Meneroka Tarikan Menarik di Kota Kinabalu Bersama M Hotel

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Sabah adalah sebuah negeri di bawah bayu yang amat terkenal di seluruh dunia dengan kepelbagaian flora dan faunanya….

Sabah adalah sebuah negeri di bawah bayu yang amat terkenal di seluruh dunia dengan kepelbagaian flora dan faunanya. Ia juga antara negeri yang paling aku suka untuk bercuti sebab terdapat banyak produk pelancongan yang boleh diterokai. Baik daratan, lautan mahupun gunungnya yang sangat mengagumkan.

Itu belum kira bawah lautnya lagi, memang tak terkata keindahan yang disajikan. Selain  pelancong tempatan, ramai juga pelancong asing yang suka datang melawat ke Sabah setiap tahun, terutamanya Kota Kinabalu dan kali ni aku rancang nak bercuti ke sana.
Disebabkan aku lebih suka style backpackers, aku plan nak stay dekat hotel yang murah-murah saja seperti di M Hotel, Borneo Global Backpackers ataupun X-Plorer Backpackers.

Nak pergi menjelajah seluruh negeri Sabah hanya dalam masa seminggu saja memang jenuhlah kan? Jadi, aku rancang nak fokus kepada Kota Kinabalu saja atau lebih dikenali dengan nama bandar KK. Lagipun, dekat bandar KK ni juga sudah terdapat pelbagai tempat dan aktiviti menarik yang boleh dilakukan.

Aktiviti utama yang aku nak lakukan di sana nanti adalah snorkeling. Yeah! Mana boleh terlepas aktiviti macam ni, lebih-lebih lagi bila bercuti ke Sabah sebab semua pulau-pulaunya masih terjaga dan cantik. Antaranya ialah pulau Manukan, Sapi dan Mamutik. Ketiga-tiga pulau ini agak dekat dengan tanah besar. Jadi, korang boleh pilih sama ada untuk ke sebuah pulau saja atau pergi ketiga-tiga buah pulau tersebut untuk snorkelling, mandi-manda, bersukan atau sekadar merehatkan badan. Kalau aku memang aku pergi saja kesemuanya. Hihi. Pasir yang memutih dengan airnya jernih memang boleh buat orang terpukau. Awesome!

Lokasi seterusnya ialah KK Heritage Walk di mana ia adalah laluan perjalanan untuk melawat lokasi-lokasi bersejarah yang ada di bandaraya KK. Apa yang aku tahu, ia bermula dari Padang Merdeka di mana pengisytiharan kemerdekaan mula-mula dilakukan dahulu. Kemudian korang akan ke Atkinson Clock Tower  dan Gaya Street, dimana terletaknya bangunan-bangunan kedai yang dibina sekitar tahun 1900.


Atkinson Clock Tower, Kota Kinabalu | Sumber: Persatuan Sejarah Malaysia (Cawangan Sabah)

Terdapat banyak lagi tempat-tempat yang korang akan kunjungi sehingga ke lokasi terakhirnya ialah Muzium Kopitiam. Haaa, dekat sini korang boleh menikmati roti bakar dan kopi botol. Tapi tu bukanlah tarikan utamanya sebab di muzium ni terdapat berbagai artifak sejarah, gambar dan pelbagai keratan bahan bacaan dari zaman sebelum perang yang sangat menarik. Dah pergi tempat orang kena tahu jugalah sejarah mereka. Kata orang, sambil bercuti tu sambil kita menimba ilmu laa. Hee.

Bila dah ada rancangan macam ni, senang sikitlah aku nak buat pilihan untuk penginapan. Jadi, aku terus buat pilihan untuk book M Hotel in Bandaran for my accommodation di sana nanti. Selain penginapannya murah dan comfortable, aku rasa lokasinya agak strategik dan mudah untuk ke tempat-tempat yang aku nak jelajah nanti.


Bilik yang selesa untuk berehat | Sumber: Hotels.com

Apa yang buat aku yakin nak stay dekat sini ialah reviews yang diberikan oleh pengunjung lain sangat bagus dan positif. Kemudahan yang disediakan juga bukan hanya sesuai untuk backpackers saja malah kalau korang nak bawa family dengan percutian yang bajet pun okay.


Kawasan Lobi | Sumber: Hotels.com

Bagi aku, accommodation yang ada WIFI dan penghawa dingin pun dan kira okay dah. Kemudahan yang terdapat dalam bilik pula adalah seperti flat-screen TV dengan saluran premium, coffee/tea maker, seterika, kelengkapan alat mandian dan pengering rambut. Haaa, kira selesalah kan?

Selain itu, lokasi M Hotel juga berdekatan dengan Filipino Market dan Gaya Street Sunday Market. Kalau korang nak tahu apa yang membuatkan Bandar KK ni sangat best ialah heaven dengan barangan shoping yang murah terutamanya pelbagai hasil kraftangan daripada mutiara seperti keronsang, butang baju melayu, dan rantai-rantai mutiara serta batu permata.


Pasar Philippines, Kota Kinabalu | Sumber: WinfredK

Lagipun nanti senanglah kalau nak beli barangan cenderahati seperti baju t-shirt, keychain, batik dan barangan kraf untuk dibawa pulang. Di pasar-pasar ni juga, korang boleh cuba menikmati makanan-makanan seafood yang sangat fresh dan makanan tradisional etnik Sabah dengan harga yang sangat berpatutan. Bak kata orang, Makanan ringan yang wajib dibeli sekiranya datang ke Sabah pula adalah keropok amplang sebab kat negeri lain tak ada dijual tau, dekat Sabah saja ada. Keropoknya terdapat dalam pelbagai jenis perisa daripada ikan, udang dan sotong.

Alahai, rasa macam tak sabar pula nak pergi bercuti ke sana. Kalau berkesempatan nanti bolehlah pergi ke Kinabalu Park sekali. Ada yang kata dekat situ suasananya memang sangat indah dan nyaman di mana kita boleh buat jungle trekking bersama keluarga dan rakan-rakan. Kalau nak lebih adventurous lagi, bolehlah korang mendaki Gunung Kinabalu. Jadi, aku rasa pilihan untuk stay dekat hotel bajet ni adalah pilihan yang tepat. By the way, terdapat pilihan lain juga selain book M Hotel di Bandaran, di mana korang boleh book M Hotel di Sadong Jaya yang berdekatan juga dengan KK City Waterfront atau lain-lain tempat penginapan bajet yang korang selesa. Apa-apa pun jangan terlepas untuk melihat apa yang korang mahu lihat di sana nanti ya. Have fun, semua!

6 comments

  1. Dah lama merancang nak ke KK. Tengoklah kalau berkesempatan nanti. Menarik tips ni untuk mereka yang nak ke KK! Boleh tiru je itinerary pojie ni hihi.

Leave a Reply to gun firdaus Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *