Sebab itu la sampai sekarang aku tak pernah rasa bosan menjejakkan kaki ke negara ini kerana kita tahu bahawa negara Indonesia kaya dengan khazanah alam semula jadi, kaumnya yang pelbagai serta makanan-makanannya yang sedap (at least for me la).
Selepas Lombok, alhamdulillah syukur Allah berikan peluang untuk aku ceritakan pengalaman aku ke Bali untuk kali yang keempat. Sebut saja Indonesia, pasti Bali antara salah satu destinasi yang akan terlintas dalam fikiran masing-masing, betul tak?
Ramai yang kata (termasuklah aku) bahawa Bali ni sangat overrated dah. Tak dapat dinafikan memang benar kerana popularitinya yang destinasi laut terkenal di Indonesia serta banyak dipaparkan dalam pelbagai filem antarabangsa terkenal termasuklah Eat Pray Love (2010) dan The Fall (2006). Tapi kita juga sedia maklum bahawa Bali bukan sahaja ada Kuta, Seminyak, Ubud tetapi banyak lagi tempat-tempat menarik. Misalnya kalau anda ke bahagian barat Bali, anda boleh teroka Gerokgak. Jika anda ke bahagian utara Bali, anda boleh teroka Lovina. Sama juga di bahagian timur Bali, anda boleh dive dan melihat keindahan taman dalam air di Tulamben dan Amed.
Sebenarnya banyak. InsyaAllah kalau aku ada rezeki, aku nak explore bahagian-bahagian lain di Bali ni. As for now, aku nak kongsikan pengalaman aku berada di Bali selama 3 hari 2 malam atas undangan Kementerian Pelancongan Indonesia (Wonderful Indonesia) dengan kerjasama Kedutaan Besar Repulik Indonesia (KBRI) tempoh hari.
Sebelum aku nak cerita lebih lanjut, first thing first, ramai yang tanya. Selamat ke nak travel ke Bali?
[skip ke sub topic seterusnya jika anda nak baca tentang aktiviti-aktiviti di Bali]
Kita semua sudah maklum bahawa Indonesia adalah antara salah satu negara yang duduk berdekatan dengan garisan yang dipanggil “Ring of Fire” di kawasan Pasifik dan ini semestinya menjadi faktor utama kenapa pelbagai bencana alam termasuklah letusan gunung berapa kerap berlaku di beberapa kawasan di sini.
Tahun lepas, ada terjadi satu kejadian alam iaitu letusan Gunung Agung (November 2017) yang sedikit sebanyak menjejaskan sektor pelancongan di Bali berikutan kejadian tersebut. Kecoh di media sosial ada yang tak dapat balik kerana banyak penerbangan terjejas, ada yang travel mereka terjejas dan banyak lagi. Alhamdulillah, all went well dan tiada sebarang perkara serius berlaku ketika itu.
Persoalan sekarang.. adakah selamat untuk travel ke Bali? I went there beberapa minggu lalu (27 – 29 April 2018) and semuanya dalam keadaan baik, tenang dan seperti biasa. Pihak authority pun sudah nyatakan bahawa keadaan Bali sekarang selamat untuk dikunjungi.
Apabila sesuatu melibatkan bencana alam, ia semestinya diluar kawalan manusia. Kalau memang Tuhan nak jadikan sesuatu, jangankan di Indonesia di tempat yang kita tengah duduk pun boleh terjadi. Betul tak? Kalau travel di Bali, ini je aku boleh katakan. Cuba avoid tempat-tempat yang berpotensi tinggu untuk terdedah dengan bencana alam seperti di kawasan gunung-gunung yang masih aktif. Sebelum anda menempah tiket atau pergi ke sesuatu tempat tu, boleh periksa laman web ini terlebih dahulu. Semoga ia membantu dalam memberikan anda informasi tentang bencana alam di Indonesia.
Moving forward. Jom kita tengok aktiviti-aktiviti yang aku sempat lakukan di Bali selama 3 hari 2 malam.
Aktiviti-aktiviti di Bali
Mencuba itik goreng di Restoran Bebek Tepi Sawah, Kuta
Bali sangat sinonim menu bebek iaitu itik. Ramai para pengunjung yang datang ke sini pasti tak akan lepaskan peluang merasai masakan bebek. Sejujurnya, aku tak berapa prefer makan bebek. I probably choose ayam or ikan instead.
I tried once during my previous trip ke Bali, it was great. Aku cuba di salah satu restoran terkenal di Ubud iaitu Bebek Tepi Sawah – terkenal dengan menu ini dan juga pemandangan sawah padi yang memukau.
Kalau Ubud tu agak jauh bagi korang, masih ada peluang lagi merasa masakan bebek ni sebab sekarang restoran Bebek Tepi Sawah ni dah buka cawangan di kawasan Kuta (terletak bertentangan dengan Krisna Pusat Ole-Ole Bali dan berdekatan dengan lapangan terbang Ngurah Rai).
Nothing much to describe since tak makan pun bebek hari tu but most of them said sedap. Kalau korang macam aku tak suka bebek, boleh pesan hidangan lain seperti ayam atau ikan goreng.
Menonton persembahan tarian Kecak dan menikmati pemandangan sunset di Uluwatu Temple
Melihat tapak tarikan ikonik di Bali iaitu Garuda Wisnu Kencana
Jika anda minat park, anda boleh datang ke Garuda Wisnu Kencana (GWK). Terletak sekitar 10 ke 15 minit drive dari lapangan terbang Ngurah Rai, GWK merupakan taman budaya yang memaparkan budaya-budaya Bali dan Indonesia melalui pelbagai persembahan seni dan budaya serta pameran.
Kebetulan masa aku visit tu dah malam. So, nothing much to see pun. Cuma dapat tengok sebahagian sculture Lord Vishnu, yang masih dalam proses pembinaan dan dikatakan akan menjadi ikon atau mascot Bali bila dah siap nanti.
Sculpture hasil karya salah seorang arkitek terkenal di Indonesia iaitu Nyoman Nuarta ini berketinggian 120 meter dan lebih tinggi dari statue terkenal yang lain seperti Statue of Liberty (New York) dan Christ The Redeemer (Rio de Janeiero).
Apa yang korang boleh buat di sini?
– Menikmati pemandangan Bali.
– Shopping di Plaza Wisnu Art Shop
– Lotus Pond.
– Check out art market dan exhibition gallery.
– Menonton persembahan budaya.
– Lunch atau dinner di restoran di sini.
Klik sini untuk lihat peta kawasan GWC.
Mereka juga menawarkan pakej Play Pass berharga IDR 150,000/seorang termasuklah lunch/dinner di Restoran Beranda, Garuda Cilik Show di Garuda Cinema, persembahan Balinese di Amphitheater dan Tarian Kecak.
GPS: -8.810037, 115.167073
Website: www.gwkbali.com
Menaiki vintage Volkswagen jeep melalui VW Tour
Along the way, we passed by Kuta bustling area, kawasan perumahan orang local dan pemandangan sawah padi yang cantiknya ya ampun. Cantiknya la ciptaan Allah ni. Mulut tak habis-habis cakap “Wow, wow, wow dan wow” apatah lagi jari aktif menekan butang shutter.
Untuk cuba aktiviti ini, anda boleh layari www.alamtirtaoutbound.com atau directly contact Pak Made di +6281236266222 (dia offer trip pergi dan balik berharga USD80 untuk satu kereta).
Mencuba white water rafting di Sungai Ayung
Jika anda minat aktiviti air dan suka adventure, aktiviti water rafting atau orang tempatan panggil arung jeram semestinya wajib buat kerana Bali mempunyai aliran sungai yang sangat-sangat la ideal untuk aktiviti ini iaitu Sungai Ayung, sungai terpanjang di Bali yang mengalir sepanjang 62.5 KM dan terletak di Desa Payangan, Ubud.
Kitaorang mulakan misi dari base Alam Tirta Outbound. Ambil barangan untuk rafting iaitu helmet, paddle dan life jacket. Diikuti dengan safety briefing from their experienced staff.
Just in case korang wondering, there is actually a locker (but sadly masa tu tak ada kunci) untuk store your invaluable items like baju or other basic items. Not really sure kenapa tak ada kunci tapi harapnya in the future diorang dah provide kunci sekali la. They also provide a comfortable shower room complete with shower gel dan tuala untuk digunakan selepas habis rafting.
Back to rafting experience. The funny part is kitaorang belum start rafting lagi dah penat sebab kena turun tangga yang tingginya ya ampun. Bergegar lutut terus. Ambil masa sekitar 10 to 15 minit juga la nak turun. Those yang tak biasa outdoor aktiviti or physically less fit, be prepared.
Nasib la halfway dengar dah bunyi air sungai mengalir dan nampak view pokok-pokok hijau cantik. Rasa semakin bersemangat juga.
Four of us were appointed under Mr. Djodjo‘s guide. Orangnya kecil tapi kuat boleh bawa kitaorang berempat yang most of the time banyak ambil gambar dan video je. Masing-masing curi tulang. BHAHAHA! *tepuk dahi*
Sesi rafting selama sekitar 2 jam (dalam 10 KM) ini memberikan kami peluang menikmati ketenangan alam semula jadi di sini (tengah membanyangkan bunyi burung, serangga dan air mengalir minus orang menjerit). Ada part dimana kitaorang berpeluang tengok beberapa dinding batu diukir secara unik dan berusia sekitar 40 tahun yang merupakan hasil karya seniman-seniman di Bali.
Along the way akan ada dua stop. Kitaorang cuma berhenti di satu stop sahaja untuk rest, beli minuman atau simply dip atau dive into the water. It is completely safe to swim around but always follow your tour guide punya advice and please sentiasa berhati-hati.
Moving forward towards the end, kitaorang lalu kawasan resort-resort mewah termasuklah Ritz Carlton Resort. Terpukau sebentar tengok resort-resort di sini.
Overall experience: Enjoyable!
Difficulty level: Stage 2 – 3.
Website: www.alamtirtaoutbound.com
Menikmati pemandangan romantik ketika menaiki Bali Hai Cruises
Sajikan mata anda dengan pemandangan sunset is the best way to end your day di Bali. Aktiviti ini cukup terkenal bagi mereka yang pergi sini untuk berbulan madu, family vacation or maybe solo atau forever-alone traveller? Ngeh.
Aku dengan yang lain berpeluang untuk menaiki Bali Hai Cruises yang setiap hari memulakan perjalanannya pada pukul 5.30 petang dari Benoa Port dan pusing sekitar Tanjung Benoa sambil menyaksikan view matahari terbenam. Kalau bukan atas dasar kerja, dah lama aku simpan phone dan kamera untuk memanfaatkan masa berharga ni. Sangat cantik!
Dalam cruise ni juga ada menyediakan hidangan buffet kepada para tetamu. Menu terdiri daripada lauk seperti sushi, salad, masakan tempatan serta barat. Tidak lupa juga dessert dan buah-buahan. Dining area gak sempit dan sometimes agak sendat dalam tu especially bila full house. So, be prepared and plan your time bila nak masuk ke dining area.
On top of that, ada juga ruangan lain untuk socialise dan tonton beberapa persembahan musik serta show-show lain.
Harga: IDR 826,000 (dewasa) dan IDR 572,000 (kanak-kanak)
Website: www.balihaicruises.com
Terima kasih berkongsi pengalaman. Saya suka ke Indonesia kerana makanan! Haha. Tapi memang sedap makanan kat sana.
Baju batik yang dipakai cantik
Seronoknya Bali! Pernah pergi awal tahun ini tapi serius tak puas sebab tak tengok salah satu aktiviti wajib di Bali – Kecak Dance sebab hujan! Maknanya memang kena pergi lagi. I notice some of fun things I should do from your article ni jugak especially Volkswagen jeep, water rafting kat Sungai Ayung dan sebagai pencinta sunset, Bali Hai Cruises tu nampak sangat enjoyable and promising!
Bali tempat percutian paling menyeronokkan lebih-lebih dah ramai golongan digital nomad berhimpun disini. Memang tak puas teroka pulau ni. Pantai-pantai pun sangat cantik!