka seafood atau tidak, tempat ni wajib dikunjungi. Biasanya kawasan pasar ini dipenuhi dengan pelanggan mostly orang tempatan beli produk segar atau just browsing around. Pelabuhan Nampo terletak bersebelahan dengan market ini sebab tu la seafood di sini semua segar-segar antaranya ialah abalone, crab, squid, octopus, ikan dan banyak lagi. Rasa macam dalam akuarium atau laut pula bila jalan-jalan dalam market ni sebab macam-macam jenis hidupan laut yang aku nampak. Amazing.

Anda akan perasan mostly penjual kat dalam Jagalchi Fish Market ni adalah golongan wanita. Kenapa? Katanya ia disebabkan Korean War yang mengorbankan ramai lelaki dalam kalangan keluarga-keluarga nelayan. Penjual di sini dikenali sebagai Jagalchi ajumas (married women) dan mereka sangatlah expert dalam bab potong dan prepare ikan atau hidupan laut yang lain. If you have extra time, boleh cuba makan di tingkat dua atau simply pergi area port untuk tengok diorang unload all the fresh seafoods. Jagalchi Fish Market beroperasi dari awal pagi hingga lewat malam setiap hari kecuali hari Selasa terakhir setiap bulan. Be sure to wear comfortable attire, nothing too fancy ya.

Dari Jagalchi Fish Market, aku singgah Gukje Market sebelum explore somewhere a bit further dari Nampo-dong area. Gukje Market dikatakan antara salah satu pasar terbesar di South Korea dimana macam-macam benda anda boleh explore di sini. Pasar ini dibina masa Korean War dimana ramai refugees dari seluruh Korea lari ke Busan dan berniaga di sini untuk survive. That’s how Gukje Market was born.

Benda-benda yang dijual di sini ialah a variety of goods including barangan elektronik, barang keperluan rumah, pakaian, souvenirs dan barangan vintage. Pasar ini terkenal dalam kalangan orang local untuk beli keperluan mereka dan foreigners pula nak merasa local ambiance. Anda boleh nego harga at most shops if you feel like buying something.

Most shops kat sini terima kad kredit dengan sedikit caj tambahan. Waktu operasi ialah dari 8.30 pagi hingga 8.30 malam (tutup setiap Ahad pertama dan ketiga setiap bulan).

Dari kawasan Nampo-dong, aku terus ke Gamcheong Cultural Village naik bas nombor 87 (Kkachi Pass) ke Toseong Area then jalan 3 minit untuk naik bas nombor 2 atau 1-1 terus ke pintu utama village ni. Harga perjalanan bas dalam KRW 1,700.

Welcome to Gamcheong Cultural Village. Alhamdulillah dapat juga jejakkan kaki ke sini sebab sebelum ni selalu tengok dalam TV dan gambar kawan-kawan je. Terkenal dengan nama “Korea’s Santorini”, “Korea’s Machu Picchu” atau “Lego Village”, perkampungan warna warni ini merupakan salah satu tarikan utama di Busan. Great opportunity untuk luangkan masa berjalan di lorong rumah-rumah berbentuk lego ni to see various mural art drawings and sculpture.

If you are up for something fun, boleh join Visitation Stamp Challenge di Haneul Maru Tourist Information Center & Observatory dengan membeli peta (KRW 2,000), dapatkan stamp dari semua tarikan utama (ada 8 kalau tak silap aku) dan tebus postcard percuma when you’re done.

Spot untuk tengok view: The Little Prince, Desert Fox Observatory, Visitor Centre (tempat shooting Running Man episod 126), Stairs to See Stars Observatory (perlu naik 148 steps). Be ready untuk beratur panjang la ya.

Bila dah puas pusing-pusing Gamcheon Cultural Village, aku teruskan perjalanan ke Bibidibang Tea House untuk menikmati minum tengahari. Tempat ni kira optional je la sebab kalau anda cuma naik pengangkutan awam, memang agak jauh dan makan masa.

Aku singgah kat sini sebab memang ada masa lebih sementara tunggu matahari terbenam. Apa yang menarik di café ni? Ambiance tenang, pemandangan cantik dan menu yang sedap (for me la). I had pumpkin shaved ice (RM37), which is quite mahal. Nasib la sedap dan aku ada booklet DKYW2018. Boleh dapat free 1 sweet pumpkin shaved ice flakes bila order 2 set.

Dah cool off dan rehat secukupnya. Matahari pula dah mula terbenam. Jom la kita beransur ke Haendu Beach, iaitu salah satu pantai terkenal di South Korea. Bukan dalam kalangan orang luar je, orang South Korea pun memang suka ke sini khususnya musim panas. Ada pelbagai alternatif untuk ke Haeundae Beach iaitu dengan menaiki teksi, subway atau bas. Aku pilih untuk naik bas je. Murah dan tak ada la susah sangat.

Apa yang ada di sekitar Haeundae Beach? Tidak lain tidak bukan, sun bathing, surfing, jetski, berenang dan ada lagi beberapa aktiviti air (musim panas), participate beberapa festival berlangsung di sekitar pantai dan mungkin check out kedai-kedai souvenir di sini. Bab makanan pula bukanlah jadi masalah. Ada pelbagai restoran dan café beroperasi di kawasan pantai ni bermula dari makanan tempatan, antarabangsa dan halal seperti Hello India Al-Waha, Punjab Indian Restaurant dan Namaste Haeundae).

Aku luangkan masa sekitar 30 – 45 minit pusing-pusing sekitar kedai dan restoran lepas tu the rest of the time aku just duduk menikmati sunset di tepi pantai. Best moment ever. Aku dapat rehatkan minda sambil menjamu mata dengan pemandangan cantik. Nasib juga masa tu tak ramai sangat orang.

Aku spend malam terakhir aku kat Bay 101 to feel the night environment dan pemandangan bangunan-bangunan yang dihiasi dengan cahaya lampu. Ada beberapa restoran dan kafe di sekitar bay ni untuk makan malam atau minum tapi kalau anda datang untuk tengok view je pun tak ada masalah. Sometimes ada food truck beroperasi di kawasan Bay 101 yang menawarkan makanan atau snek dengan harga lebih murah.

All in all, it was a great night and closing of my trip in South Korea. Jom balik hotel, pack barang dan tidur sebab esok nak catch early flight!

 Day 3 

The next day aku bangun agak awal untuk bersiap, pack barang dan check out sebab flight pukul 10. Memandangkan perjalanan dari kawasan Nampo-dong ke Gimhae airport mengambil masa kira-kira 20 – 40 minit, aku kena la gerak awal.

Option pertama aku pilih ialah naik bas shuttle ke airport. Aku kira bernasib baik ada pemandu teksi datang dan offer aku harga agak murah for a taxi ride cuma kena kongsi dengan other passenger. Why not kan? Alhamdulillah sempat juga sampai airport on time. A gentle reminder, lepas anda drop luggage, make sure luggage anda melepasi bahagian pemeriksaan dahulu sebelum masuk gate sebab kalau luggage anda ada masalah, pihak kastam akan panggil untuk periksa luggage anda to clear up things (sometimes ada yang check in bateri kamera atau barang-barang lain yang tak dibenarkan untuk check in.

Sekian saja perkongsian aku kali ini. Goodbye South Korea. Moga-moga tahun depan ada la lagi rezeki aku nak melawat tempat lain pula. Terima kasih juga kepada yang sudi baca perkongsian pengalaman aku selama berada di South Korea. Harapnya ada la input berguna untuk some of you guys ya. Till then. Jumpa lagi di entri yang lain! 

5 comments

  1. Tak pernah terfikir nak ke Busan pun sebelum tapi lepas baca your artikel rasa interested sangat especially dengan Gamcheong Cultural Village dan pemandangan dekat Bay 101 tu. Mengancam betul!

  2. tahu x masa i g taejongdae i gigih lah jln smpi ke rumah api tu HAHAHHA sbb nk jimat xmo naik Danubi Circular Train! perghh patah kaki akuhh! hahha

Leave a Reply to Sizzling Suzai Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *