King Climber (Rock Climbing) in Krabi!

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Travelling to Krabi, Thailand Rasanya tak perlulah terangkan apa itu Krabi ya? Semua pasti tahu pasal Krabi ni….

Travelling to Krabi, Thailand
Rasanya tak perlulah terangkan apa itu Krabi ya? Semua pasti tahu pasal Krabi ni. Siapa tak tahu tu mesti ada something wrong. Krabi ni memang syurga buat mereka yang nak berehat menikmati keindahan alam dan juga membuat aktiviti-aktiviti melibatkan alam sekitar seperti berkayak, tree top/canopy walk dan sebagainya. 
Entri pasal Kayak dah publish, entri pasal Tree Top Adventure dah publish. Kali ni kita cerita sikit pasal aktiviti yang lagi adventure dan best (bila dah sampai dekat atas). Tidak lain tidak bukan, Rock Climbing with King Climber antara salah satu aktiviti yang kita kena buat bila datang Krabi. Tapi make sure physical dalam keadaan okay. (Jangan jadi macam kitaorang. Dah penat balun untuk kayak dengan tree top).

KING CLIMBER (ROCK CLIMBING)
Halfday: 1000 THB
FullDay: 1800THB
Dah penat dengan dua aktiviti yang agak best dan indeed tiring, terpaksa la bangun seawal jam 6.30 am untuk breakfast and get ready untuk pergi buat rock climbing. Keadaan fizikal yang kurang memberansangkan sebab terpaksa bermandi hujan masa buat Tree Top Adventure, kami gagahkan juga diri untuk buat aktiviti terakhir ini. 

Muka sembab semacam bila tidur indahku diganggu. Terpaksa juga gagahkan diri. Naik mini lorry yang legend lagi vintage ni buat aku rasa bertambah excited sebab sepanjang perjalanan ke destinasi, dapatlah juga kami enjoy pemandangan sekeliling. 

Perjalanan dari sekitar Ao Nang beach untuk ke boat station tidaklah begitu jauh. Ala, Krabi ni takdalah besar sangat. So, jarak from one place to another place tu tak jauh sangat pun. Untuk buat rock climbing ni, kita kena naik boat untuk ke sana (kalau from Ao Nang dan sebagainya).

Gambar di atas tu adalah view yang korang bakal enjoy bila nak naik boat from boat station ke kawasan rock climbing. Masa nak pergi sana nanti korang akan berpeluang untuk tengok aktiviti orang tempatan naik boat ni untuk beli barang keperluan, pergi kerja dan sebagainya. 

Siapalah yang tak teruja kalau nampak view ni kan? Sampai je aku dekat kawasan ni, terus hati mula rasa berkobar-kobar dan tak sabar rasanya nak lakukan aktiviti seterusnya. 

I’m ready. Bring it on! Muka penuh dengan rasa confidet untuk menyahut cabaran kali ni. Tak sedar tu tahap kekuatan dah tinggal 40%. Before pergi climbing, kami akan singgah ke kedai King Climber ni untuk ambil equipments and dengar briefing dari orang diorang.

Sesampainya dekat kawasan nak buat climbing tu, dah nampak ramai orang tengah buat latihan dan panjat batu besar ni. For sure, most of them are western people. Tahu sajalah kan, diorang ni memang suka aktiviti-aktiviti macam ni. 

King climber

Tak tipu. Aktiviti ni memang agak mencabar, memenatkan dan menyeronokkan. The very best motivation untuk sampai ke atas ialah bila trainer tu cakap dekat orang yang berjaya panjat “You did it! Now, just enjoy the view“. Tu yang membuat aku rasa lagi excited nak panjat. 
But before panjat yang the extreme one tu, korang kena lalui fasa latihan untuk pastikan tahap kebolehan dan kebiasaan kita dengan aktiviti ni. 

Pasal keselamatan tu, jangan risau. Sebab orang yang akan guide korang semuanya memang berpengalaman dan kuat. Nampak je macam tak cukup makan but stamina diorang memang kuat. Sebenarnya cuak juga la nak buat ni sebab nyawa kita ibarat dekat tangan orang yang pegang tali kita tu. Tapi, so far tak ada lagi kes teruk yang terjadi (Kalau jadi, sah-sah aktiviti ni dah tak dibenarkan lagi).
Muka lega dah lepas fasa percubaan. Hek eleh! Baru fasa percubaan. Belum lagi fasa yang sebenarnya. HAHAHA

Masing-masing khusyuk tengok orang lain tengah climb 
Nak tahu apa terjadi? Agak kecewa juga tak dapat climb sampai atas sebab tahap fizikal dah tak begitu memuaskan. Ditambah pula dengan demam. Untuk part aku, aku sempat sampai dekat halfway. Boleh la juga enjoy view Krabi yang cantik tu but i’m pretty sure kalau sampai atas tu lagi cantik. Therefore, secara automatiknya kami tukar pakej ke halfday package. 
My advice here is kalau nak buat aktiviti ni, korang kena make sure tahap fizikal tip top. Tak penat dan sebagainya. Sebolehnya, letak la aktiviti ni sebagai aktiviti utama yang korang akan buat bila sampai Krabi. 

