Keep Calm and Pray for Final Exam

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Nak tahu sama ada, ada lagi yang merindui atau masih singgah dekat blog ni since medium blog masa…

Nak tahu sama ada, ada lagi yang merindui atau masih singgah dekat blog ni since medium blog masa kini kebanyakkan digunakan untuk dasar berkongsi cerita-cerita sensasi yang berlaku dalam dunia hiburan, politik mahupun hidupan biasa. Seakannya tiada atau kurangnya kini jumlah penulis blog yang masih aktif berblogging dengan cerita-cerita harian mereka. Agaknya Instagram dah overshadow blog.
Tapi aku tetap nak menulis dalam blog kerana bagi aku blog inilah medium yang terbaik untuk kita berkongsi gambar sebanyak mana yang kita mahu dan menulis sepanjang mana yang kita mahu (Yang pasti, panjang sangat pun orang tak akan baca juga).
Alhamdulillah, masih sihat sejahtera dan diharapkan agar anda semua juga dalam keadaan yang sihat dan selamat. 
Gambar diatas sekaligus sebagai ubat kepada yang merindui diri ini (Ayat superbly poyos)
Selesainya minggu ke 14 bagi semester ini dan secara tidak lansung, selesailah juga kuliah untuk semester ini. Banyak juga perkara yang boleh disimpulkan dalam chapter kali ini. Tapi yang penting, diri dapat adapt dengan pelbagai tekanan since dah bertahun-tahun menghadap situasi yang sama. Semester kali ini tidaklah seberat semester lepas yang dihiasi dengan pelbagai drama dan juga pelbagai tekanan untuk menyesuaikan diri dengan situasi atau environment baru.
Dibawah adalah antara gambar-gambar yang sempat diambil masa hari-hari terakhir kuliah. Banyak tapi rasanya tak perlu upload semuanya nanti juling mata orang nak tengok. So, i’ll make it as simple as ABC.

Foto bersama dengan pensyarah Communication Theory iaitu Madam Norhayati. 
Lecturer yang begitu happy-go-lucky dan banyak juga input yang diberikan selain daripada input untuk subjek yang diajar olehnya.

Foto bersama dengan pensyarah bagi subjek Management Studies iaitu Madam Iriana Suraya.
Pensyarah yang begitu sporting dan helpful to us. Memudahkan segala urusan dalam memenuhi syllabus untuk subjek ini. Boleh dikatakan bahawa beliau juga boleh blend dengan perangai setiap pelajar dalam kelas ini. 

Sempat lagi foto-foto bersama dengan budak kelas and Madam Iriana during our lass class for Management Studies.

Perangai para pelajar bila pensyarah mula bagi greenlight untuk bergambar bersama ketika hari-hari terakhir kuliah. Nasib dapat lecturer yang boleh bagi greenlight, kalau yang dapat redlight, curi-curi ambil gambar saja la nampaknya. 
So, jika dilihat balik semester lepas, aku cuma ada 3 kertas untuk final exam. Suprisingly, semester ini ada 5 kertas untuk final exam (mesti budak course lain cakap “Alaaaahai. Setakat 5 paper, lagi banyak paper kitaorang”.)

Mulalah episod bermanja dengan buku, salin nota itu ini, otak mula berfikir berkenaan dengan topik atau jenis soalan yang akan keluar. Normal, itu sudah pasti. Belum ada istilah bersengkang mata tak tidur satu malam kerana study untuk final exam kerana aku masih percaya bahawa otak kita juga perlu rehat. 
Subjects for this semester would be 
Introduction to Management
Principles of Journalism
Communication Theory
Principles of Translation
Psychology
Bukan banyak yang diminta, hanyalah doa daripada anda semua buat diri ini dan yang lain agar dipermudahkan urusan sepanjang musim peperiksaan ini.

Sempat juga tinggalkan soft reminder kepada degree students yang akan menduduki final exam, plese make yourself well-prepared ya. All the best semua. 
Regards,
Pojie

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *