Kenyir Water Park, Tarikan Baharu Di Terengganu

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Pejam celik dah sebulan lebih dah selepas Taman Air Kenyir (Kenyir Water Park) ini secara rasminya dibuka bersempena…

Pejam celik dah sebulan lebih dah selepas Taman Air Kenyir (Kenyir Water Park) ini secara rasminya dibuka bersempena dengan Festival Kenyir 2015. Tarikan baharu di Terengganu yang juga terletak di Pulau Poh ini telah mula beroperasi sejak 1 Jun 2015. 
Nampaknya bertambah lagi la aset pelancongan di negeri Terengganu ni dengan pengenalan sebuah water park yang mampu menarik kunjungan dari luar serta dalam negeri. 
Bersempena dengan Terengganu Squid Jigging Festival 2015, kami berpeluang menjadi antara yang terawal untuk cuba Kenyir Water Park ni. Walaupun masa tu masih ada banyak yang kurang, aku tertarik dengan one of the games dekat sini. 

Selain daripada mandi dekat water park, anda juga boleh berpiknik dekat sini
BAYARAN MASUK KENYIR WATER PARK
Dewasa: RM20/seorang
Kanak-kanak: RM10/seorang
*harga adalah termasuk pengangkutan bot 
Tahukah anda bahawa proses pembinaan Kenyir Water Park ini menelan belanja kira-kira RM7.5 juta bagi memastikan ia mampu menarik orang ramai untuk berkunjung ke sini. 

While waiting for our boat, para bloggers dari luar negara tidak melepaskan peluang mereka untuk merasa ice cream ala-ala tepi jalan ni (terkenal masa zaman sekolah dulu)

Tipulah kalau aku cakap pemandangan dekat sini tidak mampu memukau setiap mata yang melihatnya

MACAM MANA NAK KE KENYIR WATER PARK?
– Melalui Tasik Kenyir, anda akan mengambil bot dari Jeti Pengkalan Gawi untuk seberang ke Kenyir Water Park. 
– Perjalanan mengambil kira-kira 5 minit. Tak jauh pun!
– Bila jambatan dah siap nanti, senang la korang nak ke sana but untuk masa terdekat ni anda perlu naik bot. 

Dekat sini ada shop yang menjual barang-barang souvenirs antaranya ialah t-shirt

Tempat menunggu atau berehat while tengok anak mandi-manda (kepada parents yang malas nak join mandi)

Tempat mandi khas untuk wanita & lelaki

locker juga disediakan untuk anda simpan barang-barang penting

Cafe

What else?
Untuk bahagian kanak-kanak, so far ada paddle pool and splash pool. 
Harga Promosi Sewa Peralatan
Paddle Boat – RM5
Cabana – RM15 (Deposit – RM5)
Locker – RM5 
Life Vest – RM5

Part ni yang aku paling suka which is Ninja Warrior Water Games

This one agak menarik dan STRICTLY UNTUK ORANG DEWASA 
(kerana kedalamannya mencecah 150 meter)
– Aku nak nasihatkan kat korang kalau nak bawa camera atau apa-apa, pastikan ianya dilengkapi dengan set keselamatan bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku (eg: camera tertanggal dari tripod and tenggelam). Once camera atau apa-apa dah jatuh, memang tak boleh diselamatkan. 

with bunch of awesome bloggers

OPERATION HOURS
Kenyir Water Park beroperasi setiap hari dari jam 10 pagi ke 6 petang
* Tutup sementara waktu untuk solat jumaat (12.30 pm – 2.30 pm)
* Aktiviti mungkin dibatalkan jika keadaan cuaca tidak mengizinkan
Nota: Bagi pengunjung lelaki beragama Islam, terdapat bot khas disediakan kepada anda bermula jam 11.30 pagi dan anda boleh masuk semula ke water park dengan syarat tiket tidak dikoyakkan/hilang

Dengar cerita, Kenyir Water Park ni masih dalam proses pembangunan lagi dimana mereka akan melalui fasa kedua dan fasa ketiga – jambatan sepanjang 500 meter (RM270 juta), jeti, lapan resorts dan juga hotel. Bila? Tak tahulah. If ada rezeki, aku nak tengok nanti!
Buat masa sekarang, plan la trip korang sebaiknya untuk ke sini dan ENJOY!
Kenyir Water Park Official Facebook Page
Untuk informasi tambahan mengenai aktiviti snorkeling di Taman Laut Pulau Redang, anda boleh hubungi pihak Tourism Terengganu di +6096231553 atau email ke tourismterengganu2014@gmail.com.
_________________________________________________________________
This blog post was made possible through Terengganu International Squid Jigging Festival (Media Trip) in Terengganu organized by Tourism Terengganu & Gaya Travel Magazine
Tourism Terengganu Official Website
Gaya Travel Magazine Official Website
CLICK HERE

More Articles for #SquidJiggingTGG
CLICK HERE

Watch my Official Squid Jigging Video
CLICK HERE

To see more pictures of Terengganu Squid Jigging Festival 2015, you can browse through #SquidJiggingTGG on Facebook, Twitter and Instagram.

7 comments

Leave a Reply to riza afzan asri Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *