Jom tengok Goa Putri dan cuba water rafting di Selatan Sumatera
Perjalanan dari kota Palembang ke Baturaja mengambil masa sekitar tiga jam lebih, bergantung kepada keadaan trafik. Jarak antara dua tempat ini hanya la 120km tapi disebabkan struktur jalanraya di sekitar Selatan Sumatera yang agak mencabar (kecil dan berliku), agaknya lebih selamat jika pemandu membawa bas dengan cermat.
Tak apa, korang boleh menikmati keindahan landskap yang menghijau serta kawasan perumahan orang tempatan di sini. Alangkah indahnya kalau boleh berhenti sebentar untuk ambil gambar atau video, tapi perjalanan masih jauh. Jangan nak mimpi!
Tidur, makan, tengok skrin telefon bimbit, sembang, tidur, bangun, akhirnya sampai juga di Baturaja. Terdengar jeritan penuh teruja, aku terbangun dan mata terus segar bila nampak panorama sungai yang cantik. Itu menunjukan bahawa kami hampir tiba di Goa Putri, gua yang menjadi antara tarikan pelancongan terkenal di sekitar sini.
Goa Putri
Gua ini mempunyai banyak stalactites dan staglagmites, dalam pelbagai bentuk menarik. Selain stalactites dan staglagmites, Goa Putri juga cukup terkenal dengan sejarahnya tersendiri. Menurut lagenda yang diceritakan oleh orang tempatan, dahulunya, terdapat seorang puteri bernama Puteri Dayang Merindu yang tinggal di sini bersama dengan keluarganya.
Sejarah bermula apabila seorang pengembara dikenali sebagai Serunting Sakti, insan yang mempunyai kuasa – boleh menjadikan seseorang itu bertukar kepada batu. Sejauh mana kebenarannya, hanya sesetengah orang tahu. Nak dijadikan cerita, ketika itu Puteri Dayang Merindu sedang mandi di sungai berdekatan, selepas Serunting Sakti ternampak Puteri Dayang Merindu, dia cuba untuk bercakap dengannya namun tidak dilayan. Disebabkan Serunting Sakti berasa agak marah, lalu dia ucap “Sombong sekali puteri ini, diam seperti batu“. Lalu, Puteri Dayang Merindu bertukar menjadi batu.
Begitulah sejarah disebali gua ini.
Terkenal sebagai air terjun tertinggi di Selatan Sumatera dengan ketinggian sekitar 99 meter, Air Terjun Bedegung ternyata merupakan salah satu tarikan wajib dikunjungi di Selatan Sumatera, spesifiknya di Muara Enim.
Memandangkan ia terletak sekitar 210km dari Palembang, korang boleh la pandu kereta atau naik van awam yang ada di Palembang.
Gambar atas: Foto bersama dengan penulis kembara dari Singapore (Trishna) dan Indonesia (Mas Cumi)
Nak pergi dekat kawasan air terjun ni rasanya agak mustahil sebab air agak kuat. So, adalah tidak digalakan untuk korang pergi ke sana. Cukup la turun dekat bawah tu and bergambar depan air terjun. Jarak agak jauh tapi tetap basah habis.
Tip: Jangan lupa untuk cover kamera atau smartphone korang bila pergi sini. Takut kena basah pula.
Gambar atas: Jarak paling ideal untuk menikmati Air Terjun Bedegung.
Harga buat rafting: IDR250 termasuk makan dan minum (menurut kepada wakil tourism di sini)
Sesi rafting ni disediakan oleh pihak tourism di sini, tak nampak ejen-ejen lain yang menyediakan pakej rafting di sini. Kot-kot kalau korang jumpa, boleh la share dekat sini. At least berguna untuk orang lain. Haa, entri ni aku nak lebihkan perkongsian pengalaman buat rafting (antara yang paling mencabar). Nak tahu apa yang terjadi selepas tu?
Teruskan membaca.
Tak sangka pula bot yang kami dapat ni agak besar dan berkualiti bagus. Manakan tidak, satu bot boleh muat sampai lapan orang. Wow! Hati senang sikit bila ramai orang buat rafting, kurang sikit penat.
“Ready guys!”
Saat terdengar jeritan dari guide, semua terus dalam keadaan bersedia. Tak tipu, saat mula rafting pun dah agak mencabar. Rapid sangatlah kuat dan ada satu masa tu rasa macam bot nak terbalik. Sangat best dan highly recommended kepada mereka yang suka aktiviti lasak dan mencabar.
Yeh, okay la. Rasanya itu je la perkongsian untuk kali ini. Hope korang enjoy la untuk aktiviti-aktiviti yang aku kongsikan. Jangan ke mana-mana sebab ada beberapa perkongsian menarik untuk Selatan Sumatera yang bakal dikongsikan untuk entri seterusnya.
Tak sabar!
KLIK SINI untuk ikuti pengembaraan kami ke Selatan Sumatera.
Kredit foto: Khai Artzfar
Hafiz Hafizol
bestnya Pojie. nanges tgk video tu.. T_T
Unknown
Awak nak mau rafting lagi but 27 km lah, yang kemarin terlalu pendek tak berseronok hahaha
Pojiegraphy
Hmmmm, ala kenapa pula nanges? Hmmm.
Pojiegraphy
Yeah, I want more! Hehehe, terlalu pendek la Mas Cumi!
kakitravelkhairuddin.blogspot.com
nice sharing…harap akan sampai ke sana suatu masa nanti.
Triz
So Good! Let's go on another adventure! 🙂
Lieyana J
My all time favourite. Nature! Nice photos, nice videos. You can be a TV travel host one fine day. Keep it up!