LEGOLAND Malaysia Resort, destinasi percutian buat peminat LEGO dan Star Wars sepanjang Mei!
“May the force be with you“
Berikut merupakan ayat yang bakal menjadi sebutan orang ramai khususnya peminat LEGO dan Star Wars. Mei merupakan bulan yang dinanti-nantikan oleh LEGOLAND Malaysia Resort dan juga The LEGO Group kerana akan ada beberapa aktiviti menarik bakal berlangsung di sini, sepanjang bulan ini.
Baru-baru ini aku berpeluang melawat ke LEGOLAND Malaysia (finally, buat pertama kalinya!) untuk menghadiri majlis yang aku anggap antara yang terbesar dianjurkan oleh Legoland Malaysia. Pastinya peminat tegar LEGO dan Star Wars tidak akan melepaskan peluang untuk ke sini untuk melihat replika LEGO Millennium Falcon, yang berjaya dihasilkan oleh dua tetamu jemputan dari The Lego Group iaitu Dan dan Chris Steininger, merupakan father-son Master Builder.
Tahukah anda berapa hari agaknya mereka ambil untuk menyiapkan replika LEGO seperti dalam gambar di atas ni? Jawapannya sekitar tiga hari. Wow! Ini namanya kerja keras ni. Pasangan Master Builder juga turut dibantu oleh kanak-kanak para tetamu dari LEGOLAND Malaysia Resort.
LIHAT JUGA: [VIDEO] LEGOStarWarsDays 2016
Bayangkan… kalau kita yang kena buat replika Millennium Falcon sebesar dalam gambar di atas. Berapa la hari yang kita ambil untuk siapkan? I have no idea. Mesti lambat. Sebab itu la aku hormat dengan semangat yang ada pada pasangan ayah dan anak ini. Walaupun memenatkan, mereka tetap ceria dan mampu buat para tetamu terhibur dengan jenaka-jenaka yang mereka beri.
SITI SORFIENA SYASHA
its a cool men! 😀
jauh la pulak nak p esok hahh, johorr tu 🙁
Siti Yang Menaip
entah bilalah akak nak sampai Legoland.. JB pun x penah pegi ehehe..
Amie
Lama tak jenguk sini…banyak yang paparan menarik. Nak tengok satu persatu.
Lieyana J
Bestnya dapat pergi Legoland. Dah lama nak pergi but belum ada peluang lagi. Thank u for sharing this Pojie!
She Is Farahain
ain yang orang JB pun tak pernah sampai sini . hahahaa..