Kuatkanlah Semangatmu, Wahai Pojie.

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Salam kepada semua pembaca yang setia!Sebelum memulakan sesi menulis/menaip ini, saya ingin mengucapkan “Happy 53rd Belated Birthdayto my…

Salam kepada semua pembaca yang setia!

Sebelum memulakan sesi menulis/menaip ini, saya ingin mengucapkan

“Happy 53rd Belated Birthdayto my beloved Dad and Happy Birthday in advance to my beloved Mom and Brother. May everything you do will just brighten up your day”



/Gambar Semasa Sesi Memotong kek. Sempat juga si budak kecil itu menyibuk/

Selesai sudah sesi berbahasa inggeris. Takut nak berbahasa inggeris sangat, karang nanti kena cakap kerek, sombong, berlagak pulak. Maklumlah, Manusia. Susah sikit nak faham kan?

Sedih dengan kecewa tidak dapat turut serta untuk menyambut harijadi ayahku yang ke 53. Kebetulan diorang ada dekat shah alam ni. Nak join, tapi takut nak ponteng kelas dan koko. Pelajar Cemerlang hah? Lagi, banyak assignments yang tertangguh. Bertambah cemerlang hah?
Itulah kehidupan sebagai seorang pelajar, adakalanya kita perlulah berkorban. Berkorban kearah yang baik dan betul, bukannya ke arah yang tidak betul.

Apa yang mampu aku dapat? Cumalah gambar-gambar yang telah diambil dan bertambah sedih pabila gambarku lansung tidak ada dalam majlis kecil-kecilan tersebut.
/sigh/

/terliur aku melihat gambar ini. Nasib baik time tu dah kenyang makan nasi goreng cina/

/Sedang sibuk menyiapkan apa yang patut/

/terlebih makan hati melihat gambar ini setelah ditagged oleh kakakku/

/hari kepulangan ibu dan ayahku ke Kota Kinabalu, Sabah. Too bad, time ini pun aku tidak dapat turut serta/

Melihat gambar-gambar budak-budak kecil ini, rasa sejuk hati sikit.

/firhan dengan gelagatnya yang tiada maksud/

/syamimi dengan muka blur dan minta kesian/

/wah syamimi, nampak macam seorang puteri pula/

/inilah syamimi yang tidak lama lagi berumur setahun/

Pada masa yang semakin singkat berlalu, banyak benda yang aku teringin buat dan sangat rindu untuk buat. Terasa cepat sangat masa berlalu, tetapi apa yang aku lakukan ialah benda yang sama setiap hari. Tapi, tetap merasakan masa itu sangat pantas berlalu walaupun apa yang kita lalui itu merupakan suatu perkara yang sangat membosankan. Merasakan diri ini perlulah HIDUP.

Aku inginkan hidup seperti dulu kala. Aku rindu semua yang dulu. kalau boleh aku nak stay pada masa dulu. Semuanya mudah dan ringkas dan senang.
Tapi, ternyata dalam dunia ini tiada yang muda, ringkas dan senang.
Sebelum itu, aku juga ingin berterima kasih kepada blog ini. Kerana telah menjadi bahu ketiga dan keempat aku, dikala aku punya masalah. Disinilah aku menulis, dikala aku gembira, disini jugalah aku menulis. Aku tidak takut atau segan untuk berkongsi tentang kehidupan aku kepada seluruh dunia.

Aku teringin sangat semua ahli keluarga aku berkumpul di bawah satu bumbung. Seperti dulu, tidak ada yang terpisah. Namun, itu sudah menjadi lumrah kehidupan.

/gambar kenangan semasa keluarga berkumpul tahun lepas/

/rindu saat ini/

/bersama kakakku dan anak buah ku yang tersayang, Firhan/

/Berbuka puasa di Hotel Holiday Villa/

Lagi satu, aku rindu dan teringin kembali pada saat ini. Apakah itu?
Sudah tentulah Zaman Sekolah.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kehidupan di Universiti sangat la happening dan gempak. Korang memang dapat rasa pahit dan manis semasa berada di Universiti, lepak situ sana sini, tidur lambat beramai-ramai kerana ingin menyiapkan kerja assignments. Pergi kelas bergaya, turun cafe pun bergaya. Senang cerita, ada sedikit kelonggaranlah! Percayalah kehidupan di unversiti happening doh, tapi ingat, happening happening jugak, tapi jangan sampai diri itu rosak okay?

Namun, Kehidupan pada zaman sekolah lagi manis. Sekali dalam hidup ja kita dapat lalui saat manis ini. Tidak lagi dapat diulang. Dulu, hidup ini tidaklah rasa amat rumit sangat. Yalah, semua ada orang yang tanggung. Mahu makan, mahu kemana, mahu balik, mahu pergi ke sekolah. Semua sudah ditanggung. Yang paling manis lagi, cikgu cikgu betul-betul caring dekat kita. Walaupun marah bagai nak rakkkk sampai kena benci oleh para pelajar, namun apa yang dibuat oleh cikgu itu ada juga benarnya. Siapa lagi nak tegur dekat anda selain daripada ibu bapa? Takkan kawan-kawan kot. Dah sah-sah korang ni takkan dengar teguran kawan-kawan kan? Karang nanti jadi gaduh pulak.

/saat saat manis menjadi pelajar sekolah/

/dalam kelas bukan nak belajar, bergambar sajalah kerja!/

/masih ingat lagi shot ni. ala-ala bunkface konon. HAHA. tetap rindu/


/Gambar ini tiada motif. Sekadar nak tunjuk muka aku bersama krew produksi. Jangan marah haa izz!/


/Mengapa manusia tidak pernah PUAS dengan apa yang mereka ada?/
Kuatkanlah semangat wahai pojie.

Walau apa pun terjadi, anda semua masih sayang dekat saya kan?

Guess its enough for today, ingatlah. Jangan meletakkan harapan yang tinggi kepada sesuatu yang kita tidak pasti dapat mencapainya. Tidak salah untuk berusaha, tapi janganlah sampai harapan kita itu tinggi. Jangan disebabkan harapan atau hajat itu tidak tercapai, anda terus ingin merosakkan diri anda. Cubalah untuk berfikiran lebih positif lagi, kematangan itu sangat penting. Tiada sesiapa yang sempurna dalam dunia ini, tapi terimalah kelemahan kita itu sebagai semangat untuk kita menjadi yang terbaik walaupun bukan sempurna.

Ingatlah, aku masih sayang dekat korang semua. Harap korang tetap sayang dekat aku walaupun apa yang terjadi.

p/s : Maaflah, entri kali ini melibatkan perasaan yang mendalam. Maaf lagi sekali.
Please take care of yourself there, still miss you.

See you soon, regards.
Pojiegraphy.

7 comments

  1. bila satu pintu telah tertutup seringkali seseorg itu berdiri terlalu lama dihadapannya..memandang dan terus menangis serta menanti bilakah pintu itu akan terbuka semula…tetapi dia lupa untuk melihat ke depan kerana di sana ALLAH telah bukakan banyak pintu lagi untuknya..terukan melangkah..semua orang tetap akan menyanyangimu..be strong k..

Leave a Reply to nurliyanamohdali Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *