Jom Cuba Escape.My Penang! Ada Berani?

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Tiba masanya untuk kita letak telefon bimbit/berhenti untuk mencari Wi-Fi dan dekatkan diri dengan alam semula jadi. Itulah…

Tiba masanya untuk kita letak telefon bimbit/berhenti untuk mencari Wi-Fi dan dekatkan diri dengan alam semula jadi. Itulah yang mesej yang aku perolehi ketika berkunjung ke adventure park di Penang, iaitu Escape.My.
Escape.My merupakan taman yang menghimpunkan pelbagai permainan mencabar yang bakal menguji daya ketahanan dan tahap keberanian anda. Paling penting, tahap keselamatan bagi semua permainan dijaga dengan baik. Jangan risau. 
MENGENAI ESCAPE.MY
Terletak di sekitar Jalan Teluk Bahang Pulau Pinang, ESCAPE merupakan tarikan terkenal yang bakal menjadikan kunjungan anda penuh dengan pengalaman menarik. 
Pengenalan ESCAPE ini juga bertujuan untuk menyuntik kesedaran dalam menghargai alam semula jadi yang kini dilihat semakin pudar kerana kewujudan segala gajet canggih.
Taman ini juga terbuka untuk semua tanpa mengira umur kerana pelbagai jenis permainan (sekitar 22 jenis permainan) yang disediakan di sini mengikut tahap peringkat umur, kebolehan dan tenaga. 
NOTA: Sila beri perhatian sepenuhnya kepada papan tanda yang terdapat di setiap permainan sebelum anda mula bermain. Ianya adalah penting untuk menjaga tahap keselamatan diri sendiri serta pengunjung lain
HARGA & CARA UNTUK MEMBELI TIKET
Untuk tujuan pembelian tiket pula, anda boleh dapat tiket di kaunter pembelian tiket ataupun beli ONLINE.
HARGA TIKET:
Future Kid (0-3 Tahun): Percuma
Junior Kid (4-12 Tahun): RM50 Seorang
Big Kid (13-60 Tahun): RM72 Seorang
Super Kid (61-100 Tahun ke atas):  Percuma (Ditemani dengan pemegang tiket)
Anda juga boleh menikmati tawaran ESCAPE Passport iaitu:-
Dewasa: RM320 Annual Pass (Unlimited Entries)
Kanak-Kanak: RM240 Annual Pass (Unlimited Entries).
TIPS: Nikmati harga tiket lebih rendah apabila anda membeli tiket secara online. Simply visit their official website. KLIK SINI

** Tiket adalah berdasarkan tarikh yang anda tetapkan. Caj akan dikenakan jika anda ingin menukar tarikh kunjungan. 
WAKTU OPERASI
Beroperasi pada hari SELASA hingga AHAD (9 am – 6 pm)
TUTUP pada hari ISNIN.

TIPS: Bagi mereka yang tidak suka bersesak, datanglah pada hari biasa. Jika datang pada hujung minggu, datang ke Escape sebelum jam 9 pagi. Kalau lambat, confirm dah ramai orang
Gambar di atas diambil pada sekitar jam 10.30 pagi. Orang ramai dah standby nak masuk ke dalam. Sebab itulah korang kena avoid datang lambat sebab kalau tak, confirm dah ramai orang. 
Sebelum masuk ke dalam, anda akan melalui kaunter pembayaran untuk mendapatkan tiket dan juga gelang tangan khas untuk digunakan jika ada sebarang urusan pembelian ataupun sewa loker.  
Sama seperti taman-taman yang lain, ESCAPE juga mengamalkan polisi no outside food. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kedai makanan yang disediakan di dalam dan segala urusan pembelian pula menggunakan gelang tangan khas yang diberikan kepada anda. Isi jumlah yang anda inginkan di kaunter pembayaran tiket sebelum membuat pembelian. 
** Anda juga boleh sewa loker yang disediakan untuk menyimpan barang-barang berharga seperti kamera, beg dan sebagainya

Simpan handphone dalam loker dan tak perlu susah-susah mencari sambungan Wi-Fi di sekitar ESCAPE ni kerana mereka tidak menyediakan perkhidmatan Wi-Fi demi mencapai objektif utama mereka!

Apa tunggu lagi? Jom kita cabar diri!
KLIK SINI untuk melihat peta keseluruhan ESCAPE
NOTA: Bagi menjimatkan masa anda, boleh refer peta yang diberikan untuk tahu dan kenal pasti setiap lokasi permainan yang terdapat di sini. Ingat, ESCAPE ni boleh tahan besar juga!

Anda sama sekali tidak dibenarkan untuk membawa kamera ketika bermain di kebanyakkan permainan di ESCAPE (GoPro dibenarkan jika anda mempunyai aksesori khas yang selamat). Walaubagaimanapun, terdapat beberapa jurugambar di sekitar sini untuk mengambil gambar anda.
** Anda boleh dapatkan gambar-gambar tersebut secara percuma di akaun Facebook ESCAPE

Aku sempat juga cuba beberapa permainan di sini. Malangnya masa dan cuaca (hujan lebat sebelah petang) tidaklah begitu mengizinkan. Berikut merupakan senarai beberapa permainan menarik di sini:-
MONKEY BUSINESS

Permainan ini akan melatih anda untuk memanjat secara professional dan juga mengimbang badan dengan baik. 
Requirements: 
Max weight: 120kg
Taller than 1.2m
Kanak-kanak (12 tahun ke atas — dengan pemerhatian ibubapa) 
Dewasa
Since hari yang aku pergi tu dah ramai orang, terus proceed ke level 3. Boleh tahan penat juga dan sedikit gayat sebab agak tinggi. Apa pun, aku sangat enjoy view dari atas ni. Kalau penat tu, boleh la berehat sebentar. 
NOTA: Bawa glove (untuk keselesaan tangan anda) dan topi (kalau tak tahan panas)
Setelah hampir sejam lebih bermain Monkey Business, rehat sebentar sambil menikmati makanan tengahari yang dibeli dekat dalam. Nice one! 

PERMAINAN TRADISIONAL – SEPAK TAKRAW

Anda boleh randomly ajak orang lain untuk join team korang. Dengar cerita mereka buat pertandingan kecil dan kumpulan yang menang akan dapat habuan. Eh betul ke? Kenalah datang sini!

Its good to see them connecting to each other and forget about their smartphone! Zaman sekarang memang susah sangat nak dapatkan suasana macam ni.
ATAN’S LEAP
Muka nampak tenang tapi hati dah mula berdebar-debar nak cuba permainan ini. 
Atan’s Leap ialah antara permainan yang wajib anda cuba. Memang menakutkan tapi confirm selamat! Sila refer video dibawah nanti untuk tengok aku cuba Atan’s Leap.
Requirements:
Min weight: 20kg
Max weight: 120kg
20m jump platform only for children age 13 above

AEROBAT

Requirements
Min weight: 20kg
Max weight: 100kg
Taller than 1.2m


JUMPIN JACK
Requirements
Min weight: 10kg
Max weight: 50kg

Permainan ini adalah antara yang aku nak cuba. Dah excited nak masuk dan main, terus kecewa bila tengok permainan ini terhad kepada mereka yang mempunyai berat 50kg ke bawah. *perasan kurus*
KITE FLYER
Tak tipu, aku yang tengok ni pun dah berdebar. Inikan pula dua orang yang ‘terbang’ dengan Kite Flyer ni. Memandangkan barisan agak panjang masa tu, tak sempat la aku cuba. Trust me! Ini pun korang semua kena cuba. 
Requirements
Max weight difference of 30kg
Taller than 1.2m
MONKEY SCHOOL

Budak-budak pun berpeluang untuk bermain! Monkey School bertujuan untuk memberi pengalaman kepada budak-budak (since kebanyak adventure park hanya sesuai buat golongan dewasa) untuk mengatasi segala cabaran. 

Jangan risau. Akan ada petugas khas untuk memastikan keselamatan budak-budak terjaga. Para ibubapa atau penjaga pun boleh berdiri di sekitar permainan ini dan saksikan sendiri mereka melalui cabaran Monkey School!
Requirements
Max age: 12 years old
Less than 1.2m

GO APE

Ingat lagi zaman kecil-kecil dulu suka sangat panjat pokok kelapa dekat belakang rumah nenek. Tak ada rasa takut pun masa tu. Now, tibalah masanya untuk anda merasa semua pengalaman tersebut dengan Go Ape!
Requirements
Min weight: N/A
Max weight: 120kg
COCO CLIMB

Yang ini memang tidak dapat dinafikan agak susah but nothing is impossible. Kena mempunyai tahap tenaga yang mantap dan strategi yang baik. Those yang dapat naik dalam 7 saat, anda boleh menikmati air kelapa segar secara PERCUMA!
BALANCE BEAM

Sama seperti kehidupan sebenar kita, semuanya kenalah dalam keadaan yang seimbang. Balance Beam akan menguji kebolehan anda untuk mengimbangkan sambil berjalan di atas kayu. Its fun! 

Boleh rasa gementar bila menulis entri ini teringat balik semua permainan yang aku cuba terutamanya Atan’s Leap. Diatas merupakan beberapa senarai permainan yang terdapat di ESCAPE. KLIK SINI untuk tengok permainan yang lain. 
PERKHIDMATAN LAIN YANG DISEDIAKAN

Souvenirs Shop – macam-macam barang menarik yang boleh anda beli dan bawa pulang sebagai kenangan.

Loker – Sewa loker untuk menyimpan barang-barang penting milik anda. Selamat dan ianya boleh digunakan pada bila-bila masa.

Tempat Solat – terima kasih ESCAPE kerana menyediakan bilik solat yang sangat selesa. 

Adakah aku akan datang lagi ke sini? SUDAH TENTU! Sebab banyak lagi permainan yang aku belum cuba. Kalau datang ke Penang, wajib berkunjung ke ESCAPE lagi.

MAKLUMAT LANJUT MENGENAI ESCAPE.MY
LAMAN WEB RASMI
FACEBOOK
TWITTER
KLIK SINI
TELEFON
+60 4 8811 106
ALAMAT

NOTA: Jika anda menaiki Hop On Hop Off Penang, anda boleh ke ESCAPE dengan menaiki bus dari lokasi terpilih dan turun ke hentian No 31 (Escape) — Beach Route.

VIDEO
This blog post was made possible through My Fascinating PENANG 2015, a media trip to Pulau Pinang organized by My Amazing Malaysia.

Thank you to the official sponsors Hop On Hop Off Penang, The Chambers Hotel, Escape.My, Tropical Spice Garden, St Giles Wembley Penang, Ren i Tang Hotel, The Camera Museum, Made in Penang Interactive Museum

4 comments

  1. Salam, wahhh makin ramai nampaknye yg pegi sini…mmg best tp mcm ramai gila manusia..xdan nak pergi..haha..tp klw aku pergi, benda pertama yg aku nak try adalah Kite Flying ke ape tu namanya..boleh terbang2..haha alaaa baru nak main2 monkey school…utk kids je rupanya ye~ haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *