Hello peeps.
Long time no see. Very-very long time kot.
Before that, would u like to see the above picture?
apa korang nampak? aku makin cacat? aku makin tak betul?
TIDAK!
aku semakin kekurangan berat badan. Aku makan pada kadar yang normal, tapi mengapa kadar itu turun dengan mendadaknya.
Saya mau berat bertambah, saya mau jadi gemok!
TOLONG!
kulit semakin hitam gelap gelita tu lain ceritalah, sejak awal lagi.
Currently, saya menghadapi tekanan yang agak baik disini.
Dimana dengan assignmentnya lagi, dimana dengan aktivitinya lagi.
macam-macam! dah boleh kacau bagaikan dodol yang bakal aku jamu dipagi raya nanti.
Bunyi agak menyelerakan, tapi agak sedih & kelakar juga.
Hidup saya disini bagaikan roda. pusing pusing pusing pada arah yang sama.
bangun pagi, kelas, after kelas lepak cafe makan dengan budak-budak kelas, after lepak balik bilik, rehat, buat assignment, basuh baju, makan meggi & biskut, pegi koko, pegi pasar, and so on. Hari berikutnya, aku kenalah putarkan roda itu sehingga dapat menghasilkan satu pusingan yang lengkap. Ingat, jadi budak universiti bukanlah sehappy & serileks yang kita sangka. So, budak-budak yang masih sekolah & bakal menghabiskan sesi persekolahan mereka, hargailah masa korang kat sekolah.
SANGAT HARGAI!
kerana, setibanya kamu di universiti nanti semua bebanan adalah di atas kedua-dua bahu anda. so, disanalah akan rasa betapa happynya berada di sekolah. bukan semua yang berada di atas tanggungan kita.
Sudahla, lupakan babak-babak drama. karang berlinangan pulak air mata korang membaca teks teks aku yang bermod salji ni.
Nak share korang something ni, before ni aku menjalankan sesi penggambaran dekat bandar hilir melaka. Bukan suka-suka, tapi salah satu keperluan untuk assignment.
Aku terpaksa menjadi seorang yang adventerous untuk memburu gambar yang diinginkan.
boleh tahan mencabar, tetapi aku amat menyukainya.
nak lihat antara saat-saat kitorang disana?
Jom scroll ke bawah! Cepat! Cepat!
memang takleh blah.
dengan itu, saya ingin mengumumkan dekat korang. saya kini bertambah busy. kalah busy study untuk exam spm. macam-macam benda nak dikejar. kalau boleh, saya akan selesaikan semua pada waktu yang sesuai dan tepat dan bernas. Diharap maklum, maaf sekiranya saya tidak menghubungi anda semua. maaf jika saya terlupa untuk sms anda, maaf jika saya terlupa untuk membuat panggilan untuk anda.
kepada yang sudi mendengar setiap luahan perasaan saya, setiap masalah saya, dan sedia membantu saya bila saya dalam masalah, terima kasih.
kau yang terbaik diantara yang terbaik.
😉
before tu, saya juga ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua umat Islam di luar sana.
okay la, saya nak pergi bersahur. jam sudah pun menunjukkan 2 Pagi.
nak makan puas-puas.
Kumpul tenaga untuk keesokan harinya.
Bye bye.
cmni ek gaya bdk photography..great!