Lowepro – Backpack Ideal Berkualiti Tinggi

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Acap kali keluar dan mengembara di tempat orang memjadikan aku lebih matang dan sensitif dalam memilih barang-barang untuk…

Acap kali keluar dan mengembara di tempat orang memjadikan aku lebih matang dan sensitif dalam memilih barang-barang untuk dibawa bersama ketika travel. Pada awalnya, barang-barang yang tidak perlu pun terbawa sekali sehinggakan sanggup bawa bag yang besar kesana-kesini. Akhirnya menyusahkan diri sendiri.

Pengembara yang bagus haruslah tahu akan keperluan barangan yang penting dan tidak untuk dibawa mengembara bersama. Bukan itu saja, hal keselamatan barangan yang dibawa juga sangat saya titik beratkan ketika travel. Mempunyai sebuah backpack yang berkualiti tinggi dengan pelbagai guna adalah salah satu keperluan bagi si pengembara dan saya sendiri jika travel. Apa yang saya selalu fikir adalah, adakah backpack sedia ada yang saya guna sekarang boleh memudahkan pergerakan saya dan mampukah ia melindungi barang-barang saya khususnya gadget yang sangat sensitif seperti komputer riba, kamera digital dan sebagainya.

Baru-baru ini saya telah berpeluang menghadiri satu majlis perasmian Lowepro’s New Multifunctional Lifestyle Bags For Travellers and Photographers. Satu jenama bag yang cukup dikenali dengan fungsi melindung dan bag kamera berkualiti tinggi dikalangan pengembara dan peminat photografi di serata dunia. Majlis ini telah berlangsung bersempena dengan perayaan Ulang Tahun ke-50 Lowepro di Isetan KLCC.

Lowepro’s New Multifunctional Lifestyle Bags For Travellers and Photographers

Lowepro melancarkan koleksi beg gaya hidup pelbagai fungsi baru yang terdiri daripada Campus+, Urban+, Matrix+ and Travel+ yang terdiri daripada 18 reka bentuk moden di Malaysia baru-baru ini. Ini adalah reka bentuk dan fungsi yang lebih baik untuk keperluan yang berbeza.
Jenama Lowepro cukup dikenali di mata penggembara dan jurugambar di serata dunia sebagai “world’s trusted leader for its high-quality protective backpacks, cases and camera bags“, kini Lowepro telah melancarkan empat koleksi baru multifunctional lifestyle bags iaitu Campus+, Urban+, Matrix+ and Travel+ yang terdiri dari 18 jenis reka bentuk moden di Malaysia baru-baru ini. Ini adalah reka bentuk dan fungsi yang lebih baik mengikut keperluan yang berbeza.
Campus+ Collection

Koleksi Campus+ ini mempunyai reka bentuk yang muda dan bergaya. Datang dalam bentuk backpack, koleksi Campus+ adalah sebuah reka bentuk yang bergaya dan sangat berfungsi. Dengan ciri-ciri ringan dan kalis air, ia akan menjadi sahabat yang sempurna untuk si pengembaraan luar. Tersedia dalam tiga warna yang menarik, compartment nya yang luas dilengkapi dengan poket zip yang membolehkan pengguna menyimpan barang peribadi kecil seperti cermin mata hitam dan kunci.

Urban+ Collection
Koleksi Urban+ mempunyai rekabentuk dan keperluan yang sangat bersesuaian dengan kehendak peminat fotografi. Direka secara ergonomik dan sudah semestinya menjamin keselesaan kepada penggunanya. Koleksi inovatif untuk penggemar fotografi yang mencari adjustable compartments in a gear. Sesuai untuk kamera DLSR kecil dan mirrorless, koleksi ini dilengkapi dengan lima jenis beg dengan banyak penyimpanan untuk barangan peribadi.

Matrix+ Collection

Peralihan dari tempat kerja ke tempat senaman sangat bertepatan dengan pemilihan koleksi Matrix+. Beg harian ini mempunyai kes kamera yang boleh ditanggalkan dan mampu memuatkan sebuah komputer riba 15 inci di dalam panel belakangnya dengan perlindungan tambahan. Selain mempunyai kemasan tahan air, ia juga digabungkan dengan poket sampingan yang luas untuk menyimpan barangan seperti botol air dan tuala.

Travel+ Collection

Pengembara tegar pasti akan teruja dengan koleksi Travel+ ini. Koleksi ini robust finish dan dilengkapi dengan radio-frequency   identification (RFID)-blocking pada poket sampingan untuk keselamatan yang lebih baik. Direka khas untuk ketahanan yang tahan lama, backpack tahan air ini menjanjikan para pemakainya menikmati pengembaraan yang tidak terhingga hebatnya tanpa menjejaskan keselesaan dengan tali bahu ergonomiknya.

Setiap koleksi baru ini secara ringkasnya telah diiciptakan khas untuk peminat lifestyle dan fotografi– Campus+, Urban+, Matrix+ dan Travel+, hadir dengan pelbagai bentuk seperti backpacks, messenger bags, totes, Beg bahu serta klettersack bakpacks untuk memenuhi keperluan pengguna yang sentiasa berubah.
Encik Kevin Crandall, Pengarah Kanan Pembangunan Produk dan Pembuatan Lowepro membentangkan koleksi beg baru dan juga fungsi-fungsinya.
Beg jenama Lowepro kini boleh didapati di Isetan Malaysia. Untuk ahli Isetan pula akan menikmati tawaran terhad 10% daripada semua jenis beg Lowepro yang baru dilancarkan sehingga 9 Julai 2017. Selain daripada Isetan KLCC, koleksi baru ini jugaboleh didapati secara eksklusif di Isetan KLCC, Isetan 1 Utama dan Isetan The Gardens untuk seminggu hingga 12 Julai 2017. Koleksi-koleksi baru ini akan available di cawangan runcit terpilih selepas ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai Lowepro’s New Multifunctional Lifestyle Bags For Travellers and Photographers dan tawaran Veedoo yang lain, sila layari laman web Veedoo Malaysia dan Facebook

Artikel disediakan oleh Mawardi Yunus

6 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *