Ramai beranggapan bahawa helikopter ini hanya untuk orang ternama, VIP, ahli official (seperti tentera) dan seangkatan dengannya. Secara umumnya, jika ingin naik helikopter semestinya kita perlu belanja besar sebab nak operate helikopter ni bukan murah – servis, minyak, base dan banyak lagi. Itu secara umum la. Aku pun sebelum ni tak pernah rasa pun nak naik helikopter, berhasrat tu memang ada cuma rezeki belum ada lagi.
Itu dulu la. Dengan adanya KL Sky Tour yang beroperasi di Kuala Lumpur, peluang anda untuk merasai pengalaman menaiki helikopter sambil menikmati panorama dan beberapa bangunan ikonik terdapat di Kuala Lumpur dari atas semakin dekat dengan anda. Bulan lepas aku dapat merasai pengalaman naik helikopter. Terima kasih pihak #AboutKL dan KL Sky Tour atas peluang berharga ini.
Teruskan membaca kalau nak tahu lebih lanjut.
KL Sky Tour
KL Sky Tour (KLST) merupakan inisiatif oleh Cempaka Helicopter dengan kerjasama dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kuala Lumpur Tourism Bureau (KLTB) dalam mempelbagaikan tarikan/aktiviti menarik di ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.
Tempat operasi utama KL Sky Tour iaitu Titiwangsa Helipad terletak di sekitar Tasik Titiwangsa. Dengan lokasinya yang strategik, maka mudahlah para pelancong dalam dan luar negara datang dan mencuba aktiviti menarik ini.
Jenis Pakej
1. The KL Express
2. The City Explorer
3. The Jungle Escape
4. The Mountain View
Pengalaman sendiri
![]() |
Duduk dalam helikopter dengan penuh gaya. Obviously, we are not the pilot. LOL
|
![]() |
Menara Kuala Lumpur dan Petronas Twin Tower dalam satu frame. Cantik!
|
![]() |
Jangan lupa pose dengan helikopter as background. Boleh feeling ala-ala ahli korporat or model.
|
1. Penggunaan selfie stick adalah tidak dibenarkan sama sekali semasa flight.
2. Anda boleh bawa kamera GoPro/DSLR. Tidak digalakkan untuk bawa beg besar masa naik flight.
3. Sebelum naik flight, anda akan diberikan penerangan tentang keselamatan menaiki flight.
4. Tour bergantung kepada keadaan cuaca dan juga bergantung pada budi bicara pilot dan penumpang.
5. Refund hanya akan dilakukan apabila melibatkan faktor cuaca/sebarang perkara yang tidak boleh dielakkan oleh pihak Cempaka Helicopter.
6. Anda boleh buat kejutan seperti wedding proposal. Perlu buat booking seawal yang boleh sebelumt tarikh.
![]() |
Muka masing-masing happy dapat naik helikopter
|
Untuk tahu info lebih lanjut, boleh layari laman web rasmi Cempaka Helicopter atau hubungi +6019 258 6818 (sales line) atau e-mail ke info@ascend.me.
Wow macam best.
alahai teringinnya nak naik heli. masih belum ada rezeki.
wahh bestnya pojie.
6 minit… sekejappppp nyaaa! haha
wow , such a fantastic blog regarding adventourous places in malaysia. must visit on those places.
book online bus tickets from Redbus