Lepas settle panjat tu, kitaorang balik ke kedai tadi untuk pulangkan equipment dan sebagainya. Alhamdulillah, discuss punya discuss, dapat juga la refund balik duit. Rugi juga tu kalau tak dapat refund. Nasiblah mereka baik hati (mungkin sebab tengok condition kitaorang).
Sebelum balik, sempat lagi cari makanan sekitar kawasan ni. Nak cari makanan halal tu memang makan masa sikit. So, we decided untuk makanan something yang tak melibatkan daging and etc. Just dessert je. Plus, restoran ni memang tak serve pork. Selamat!

Banana pancake. Kalau datang sini, memang wajib pekena pancake ni. Deliciously fattening. Who cares? Kita travel – just makan apa kita nak. Balik nanti barulah fikir nak lose weight and etc. 

Mango lassi – best drink to quench your thirst and frustration tak dapat habiskan climb. HAHAHA
Quick facts about Rock Climbing!
  1. Ada tiga jenis course yang disediakan kepada anda – Three Days Climbing Course, One Day Course and Halfday Course
  2. Ada tiga jenis climbing – Top Rope Climbing, Lead Climbing and Rappelling.
  3. Kalau nak buat booking, you can simply pergi dekat any agent untuk book. Pandai-pandailah cari offer yang lebih murah. 
  4. Price: 1000 THB (Halfday) & 1800 THB (Fullday).


Despite of being frustrated, I am grateful for the opportunity to witness the amazing views of Krabi from the rocks. This is a true definition of all that hard work paid off. I will definitely pay my visit to this place again, in future. 
Regards,
Pojie

24 comments

  1. Wahhh Krabi plakk..Untunglerr jln2 saja ya Pojie..seronok gak sesekali g memanjat kat tempaf lain selain tempat kita..Macam biasa sggah sini tak pernah kecewa..gambar menarik cerita complete ..pastinya terbaikk ..Happy blogging ..

  2. wahh bestnyaaaa. next year nak ke sini lahh insyaallah. hhihihi. 😀 agak2 kalau org yg ada gayat ni mampu tak nak buat rock climbing? huhuhuh. nak try jugak but my fear of height is really baddd. huhuhu.

  3. Rock climbing??? Taklah kot.
    Fobia dengan kawan kepada abang Mrs. A yang pernah terjatuh akibat xtvt ni
    Banana pancake tu its look so delicious

  4. Pernah ke Krabi dan pernah tengok orang buat… tapi kebanyakkannya yang badan ramping macam Pojie lah atau badan selesa… saya tak berani buat, lagi saya gayat… tengok jer orang buat dari air… view memang cantikkan di Krabi… makan2 di AoNang memang best… (sebab tu takleh nak buat agaknya sebab badan dah montel) kalau nak buat bunggy jumping tu masih boleh lah…

  5. Pernah sekali je ke Krabi hampir 10 tahun dahulu. Tapi tak pernah join rock climbing. Menarik aktiviti mcm ni.. sgt2 mencabar. Pasti Krabi pun dah banyak berubah sekarang kan.. 🙂

  6. Wah wah wah seronok nampak …Ya laaa bukan senang nak buat aktivit camni kan Pojie..Alang2 dah ada kat sana buat jer semua yang ada…Seronok tgk orang g jln2..Hehee.. bila giliran kita pulak nak g sana..Banyak buat aktiviti lagi la banyak dapat pengalaman masabercuti ..Kalau sekadar tidur lepak ngn makan jer bercuti kat Malaysia pon boleh ahhaa ..

  7. Yess..betul tu sebut je Krabi semua orang tahu..Aonang Beach dan pulau2 yang cantik akan menerpa ke dalam benak fikiran..pernah ke sana seklai jika di tanya mau perig lagi terus angkat tangan cukup hanya sekali sbb x tahan PANAS huhhu

    Tapi trip Pojie ada kelainan kerana biara org kek Krabi akan ambil pakej ke Pulau2 yg cantik tu kurang orang pegi Rock Climbing tu..kalau sis JM mmg x mampu.

    Oklah kalau boleh naik half way at least dapat pengalaman tu

  8. Arghhh…stress tgk gmbr2 ni…hahah..aritu pegi krabi xsempat buat rock climbing ni..er, kalau buat pun, blom tntu lagi larat :p

  9. Salam, pergh bahagia betul hidup, pergi jalan dan bersiar-siar je..Krabi pulak tu, mmg lah view dia sangat3 cantik, aku mampu tgk kat google je lah viewnya tu..hihi..hah, betul2 rock climbing ek..aku ingat panjat sikit2 je, haha~ okay, kecewa lagi…sbb aku xdpt tgk view dpd atas tu..but it's okay…hahaha~
    owh, lori yg kay naik awal2 tu best sebab vintage..hihi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *