Kelebihan berbuka puasa dengan keluarga sendiri

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Bercakap tentang puasa/berbuka puasa, pejam celik pejam celik dah sampai pun ramadhan terakhir. Tak terasa pun waktu berjalan….

Bercakap tentang puasa/berbuka puasa, pejam celik pejam celik dah sampai pun ramadhan terakhir. Tak terasa pun waktu berjalan. Kalau diingatkan masa dulu (masa kecil-kecil), masa yang berlalu tu terasa agak lambat. So, ramadhan is about to leave us. How’s going on with your raya’s preparation? Yang pastinya, mestilah dah fully prepared right? Good to hear that. Mine? Nothing much. Macam biasa, menyerbu kedai akak menjual kain tu pada saat-saat akhir (last minute). Mana la tau dapat goda akak tu untuk bagi harga lebih murah. Who knows?

Berbalik kepada topik utama entri ini. Berbuka puasa bersama kawan-kawan, kekasih, dan juga yang selainnya (selain daripada ahli keluarga) memang tidak dinafikan ada kelebihan dan keseronokkannya. Dapat berborak-borak, bergelak ketawa dan sebagainya.
Tapi, berbuka puasa dengan ahli keluarga lebih best! Bak kata slogan MyVi terbaru tu “Lagi best
Kelebihannya? :
1. Bila berbuka puasa dengan ahli keluarga ni, tak perlu jadi orang lain. Just be yourself. Tak perlu takut untuk buat itu dan buat ini. Takut nanti diorang tak suka or what. They know yourself better. Berbanding berbuka dengan kengkawan/kekasih, kadangkala perlakuan kita adalah terbatas. Nak buat itu takut, nak buat ini takut. Amacam?
2. Fuh, nanti berbuka aku nak makan berabis. Nak ayam goreng, nak mee sup, nak caramel pudding, nak jelly, nak ice lemon tea, nak bread pudding, nak ice-cream, nak satay. and nak apa lagi? Jangan risau, berbuka puasa dengan ahli keluarga, korang makanlah apa yang korang nak. Usah malu-malu.
3. Yang penting, dapat juga bersantai dengan family kita. Since semuanya jarang berjumpa. Mana lagi sibuk dengan kerja, sibuk dengan kelas. Bilanya nak berjumpa dan bersantai beramai-ramai ni? Kui Kui Kui.
These are some random photos taken during our break fast session together @ Subang Jaya.
Okay, shamimi jadi headmaster untuk kitaorang yer. Kiranya dialah ketua gangster diantara semua kuncu-kuncunya. (Kalau shamimi boleh baca entri ni, habis aku kena belasah).
Pembuka gambar si penulis dengan si tak berapa nak kecil tapi perangai memang macam budak-budak kecil yang sangat boleh buat kita Ummmpph! Sabar sabar separuh daripada iman. Apa-apa pun, he’s Firhan yang nakal / mulutnya tak reti duduk diam. Adakah jangkitan daripada uncle dia? Entah la :/
And … Hello. Ni la ketua gangster yang baru je aku cakapkan dekat atas tadi. Meet my little acamimi (Shamimi). Ala, dia la yang selalu dapat publisiti dekat blog, facebook and twitter milik uncle dia tu.
Finally, dapat juga berjumpa dengan mak dan ayah. Fewah, aku la orang yang paling happy sebab dapat beraya dan berjumpa dengan kedua-dua mereka ini. Yang si kecil itu merupakan anak buah yang ketiga, Adam. Maaflah, muka beliau ditutup dengan tangan yang sangat rakus mengambil kerepek.
My eldest sister and brother.
Lagi, saja nak nyebok bersama dengan sikecik dan si tak seberapa nak kecik. Gambar pemilik blog ni memang kena ada dalam setiap entri beliau. WAJIB!

Bersama dengan ayahku tersayang dan juga bersama kakaku yang agak gorgeous. Usah risau, gambar hang memang masuk dalam blog ni. Jangan nak buat statement ” Kenapa tak letak gambar aku? Takut kena canang la tu “.
My sister with her husband, the father of acamimi.
dan dan… yang ni la paling mahal.

gambar kitaorang sekeluarga. Gambar seperti inilah memang susah nak jumpa/dapat. Selalu snap gambar mesti ada je yang berkurangan. Sedih. Apa-apa pun, memang LAGI BEST!


Cukup-cukuplah, nak buat persiapan untuk raya sekejap lagi. Nak pergi serbu kedai-kedai baju diluar sana kejap lagi. Tunggu yer tunggu. Again, Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan bloggers diluar sana. Semoga happy dihari kemenangan kita ni.

2 comments

  1. You're niece tersangat lah comel 😀 Rasa macam nak cubit je pipi dia tu 😀
    I like your point no 2. haha!
    cool 🙂

Leave a Reply to faainna Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *