Kawan dan Memori

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email A song by Westlife – Seasons in The Sun Permintaan daripada si penulis kepada siapa-siapa yang baca entri…

A song by Westlife – Seasons in The Sun
Permintaan daripada si penulis kepada siapa-siapa yang baca entri ini. Penulis meminta korang semua untuk membaca entri ini berlatar belakangkan lagu yang sempat dia post dekat atas tu. Harapan agar ini menjadi buat korang semua.
Sebelum itu, ucapan Assalamualaikum dan Salam Sejahtera diberikan kepada semua yang membaca post ini. Macam biasa, diharapkan korang semua dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kalau korang semua perasaan, penulis blog ni (iaitu aku) banyak menulis perkara yang bersangkut paut kepada sesuatu hubungan. Yeah, sudah tentu la entri kali ni pun aku bakal menulis sesuatu yang berkaitan dengan kenangan serta persahabatan.
Jom kita putar kembali ke masa pada setahun lepas, 2010.
Kehidupan yang aku dan rakan-rakan yang seangkatan di bawah nombor 1992 ialah berada dialam Universiti. Sesuatu yang sangat membanggakan bagi setiap orang di muka bumi ni. Oh sebelum itu, dengan ini sudah hampir setahun lebih aku dan rakan-rakan yang lain menjadi pelajar di UiTM Lendu, Melaka ni. Sungguh cepat masa ni berlalu kan?

Kehidupan dijalani seperti biasa sebagai pelajar tahun pertama di universiti. Ada lagi pembaca yang belum sempat membaca cerita/episod semasa tahun pertama?
Jom klik pautan dibawah ini.
Atas tu merupakan antara post terawal yang aku buat ketika baru baru menjejak alam universiti. Secara terus terang, sebagai budak yang berada di tahun ketiga sangat-sangat la rindu pada zaman berada di tahun pertama.
Apa yang aku rindu? Jom lihat satu persatu!
1. KEHIDUPAN.
Menjadi pelajar semester pertama sebenarnya adalah antara tahun yang paling terbaik. Walaupun banyak perkara yang buat kita selalu merungut tapi dalam tidak kita sedar, perkara itu la yang paling manis dan selalu kita akan ingat sampai bila-bila.

*Sesi pengenalan jenis-jenis kamera*
2. PERASAAN
Menjadi pelajar tahun pertama juga kita mempunyai perasaan ingin tahu yang sangat kuat. Ingin tahu bagaimana sesuatu itu boleh terjadi, ingin tahu. Apabila dah masuk tahun ketiga, semua perasaan itu hilang sekali gus membawa diri aku mempunyai sikap yang malas untuk berkerja, hilang minat.

*Sesi bergambar satu kelas*
3. KAWAN
Yang ni palinglah terasa dan merasai. Nak cakap lebih pasal yang no 3 ni rasanya tak perlu, anda semua tahu pabila ianya berkaitan dengan KAWAN. Dikenali sebagai sesuatu yang sukar untuk berkekalan dalam kehidupan kita, terutamanya sebagai seorang remaja. Yang penting, aku merindui ‘rakan-rakan’ aku ketika berada ditahun pertama.
*bersama dengan kawan sebilik serta sekelas*

*kenangan sewaktu dalam kelas melukis*
*semasa kelas Visual Communication I*

*tugasan pertama yang aku buat untuk kelas Visual Communication*

Dan, kini semuanya tidak lagi seperti dulu. Semua dah jumpa hala tuju masing-masing walaupun masih lagi berada dalam satu kampus. Ke kelas masing-masing, buat kerja masing-masing.
Jika diingat kembali, pada masa dulu, setiap tugasan/assignment diselesaikan secara berkumpulan. Masing-masing saling bantu membantu untuk mendapatkan hasil kerja yang memuaskan. Sebagai pelajar Fotografi, aktiviti shooting dilakukan secara berkumpulan dan beramai-ramai. Dah snap gambar, terus bagi kawan-kawan yang lain. Perkara itu mungkin agak kelihatan seperti seorang photographer yang kurang professional, tapi… itulah yang kita akan ingat sampai bila-bila.

Andai aku berpeluang, ingin aku merebut kembali semua kenangan masa dulu. Nak jalani kehidupan seperti dulu, tapi aku tetap terus ke depan.
Kepada pelajar-pelajar semester pertama atau kedua, Jika korang semua membaca entri ini.
Tanyalah pada diri korang sendiri …
“Adakah si dia/mereka ini kawan sejati untuk aku?”
Janganlah korang menjawabnya, “Haaa, aku pasti dia/mereka ni pasti akan menjadi sahabat aku dari awal hinggalah ke akhirnya” Keranaaaaa, mencari seorang SAHABAT bukanlah sesuatu perkara yang hanya boleh dapat dalam jangka masa yang pendek.
Cuba untuk tanya “Adakah perkara yang aku buat ini adalah sia-sia?”
Janganlah korang menjawab “Oh, semestinya. Kehidupan macam ni bukanlah sesuatu yang aku nak”
Bertanyalah rakan-rakan atau orang sekeliling korang
“Adakah korang mempunyai kenangan yang manis ketika berada di tahun pertama pada masa dulu?”
jawapan mereka pastinya sama seperti jawapan korang. Maksudnya sama, cuba struktur je yang berbeza.

Akhir kata, Buat rakan-rakanku semoga korang semua berjaya. Aku tetap kawan/sahabat korang jika aku tidak lagi berada dalam ‘bidang’ yang sama dengan korang semua, kerana sesuatu persahabatan yang baik itu tidak mengira apa-apa jua pun. Tidak lupa juga, kepada kenangan-kenangan manis mahupun pahit.
” Salah satu kelebihan menjadi seorang pelajar photography pada masa kita sibuk menyelesaikan tugasan secara tidak lansung juga kita merakam semua kenangan setiap Saat, Minit dan juga Jam “
p/s : Sampai satu masa nanti, korang pasti sedar bahawa pentingnya kenangan dan pengalaman itu.
Regards, Pojiegraphy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *