Kisshokaryo Kyoto Café, Best Dessert Café in Kyoto

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Bila bercakap pasal Jepun, minda kita pasti terfikir tentang teknologi maju, budaya sopan santun dan sungguh berdisiplin. Memang…

Bila bercakap pasal Jepun, minda kita pasti terfikir tentang teknologi maju, budaya sopan santun dan sungguh berdisiplin. Memang tidak dapat dinafikan kerana negara ini memang memiliki semua benda itu.

Bukan itu sahaja. When it comes to Japan, pastry atau pencuci mulut dekat sini pun terbaik sehingga menjilat jari (tetiba guna tagline kepci pula). Tapi betul, makanan-makanan dekat sini pun best. 

Masa jalan-jalan sekitar Gion, tetiba tertarik dengan satu café sekali gus terbatal niat untuk taknak bazirkan duit makan dekat Gion sebab most café agak mahal dan tak berani nak masuk LOL
Thank you Kisshokaryo Kyoto kerana berjaya membuatkan aku tidak berpegang teguh pada niat untuk tidak pergi ke mana-mana café atau restoran kat sini. 

Dalam perancangan, memang tak termasuk pun untuk visit café atau restoran. Tapi, towards the end tu (masa on the way balik hotel) tiba-tiba tertarik dengan café ni. Bangunan biasa je but banner depan kedai power!


Lari topik kejap. 
Dekat Kyoto ni, hampir semua kawasan dapat akses Free Wifi. Kebanyakan kedai di sini menyediakan perkhidmatan WiFi free. So, kitaorang dengan tak tahu malu berdiri depan kedai semata-mata nak guna WiFi. Lama pula tu. Bhahaha
Kembali ke topik utama, ruang café ni agak sempit. Kebarangkalian untuk anda beratur tu agaklah besar jika ingin makan dekat sini. Nasib baik pergi masa nak tutup so takde la ramai sangat orang. Walaupun ramai orang, tetap kebersihan café berada pada tahap terbaik!
Selain dari dapat merasa dessert, anda juga boleh menyaksikan moment-moment romantik. Sweet betul dua orang dalam gambar atas tu. Dah la sama-sama pakai Yukata. Confirm gadis-gadis di luar sana cair tengok diorang ni. Eh

Cafe ni mempunya dua tingkat:-
1F untuk Patisserie
2F untuk Tearoom

So, apa yang dicuba dekat Kisshokaryo Kyoto Café?

1. Matcha Roll Cake 
1404 Yen (

Kek yang sangat lembut, kaya dengan rasa matcha (green tea). Apa yang istimewa tentang Matcha Roll Cake ialah ia menggunakan krim Hokkaido dan krim green tea Uji. Tambahan Kocha jelly membuatkan setiap suapan anda begitu berharga. 
Yes, kami membuat keputusan yang begitu tepat. Sedap!


2. “ABC Matcha” – Matcha Kakigori

OMG. Maaflah, aku main letak je nama untuk menu ni. Yang ni macam ABC atau cendol yang kita ada dekat Malaysia tapi ni lebih kepada ala-ala Jepun sebab guna green tea. Sedap? Ya! Kalau boleh, nak lagi. Ice cream on top tu memang menggoda betul!
** Maaf tak dapat include harga. 

Rupa menu ni sangat cantik sampai kitaorang ambil masa juga la untuk sesi bergambar sebelum menikmatinya. LOL
Mesti benda tu cakap “Eh! Bila korang nak makan aku ni?! Penat la bergambar!” HAHAHA

3. Matcha Chocolate Cake
1,296 Yen (6 small pieces)

This one pun wajib cuba. Sempat juga take away Matcha Chocolate Cake sebab nampak sungguh menyelerakan. Sama seperti Matcha Roll Cake, cuma this one agak tebal dan terasa la green tea tu. Terdapat 6 pieces dan semuanya habis dalam sekelip mata. 

ALAMAT

HARGA

Berbaloi!

INSTAGRAM

KLIK SINI



2 comments

Leave a Reply to budakbandunglaici Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *