Keindahan Kinkaku-Ji (Golden Pravilion), Kyoto

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Pernahkah anda terfikir atau berhajat untuk melihat salah satu bangunan yang penuh dengan sejarah unik secara dekat? Kita…

Pernahkah anda terfikir atau berhajat untuk melihat salah satu bangunan yang penuh dengan sejarah unik secara dekat? Kita selalu baca, lihat atau dengar pelbagai cerita mengenai pengalaman orang berkunjung ke tempat-tempat menarik atau bersejarah. Apa yang dikatakan orang ramai tu memang benar. 
KLIK SINI untuk tengok video travelogue Japan
Melihat, baca atau dengar cerita dari orang lain adalah sangat berbeza dengan kita sendiri yang merasai pengalaman tersebut. Oleh itu, aku juga tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke tarikan menarik yang terdapat di Kyoto iaitu Kinkaku – Ji atau lebih dikenali sebagai Golden Pavilion

SEJARAH KINKAKU-JI TEMPLE

Terdahulunya, Kinkaku-Ji merupakan villa dikenali sebagai Kitayama-Dai, iaitu kepunyaan kepada Saionji Kintsune (salah seorang individu berpengaruh). Pada 1397, Kinkaku-Ji telah dibeli oleh Shogun Ashikaga Yoshimitsu dan seterusnya diubah menjadi kompleks Kinkaku-Ji.

Selepas kematian Yoshimitsu, bangunan ini dijadikan sebagai Zen temple sebelum masuk zaman Onin War (1467 – 1477) dimana ia mengalami kerosakan besar akibat kebakaran. Walaubagaimanapun, Kinkaku-Ji berjaya dibina semula pada tahun 1955 dengan rupa fizikal bangunannya yang hampir sama dengan reka bentuk sebelumnya.

Jika anda berpeluang untuk masuk ke dalam bangunan, anda bakal melihat beberapa hasil karya termasuklah replika Yoshimitsu.

PENGALAMAN BERKUNJUNG KINKAKU-JI TEMPLE 
Idea untuk berkunjung ke Kinkaku-Ji Temple ni datang selepas melihat senarai tarikan yang wajib dikunjungi di beberapa laman web dan blog. Aku agak tertarik dengan persembahan bangunan berwarna emas yang dikelilingi dengan tumbuhan hijau yang menguatkan lagi daya penarik untuk berkunjung ke sini. 
Ada pelbagai cara yang anda boleh pilih untuk datang ke sini salah satunya ialah dengan menaiki train (JR) seterusnya menaiki bas. Dari Kyoto Station, anda boleh menaiki train dan turun di Emmachi Station, jalan keluar dari station dan terus belok ke kanan sampai la korang nampak traffic light, belok ke kiri. 
Jalan terus until nampak stesen bas. Naik bus bernombor 204 atau 205 dan turun di perhentian Kinkaku-Ji. 
Tambang bas dari Emmachi Station ke Kinkaku-Ji Stop: Y230 (Dewasa) dan Y120 (Kanak-kanak).

Selepas sampai stesen bus, anda perlu berjalan sedikit untuk ke Kinkaku-Ji Temple. Kalau pergi masa summer, adalah lebih baik jika anda bawa air secukupnya untuk kekal hydrated. Manakala jika anda datang ke sini pada musim autumn atau spring, bawalah payung just in case hujan kan.

Ketika kunjungan aku ke sini, orang tak ada la ramai sangat mungkin sebab summer. For sure waktu autumn atau spring mesti view di sekitar Kinkaku-Ji ni lagi cantik. Sempat jugalah ambil beberapa gambar di gate utama sebelum ke kaunter bayaran. 
Gambar atas: Tiket masuk ke dalam kawasan Kinkaku-Ji Temple
BAYARAN MASUK
Y400 untuk dewasa
Y300 untuk kanak-kanak
Antara yang menarik pasal Jepun ni kebanyakan tarikan-tarikan di sini sememangnya mempunyai sistem yang sungguh efisyen dan sistematik. Walaupun ramai orang, mereka berjaya juga buat keadaan tidak huru-hara. 
Sebelum masuk, pastikan anda berada di lane yang betul kerana terdapat dua lane utama iaitu untuk Individu dan Kumpulan. Individu ialah untuk mereka yang pergi sendiri manakala kumpulan pula kebiasaannya untuk mereka yang buat kunjungan secara berkumpulan dan ikut mana-mana agensi pelancongan.
Kini tibalah masanya untuk kita melihat Kinkaku-Ji Temple ini secara dekat. Sebelum ni cuma mampu tengok dalam gambar-gambar yang dimuat naik oleh rakan-rakan je, finally berpeluang juga untuk melihatnya dengan mata sendiri.
Sedikit perincian mengenai Kinkaku-Ji Temple. Nama Kinkaku telah diambil dari warna emas iaitu warna utama bangunan ini. Emas ibarat membawa erti istimewa buat bangunan ini iaitu membuang pencemaran atau pemikiran serta perasaan negatif. Selain itu, warna emas juga lebih menarik lebih-lebih selepas menerima pancaran matahari. Pastinya, menjadikan ia sebagai tarikan menarik untuk dikunjungi. 

Malangnya, aku tidak berpeluang untuk masuk ke dalam Kinkaku-Ji Temple. Jika berpeluang, pastinya aku dapat melihat tiga aras berbeza yang mempersembahkan nilai architecture yang berlainan. 
Menurut kepada Japan Guide, bangunan ini terbahagi kepada tiga tingkat :-
1. Tingkat 1 dibina mengikut stail Shinden, digunakan pada Heian Period. Seni reka dalaman untuk tingkat 1 pula dibina dengan menggunakan kayu dan juga plaster dinding berwarna putih. Di tingkat ini juga terdapat arca atau patung Shaka Buddha dan Yoshimitsu. Walaupun tidak dapat masuk ke dalam, anda masih boleh melihat ia dengan jarak dekat.
2. Tingkat 2 dibina mengikut stail Bukke (Samurai residences). Seni bina luaran dicat sepenuhnya dengan warna emas. Di dalam terdapat Kannon Bodhisattva yang dikelilingi beberapa arca atau patung Four Heavenly Kings (tidak ditunjukkan kepada para pengunjung). 
3. Tingkat 3 dibina mengikut stail Chinese Zen Hall yang dilengkapi helang berwarna emas atas atap bangunan ini. 
Tak tahu mengapa para pengunjung tidak dibenarkan masuk ke dalam Kinkaku-Ji Temple. Ada yang mengatakan bahawa ia sebagai langkah untuk mengekalkan kualiti bangunan ini. Yelah, bangunan ni kan dah lama dan tak berapa kuat untuk menampung jumlah para pengunjung yang ramai.
Tapi still curious nak masuk dalam bangunan ni sebab setiap tingkat tu dibina dengan stail berbeza. Pastinya menarik kerana mereka boleh menerapkan tiga nilai rekaan berbeza untuk satu bangunan

Selepas melalui Kinkaku-Ji Temple, anda juga boleh singgah di beberapa kedai cenderahati yang terdapat di sini. Kalau ada masa, boleh tengok-tengok mana la tau ada yang berkenan. Selain itu, boleh juga singgah small tea garden dimana anda boleh merasai teh matcha (green tea) sambil menikmati keindahan alam semula jadi di sekeliling anda. 
Sebelum keluar, terdapat satu kawasan khas dimana orang ramai akan menyatakan hajat mereka dan baling duit syiling ke kawasan seperti dalam gambar di atas. 
TRIVIAThe gardens hold a few other spots of interest including Anmintaku Pond that is said to never dry up, and statues that people throw coins at for luck – Japan Guide.
Semasa dalam perjalanan keluar, aku ternampak mesin aiskrim seperti di atas. Selalunya tengok mesin untuk air tapi dekat Jepun ada macam-macam jenis mesin. Untuk makanan ringan seperti sushi dan aiskrim.
Apa? Aiskrim. Ya, momen of being jakun bila aku teruja semacam melihat mesin ni. Lagi best tu mesin ni menawarkan jenama-jenama aiskrim yang best. Hampir semua aku tak pernah rasa. LOL
Bagaimana pengalaman ke Kinkaku-Ji Temple?
Finally dapat juga tengok bangunan simbolik ini dengan mata sendiri. Walaupun aku lagi prefer tarikan yang ada aktiviti melibatkan alam semula jadi, aku still teruja dapat berkunjung ke Kinkaku-Ji Temple even though visiting historical attraction certainly not my cup of tea but at least I managed to capture few shots of nice photo. Kinkaku-Ji Temple is indeed beautiful building. 
Walaupun agak terkilan sebab tak dapat nak masuk dekat dalam (next time buat research betul-betul before pergi – #NoteToSelf) temple ni, alhamdulillah tetap happy sebab at least dapat juga tengok Kinkaku-Ji Temple ni. 
Kinkaku-Ji Temple (Golden Pavilion)
Type: History learning, good for landscape photography
Address: 1 Kinkakujicho, Kita Ward, Kyoto Prefecture 603-8361, Japan
Operation hours: 9 am – 5 pm (No closing day)
Phone: +81754610013

7 comments

  1. Kat Jepun banyak temple2 yang cantik & menarik.. Diorang memang jaga betul bangunan bersejarah untuk tujuan pelancongan..

  2. wow, bestnyaaa. kalau dapat masuk mesti bestkann, sebab dibina dengan pelbagai stail yang berbeza .

    part aiskrim tu tak boleh blaa, salah time laa usha2 makanan time2 mcm ni, lapaar betul 😀 terliur je tgk aiskrim tu.

  3. Saya suka tengok bangunan2 macam ni. Especially yg luar negara. Tapi, sampai sekarang belum pernanh melancong ke luar negara. Tengok dari TV dan blog sajalah…hew…hew…

  4. Jepang memang hebat ya Bang Pojie. Mengelola sistem pariwisata, mengelola warisan budaya semua dilakukan dengan baik dan efisien.

  5. can i ask about the ice cream? Did you buy it? Is it halal? If so, I want to try and buy it later because its only 300yen. So cheap and if you do buy it, how big it is?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *