Sebelum itu,
KLIK SINI untuk tengok video aku menggayakan kasut dan beg dari
LARRIE!
Selain meneroka keindahan tempat-tempat yang dikunjungi, kita juga punya keinginan untuk kekal kelihatan bergaya. For sure nak ambil gambar sebanyak yang boleh. Nak gambar yang cantik, kita juga kenalah dalam keadaan kemas, bergaya dan menarik.
As for me, selain daripada gaya, aku juga lebih mementingkan keselesaan especially kasut dan juga beg kerana bila travel sudah tentu kita akan banyak berjalan dan juga bawa banyak barang. That is why aku sangatlah particular dengan dua benda ni.
Sebagai seorang yang berjiwa muda remaja (cewah), Larrie merupakan salah satu jenama menjadi pilihan aku bila bercakap pasal travel. Kenapa? Teruskan membaca.
Larrie, iaitu salah satu jenama kasut dan pelbagai aksesori khusus untuk mereka yang gemar mengembara sememangnya menjadi pilihan ramai terutamanya golongan muda kerana rekaan kasut dan aksesori mereka yang trendy dan stylish.
So, apa yang menjadi pilihan hati?
1. Larrie Backpack [Dark Blue]
Dah lama berhajat untuk memiliki backpack seperti ini. Selalu nampak dekat Internet je and finally boleh pakai. Sesungguhnya beg ni membuatkan kita nampak stylish, lagi-lagi dalam gambar. Kalau orang yang suka #OOTD tu, confirm suka beg macam ni.
Selain daripada design yang begitu fresh dan menarik, beg ini juga mempunyai ruang khas untuk korang letak laptop. Keseluruhan ruang beg ni boleh sumbat macam-macam juga la – kamera, laptop, magazine, wallet, passport, makanan ringan, selipar dan macam-macam lagi.
Bonus tambahan untuk beg ini kerana anda tidak rasa terlampau berat walaupun beg penuh dengan barang.
2. Larrie Shoe 1 [Blue]
This one is probably my favourite. Boleh pakai most of the time. Ringan and selesa. It is more to casual shoe. Bolehlah bergaya dalam keadaan selesa.
3. Larrie Shoe 2 [Brown]
Untuk kasut seperti ini, aku prefer untuk pakai masa buat aktiviti sedikit lasak kerana tapaknya yang begitu tebal. Berbeza dengan kasut di atas, ianya sedikit besar dari segi design.
Nampak seperti kasut sukan tapi sebenarnya boleh juga dijadikan sebagai kasut kasual. Bergantung kepada situasi.
3. Larrie Biofeet Sandal [Brown]
Sandal jenis ini merupakan antara yang terkenal sekarang ni. Kalau pakai memang nampak bergaya dan trendy. Golongan muda suka la pakai macam ni kan. Ia agak berat sedikit namun tahap keselesaan itu sangatlah memuaskan.
Permukaan rasa lembut dan kurang rasa sakit kaki walaupun jalan agak jauh.
4. Larrie Pouch Bag
Kalau nak buat aktiviti hiking atau apa-apa aktiviti yang tidak menggalakan anda untuk bawa barang banyak, beg jenish pouch seperti ini mungkin menjadi pilihan anda untuk menyimpan barang-barang penting.
Size beg ini muat untuk letak handphone dan beg duit saiz sederhana, tuala kecil dan botol air mineral 500ml. Cukuplah untuk simpan barangan penting anda.
Travel, travel juga tapi penampilan diri perlulah dijaga. Siapa nak kelihatan tidak kemas atau kurang bergaya dalam gambar kan? Jadi pakai dan gunalah mengikut kesesuaian diri anda. Tidak lupa juga aspek keselesaan juga harus diutamakan… oleh itu, pilihlah produk yang dijamin selesa dan selamat.
Jangan nak fikir bergaya je dan selesa atau tidak, tolak tepi.
Kalau nak tengok koleksi-koleksi Larrie yang lain, korang boleh visit laman web rasmi mereka.
Official Website: CLICK HERE
Official Facebook Page: CLICK HERE
Nice collections! I love the backpack. Certainly gonna grab one.
Thank you for sharing!
Dude, lawa weh kasut warna biru tu. Fav aku!
Beg pun nice. Nak cari la lepas ni.
Hai, cantik filter gambar. Guna apps apa ya?
Hi, yeah. It is super comfortable and yet stylish.
Grab one and be ready for your next adventure! 😉
Yeah, that is my favourite one. Backpack pun not bad! 🙂
Hi, thank you. Hehehe. Guna apps vsco ja 🙂
Larrie memang fav brand saya. Kasut diorang cantik-cantik!
Look good on you. Dah tengok video, best best!
Jadi duta Larrie je la hehehe
Nice 🙂
Their products look good on you. Nice collections!
smart semua. Larrie xnak taja team peojek travel ke? eh
wow insan ini gile… best lah!