Mendalami Sejarah Fotografi di The Camera Museum Penang

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Zaman sekarang ni, hampir semua orang dah pandai guna kamera. Tidak kira muda ataupun tua, budak kecil nowadays…

Zaman sekarang ni, hampir semua orang dah pandai guna kamera. Tidak kira muda ataupun tua, budak kecil nowadays pun dah pandai ambil gambar. Siap dengan gaya tersendiri lagi. Tahu ambil gambar tanpa tahu asal-usul kamera ataupun dunia fotografi sahaja belum lagi mencukupi. Kombinasi teknik dan juga pemahaman yang bagus pastinya dapat menghasilkan karya seni yang begitu mantap. 
Bagaimana ia terjadi?
Siapa yang memperkenalkan fotografi?
Bagaimana rupa gambar pertama yang diambil?
Soalan-soalan berikut sering diajukan kepada mereka yang minat fotografi dan ianya bakal terjawab apabila anda datang ke muzium kamera pertama di Malaysia dan Southeast Asia, iaitu The Camera Museum Penang.
Selepas bertahun-tahun menunggu, akhirnya kita ada muzium kamera sendiri di Malaysia. For sure, ramai pelancong dari luar sana yang minat fotografi akan datang ke Malaysia (Specifically, Penang) untuk melihat sendiri muzium ini. 
Sempena jelajah media #MyFascinatingPenang2015, aku berpeluang untuk pergi ke muzium ini dan merasai sendiri pengalaman kembali ke zaman dahulu kala dimana kamera-kamera yang ada pada masa itu sangatlah berbeza dan menarik dari segi reka bentuknya. 
THE CAMERA MUSEUM PENANG


Mula beroperasi pada Ogos 2013, The Camera Museum merupakan antara tarikan yang terletak di lokasi strategik iaitu di tengah-tengah kota yang penuh dengan sejarah menarik. Tidak lain tidak bukan, Georgetown. Terdahulunya merupakan 2-storey shop house, kini ia menjadi sebuah muzium yang bakal mempersembahkan serba sedikit sejarah fotografi dan juga evolusi camera. 
Pada awal April 2014, The Camera Museum Penang tersenarai sebagai tarikan nombor satu di Georgetown dan Pulau Pinang di Tripadvisor dan sekarang masih lagi kekal berada di antara yang teratas.
BAYARAN MASUK
Bayaran masuk ke The Camera Museum ialah RM20 (Dewasa), RM10 (pelajar dan warga emas). Berbaloi atau tidak? Teruskan membaca sebab banyak benda yang bakal aku kongsikan dalam entri ini. 
Muzium ini terdapat beberapa section iaitu; 

Café – beberapa menu yang boleh anda cuba seperti chicken pie, lasagne, nasi lemak, pelbagai pilihan jus dan juga coffee. Dengar cerita, soya bean milk mereka is highly recommended. 

Snap Shop – bagi mereka ingin membeli souvenirs serta koleksi-koleksi menarik yang boleh dibawa balik sebagai kenangan. 
Himpunan hampir 1,000 kamera – anda bakal melihat the latest camera sampailah the oldest camera in this area. Kalau anda betul-betul hayati segala yang dipamerkan, rasanya 30 minit belum cukup untuk explore dari awal sampai habis.

Obscura Room, Dark Room, Pinhole Room dan Spy Room – ini juga antara tarikan menarik yang terdapat pada muzium ini dimana anda bakal masuk ke bilik (non-operating room) yang seakan-akan real untuk mencuba bagaimana gambar dihasilkan pada suatu ketika dahulu.

Selain itu, koleksi yang terdapat di muzium ini ialah kamera Obscura, Daguerreotype, Box Camera, Folding Camera, Large & Medium Format Camera, 35 mm Camera, Single and Twin Lens Reflex, Point and Shoot dan Instant Camera. Semuanya mempunyai keunikan tersendiri, but all of them serve the same purpose – taking picture.

Bestnya pasal muzium ini setiap pengunjung juga berpeluang untuk memegang beberapa kamera antik (real one). Dekat sini barulah korang tahu betapa beratnya kamera-kamera yang wujud pada masa dahulu. Rasa bersyukur tu tiba-tiba wujud dalam diri sebab betapa mudahnya urusan mengambil gambar pada masa kini sebab kebanyakkan kamera pada masa kini semuanya datang dengan saiz yang begitu ringan dan kecil serta berkualiti tinggi. 
TINGKATKAN PEMAHAMAN MELALUI GUIDED TOUR
The Camera Museum juga mempunyai guided tour bagi memudahkan kepada sesiapa yang datang ke sini dan setiap tour akan mengambil sekitar 30 hingga ke 40 minit satu sesi.

NOTA: Make sure korang tanya staff bertugas untuk ikut guide kerana jika anda pergi tanpa guide, mungkin anda beberapa perkara yang anda kurang faham atau tak ada idea tentang apa yang anda sedang lihat. Ask them to follow a guide.

During my visit, ada staff yang tour us around dekat muzium ni. Truly helpful especially bila masuk Obscura Room, Pinhole Room & Spy Room. Dimana tiga tempat ni memang memerlukan guide untuk explain setiap perkara. 
APA LAGI YANG MENARIK DI THE CAMERA MUSEUM?

The Spy Room – Koleksi Unik. Antara yang berjaya menarik perhatian aku ialah Machine Gun Camera yang pernah digunakan oleh Jepun pada Perang Dunia Ke 2. Ianya digunakan sebagai latihan kepada para askar ketika itu. Nak tahu macam mana? Mai la ke muzium ni.

Dark Room – Magic of Photography. Rasai sendiri bagaimana bila anda berada di dalam dark room. Boleh tak anda buat kerja dalam keadaan gelap dan senyap?

Stereo Camera – 3D from The Olden Day

Toy Camera – Fun for All. Back to our childhood memories!

Obscura Room – The beginning of Camera. Bentuk kamera yang sangat unik dan juga sangat berat.

Koleksi Peribadi Tunku Abdul Rahman – Tak sangka our former prime minister ni memang stylo juga ya. Menarik sungguh koleksi-koleksi yang dimiliki oleh beliau pada suatu ketika dahulu.

Kamera Lucida, William Hyde Wollaston (1807) – one of the earliest camera. Its like a tracing machine but dianggap sebagai kamera kerana ia menggunakan konsep yang sama dalam fotografi. Menarik sungguh!

Back to 1920, rupa-rupanya sudah ada yang pandai wefie. Gambar ini telah diambil oleh Bryon Company. Kamera yang digunakan bukanlah kamera yang kecil seperti sekarang ni. Besar dan berat, tapi boleh hasilkan gambar menarik macam di atas tu.

Selain dari melihat kamera-kamera yang ada di sini, The Camera Museum Penang juga tempat yang ideal untuk para Instagrammers yang gemar mengambil gambar-gambar unik kerana muzium ini memiliki deko dalaman yang sangat vintage + hipster. 

MAKLUMAT LANJUT MENGENAI THE CAMERA MUSEUM PENANG


ADDRESS




NOTA: Jika anda menaiki Hop On Hop Off Penang, anda boleh ke The Camera Museum Penang dengan menaiki bus dari lokasi terpilih dan turun ke hentian No 11 (Little India) – 650m (8 minit) ke The Camera Museum Penang

CONTACT
+6042613649
cameramuseumpenang@gmail.com

OPERATION HOURS
9.30 am – 6.30 pm (Daily)

FACEBOOK
CLICK HERE

INSTAGRAM
CLICK HERE

VIDEO

This blog post was made possible through My Fascinating PENANG 2015, a media trip to Pulau Pinang organized by My Amazing Malaysia.

Thank you to the official sponsors Hop On Hop Off Penang, The Chambers Hotel, Escape.My, Tropical Spice Garden, St Giles Wembley Penang, Ren i Tang Hotel, The Camera Museum, Made in Penang Interactive Museum

8 comments

Leave a Reply to Rafzan Tomomi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *