Jurnal Japan: Takamatsu & Matsuyama

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Chugoku dan Shikoku merupakan region yang terletak di pulau utama Jepun iaitu Honshu. Kedua-dua region ini mempunyai sejarah…

Chugoku dan Shikoku merupakan region yang terletak di pulau utama Jepun iaitu Honshu. Kedua-dua region ini mempunyai sejarah unik mereka tersendiri sehingga la kini menjadi tarikan para pengembara yang berhasrat untuk ke bahagian selatan. Dalam trip selama 5 hari 4 malam bersama JNTO ni, aku sempat berkunjung ke 4 prefecture iaitu Okayama, Kagawa (Takamatsu), Ehime (Matsuyama) dan Hiroshima.


Memandangkan siri Jurnal Jepun ni akan cover banyak tempat, aku buat keputusan untuk publish tiga part (Okayama, Takamatsu dan Matsuyama serta Hiroshima). Untuk part kedua, aku akan kongsikan pengalaman semasa berada di bandar Takamatsu (Kagawa) dan Matsuyama (Ehime). Teruskan membaca!

Pengangkutan dari Okayama ke Takamatsu melalui Marine Liner

So, trip ke Takamatsu bermula dari stesen Okayama dimana kitaorang naik train Marine Liner yang mengambil sekitar 1 jam. Plus, kitaorang dapat lalu Great Seto Bridge yang menyambungkan Okayama dengan Kagawa melalui lima pulau kecil di Seto Inland Sea sebelum sampai di stesen Takamatsu.

Welcome to Shikoku region. Sedikit info mengenai Takamatsu atau Takamatsu-shi merupakan bandar terletak di tengah Kagawa Prefecture iaitu prefecture terkecil di Jepun dan ianya di Shikoku region. Takamatsu pernah menjadi pintu masuk utama ke pulau Shikoku sebelum Great Seto Bridge dibina pada tahun 1988.

Sampai sahaja di Takamatsu, kitaorang terus menuju ke hotel dan check in. Hotel yang kitaorang stay di sini ialah JR Clement Takamatsu, terletak sangatlah dekat dengan stesen Takamatsu. Istimewanya tentang hotel ini ialah pemandangan laut yang ditawarkan dan ia boleh dinikamati dari dalam bilik. How amazing. Bilik aku not entirely sea view but dapat la tengok sikit. Selain itu, sudah tentu la lokasinya yang sangat dekat dengan beberapa tarikan menarik di Takamatsu.

Sumber: JR Clement Takamatsu

Sebelah malam pula, kitaorang pergi kat salah satu restoran tempura di kawasan Daikumachi berdekatan dengan shopping arcade (sadly masa tu banyak kedai dah tutup). It was a great dinner. Aku memang suka makan tempura so sudah tentulah perut banyak happy. Nanti kalau korang plan nak makan malam di kawasan ni, make sure datang awal sikit while semua restoran atau kedai masih buka.

Sumber: Japan Guide

Info tambahan: Jangan lupa untuk check out Symbol Tower terletak di kawasan Sunport Takamatsu. Symbol Tower ialah bangunan pejabat dan pusat beli belah. Ia juga merupakan bangunan tertinggi di Shikoku. Kalau ada masa lebih, pergi ke observation deck Symbol Tower untuk menikmati pemandangan cantik Inland Sea dan sebahagian dari bandar Takamatsu.

Pada hari seterusnya, tempat pertama kitaorang visit ialah Ritsurin Park iaitu 7 minit drive atau 30 minit something jalan kaki dari kawasan stesen Takamatsu. Ia merupakan salah satu taman tercantik di Jepun dan ada yang kata taman ni patut ada dalam senarai tiga taman tercantik di Jepun. Aku tak boleh deny it sebab taman ni memang cantik. Rasa tenang je bila jejakkan kaki ke sini.

Pemandangan sekitar Ritsurin Park

Kawasan Ritsurin Garden ni terdiri daripada kolam, bukit-bukau, pokok-pokok bersejarah dan juga pavilions (Japanese style di bahagian selatan dan western style di bahagian utara taman ni). It is such a bless sebab berdekatan dengan Ritsurin Garden ialah Gunung Shiun kerana anda boleh menikmati pemandangan gunung tersebut dari sini.

Bukan itu sahaja, terdapat beberapa fasiliti di sekitar taman ni seperti muzium, kedai souvenir, rumah rehat dan yang paling best ialah tea house (Kikugetsu-tei). Boleh singgah untuk cuba teh kat sini sambil menikmati suasana tenang. 

Seterusnya ialah Nakano Udon School. Yup, school! Dekat sini kitaorang akan join salah satu kelas nak buat Sanuki Udon. Perjalanan dari Ritsurin Garden ke Nakanao Udon School mengambil sekitar 13 minit drive (6.8KM).

Semasa kelas membuat Sanuki Udon yang berdurasi sekitar 2 jam

Sedikit info tentang Sanuki Udon: Sanuki Udon merupakan mee yang terkenal dan berasal dari Kagawa Prefecture. Nama pun sebenarnya diambil dari nama lama Kagawa Prefecture iaitu Sanuki. Menariknya lagi Sanuki Udon tersenarai sebagai salah satu jenis mee terkenal di Jepun.

Back to the class experience. Kitaorang join 2 jenis kelas iaitu kelas nak roll dough dan satu lagi cara nak buat dough. Best pengalaman ni sebab dapat tambah pengetahuan baharu tentang udon. Ye la, sebelum ni tau makan je kan.

Sesi kelas was enjoyable. Ada unsur hiburan dan interaktif. Budak-budak mesti suka apatah lagi orang dewasa yang hatinya masih lagi rasa diri tu kanak-kanak. Kalau tanya aku, aku lebih suka part nak buat doh tu sebab ada sesi menari siap dengan tambourines lagi.

Hidangan makan tengahari di restoran Nakano Udon School | Tempura dan Sanuki Udon

Kedua-dua kelas mengambil masa sekitar 1 jam lebih hingga 2 jam juga la. Selesai kelas, kitaorang terus proceed untuk makan tengahari. Once again, lunch kali ini betul-betul tak mengecewakan. Sedap yang amat sampai aku tambah 2 ke 3 mangkuk Sanuki Udon. Bagi mereka yang nak join class ni, bayaran masuk ialah JPY1,500/seorang jika kumpulan dalam 2-14 orang. Lagi ramai, lagi murah la dapat. Harga disebut pula tak termasuk tax (8%).

Nakano Udon School merupakan tempat terakhir kitaorang singgah sebelum meninggalkan Kotohira dan teruskan perjalanan ke Mastuyama yang mengambil masa sekitar 2 jam (152KM) drive. Kitaorang sampai di Matsuyama pada jam 5.00 petang. Long journey indeed (due to some incident happened in between.

Matsuyama (Ehime) merupakan bandar/prefecture ketiga dalam trip ini. Ia merupakan bandar terbesar di Shikoku dan juga ibu kota Ehime Prefecture. Bandar ini juga terkenal dengan onsen (kolam air panas) sebagai tarikan menarik. Selain itu, ia juga mendapat perhatian orang ramai setelah menjadi setting dalam novel popular dari Natsume Soseki yang bertajuk ‘Botchan’.

First thing first, check in hotel dulu. Penginapan kitaorang di Matsuyama ialah di Dogo Onsen Hotel, iaitu salah satu hotel yang agak authentic pernah aku stay di Jepun. Vibe dia seakan-akan tinggal di rumah tradisional Jepun atau lebih dikenali sebagai ryokan. As usual, Penginapan jenis ryokan ni selalunya menyediakan keperluan seperti yukata dan juga terompah.

Dogo Hakaira Dori (Shopping arcade)

Pakai Yukata sambil berjalan di tempat awam mungkin agak janggal for some of us tapi not for them. Dekat sini, anda akan nampak ramai orang mengenakan yukata dilengkapi dengan terompah dan bakul kecil (tempat simpan towel atau barangan lain) sambil berjalan di sekitar sini. Most of them usually nak pergi ke onsen sebenarnya.

Since Matsuyama terkenal dengan kolam air panas, anda wajib cuba kalau ke sini. Dogo Onsen Honkan merupakan salah satu kolam air panas tertua di negara Jepun sebab itu la ia menjadi tarikan utama di sini. Bukan itu sahaja, di sini juga merupakan destinasi kerap dikunjungi oleh orang-orang penting seperti keluarga imperial. 

Sumber: www.kosublog.com

Kalau anda nak mandi, bayaran masuk bermula dari JPY 410 hingga JPY 1550 bergantung pada jenis fasiliti yang anda pilih. Kitaorang tak sempat merasa pengalaman ni haritu sebab masing-masing excited nak explore benda lain. Rugi pula rasa tak cuba.

Nota: Berdasarkan hasil bacaan aku dapat di Internet, Dogo Onsen Honkan akan melalui proses renovasi dimana ia akan menyebabkan beberapa part bangunan ini ditutup buat sementara waktu.

Tarikan lain yang perlu anda explore ialah shopping arcade atau lebih dikenali sebagai Dogo Hakaira Dori. Shopping arcade berbentuk ‘L’ ni berukuran sekitar 250 meter yang menyambungkan Dogo Onsen Honkandan stesen Dogo Onsen. Ada pelbagai benda dijual di sini seperti barangan tempatan, souvenirs, makanan dan snek. Matsuyama juga terkenal dengan limau citrus. So, wajib cuba. Waktu operasi kedai-kedai di sini umumnya dari 9 pagi hingga 10 malam.

Melihat persembahan menara jam Botchan Karakuri dan kolam air panas khas untuk orang awam

Be sure to check out stesen Dogo Onsen juga sebab design bangunan dia sangat la klasik. Lepas dah habis explore, pergi ke kawasan Botchan Karakuri Clock untuk tengok persembahan karakter dari novel “Botchan” yang bermula antara jam 8 pagi hingga 10 malam (setiap 30 atau 1 jam). Sambil tengok show tu, boleh la rendam kaki kat kolam air panas kecil di sebelah menara jam ni. Percuma untuk orang awam. 

Baca juga: Jurnal Japan – Hiroshima

Pada hari seterusnya, kitaorang singgah Matsuyama Castle atau Masuyamajō sebelum berangkat ke Hiroshima. Ramai yang kata kalau dah kat Matsuyama, wajib lawat istana ini. Menjadi salah satu daripada 12 istana yang berjaya diselamatkan selepas era feudal pada sejak tahun 1868, Matsuyama Castle kini megah berdiri sebagai salah satu tinggalan sejarah berharga di bandar Matsuyama atau Ehime Prefecture. Bayaran masuk pula ialah JPY510.

Pemandangan dari tingkat atas Matsuyama Castle 

Aku kagum saat melihat seni bina istana ni sebab setiap benda dibuat atas sebab tertentu dan aku pun tak perasan tu sampailah diberi penerangan oleh tour guide. Luangkan lebih masa dalam istana ni untuk mempelajari sejarahnya dan beberapa koleksi tinggalan dari masa lalu. Jangan lupa naik ke tingkat atas untuk menikmata pemandangan 360 darjah bandar Matsuyama dan juga Seto Inland Sea.

Tip: Kalau datang masa musim bunga iaitu sekitar bulan Mac hingga awal April, anda akan berpeluang untuk tengok bunga cherry blossom di sekitar istana.

Kereta kabel menuju ke Matsuyama Castle

Ada dua cara untuk naik ke Matsuyama Castle iaitu dengan menaiki cable car atau chairlift. Harga ialah JPY510 (round trip) atau JPY270 (one way). Kalau ada masa lebih, boleh la cuba do it manually iaitu naik tangga.

Dengan ini berakhir la siri jelajah sekitar bandar Takamatsu dan Matsuyama. Sehari lebih di setiap bandar sebenarnya tak cukup sebab anda macam-macam tarikan menarik di sini. Tapi since kitaorang covering beberapa prefecture dalam trip ini, all things need to cut short. Kita pergi tempat yang betul-betul terkenal je.


VIDEO


Now, let’s go to Hiroshima. Jangan lupa baca pengalaman di Okayama juga. Jumpa lagi dalam entri seterusnya!

2 comments

Leave a Reply to Raz Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *