Meneroka Tarikan Menarik di Penang Bersama Hop On Hop Off Penang

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Tidak dapat dinafikan kebanyakkan jalan di Penang ni agak ‘comel’ terutamanya di tengah-tengah bandar Georgetown. Para pelancong, tidak…

Tidak dapat dinafikan kebanyakkan jalan di Penang ni agak ‘comel’ terutamanya di tengah-tengah bandar Georgetown. Para pelancong, tidak kira dari luar mahupun dalam negara yang datang ke sini pastinya tercari-cari alternatif yang terbaik untuk mendapatkan perkhidmatan pengangkutan yang terbaik antaranya ialah dengan menaiki bas Hop On Hop Off Penang.
Dengan adanya Hop On Hop Off Penang ni, mudahlah urusan anda untuk meneroka segala keindahan yang ada di Penang tanpa perlu risau tentang bayaran minyak, tempat letak kereta dan sebagainya. Kembara tanpa perlu risau tentang transport ialah perkara yang selalu diimpikan oleh setiap orang.
HOP ON HOP OFF PENANG


Diperkenalkan pada November 2014, kini Hop On Hop Off Penang menjadi pilihan ramai pengunjung yang datang ke Penang kerana ia membolehkan mereka berkunjung hampir 50 tarikan yang terdapat di sini. 
Terdapat 10 bas (5 untuk city route & 5 untuk beach route) yang anda boleh naik. Bas ini juga mempunyai kapasiti untuk 60 penumpang manakala 27 bakal duduk di tempat duduk tanpa bumbung & bakal menikmati keindahan Penang sambil merasa tiupan angin sepanjang perjalanan!

Menjadi yang kedua di Malaysia selepas Hop On Hop Off Kuala Lumpur, Hop On Hop Off Penang juga merupakan bas berbentuk double-decked tour bus yang bakal memberikan peluang kepada para penumpang untuk naik dan turun di 33 hentian yang disediakan.
PENGALAMAN MENAIKI BAS HOP ON HOP OFF PENANG
Sepanjang jelajah #MyFascinatingPenang2015, aku berpeluang menaiki bas ini ke beberapa tarikan utama di Penang iaitu Escape.My dan Tropical Spice Garden melalui bas yang cover beach route.

Untuk sesi pertama, menuju ke Escape.My. Since hotel yang aku duduk terletak di sekitar Komtar, maka perjalanan untuk ke Escape haruslah dimulakan seawal mungkin kerana jarak dari hotel St Giles Wembley ke Escape ni boleh tahan jauh juga. Selesai breakfast, terus gerak dalam pukul 8.30 pagi sebab bas mula beroperasi pada pukul 9.

Dari St Giles Wembley/1st Avenue Mall, anda boleh naik bas di Komtar (Hentian 08) dan membuat pertukaran dari city route ke beach route di Chowrasta (Hentian 09) jika malas nak jalan jauh. Kalau rajin sikit, dari St Giles Wembley/1st Avenue Mall, anda hanya perlu jalan sekitar 700 meter untuk terus ke Chowrasta Market dan naik bas dari sini terus ke Escape.My (Hentian 31).

NOTAAnda boleh jimat masa untuk terus ke hentian (beach route) jika anda ingin ke mana-mana tarikan yang akan lalu beach route. Kadangkala masa pertukaran bas city ke beach route mengambil  masa sekitar 20 ke 30 minit atau lebih. Bergantung kepada keadaan trafikOleh itu, kenalah pandai-pandai plan ya!
Untuk sesi kedua, menuju ke Tropical Spice Garden. Kali ni dari Ren I Tang Heritage Inn (Sekitar 1.2km ke Chowrasta). Perjalanan yang sama seperti ke Escape.My cuma Tropical Spice Garden (Hentian 27) ni dekat sikit berbanding Escape.My.

NOTASetiap bas ada tour guide yang akan memberikan anda penerangan berkenaan dengan setiap hentian. Selain itu, anda juga akan diberikan satu guide book sebagai rujukan dan ianya percuma untuk setiap penumpang. Jangan lupa untuk dapatkan guide book kerana informasi yang diberikan cukup lengkap dan padat!

ULASAN
Perkhidmatan seperti bas Hop On Hop Off ini ternyata membantu para pengunjung yang datang ke Penang. Harga yang berpatutan dan pastinya pengalaman anda bertambah menarik.

Selain menikmati pemandangan Penang, anda juga boleh menggunakan perkhidmatan WIFI SECARA PERCUMAWhile on bus, you can post a status or upload a photo on your social network accounts!

Adalah lebih baik jika waktu operasi dimulakan sedikit awal (8.30am) kerana kebanyakkan tarikan di sini mula beroperasi pada pukul 9 and i’m sure most of the tourists prefer untuk sampai ke lokasi lebih awal daripada waktu operasi especially ke Escape.My.

NOTA: Pastikan anda berada di hentian yang betul. Setiap hentian akan ada tanda hop on hop off (seperti dalam gambar di atas). Ingat, bas ini hanya akan berhenti di hentian yang telah disediakan. KLIK SINI untuk rujuk senarai hentian bas Hop On Hop Off Penang.

PAKEJ 
  1. City & Beach Route 
  2. Terdapat dua jenis tiket yang boleh anda pilih: 24 jam dan 48 jam – sah untuk City & Beach Route (pertukaran di hentian Gurney Drive dan Chowrasta Market)

CARA UNTUK MENDAPATKAN TIKET
  1. Boleh beli dekat mana-mana bas Hop On Hop Off Penang
  2. Kaunter khas di Gurney Drive (Hentian 1) 
  3. Kaunter khas di Chowrasta Market (Hentian 9)
  4. Mana-mana ejen menjual tiket yang sah
HARGA TIKET HOP ON HOP OFF PENANG
  1. Warganegara (Dewasa): RM19 (24Jam) & RM32 (48Jam)
  2. Warganegara (Kanak-kanak): RM12 (24Jam) & RM20 (48Jam)
  3. Bukan Warganegara (Dewasa): RM45 (24Jam) & RM79 (48Jam)
  4. Bukan Warganegara (Kanak-kanak): RM24 (24jam) & RM43 (48Jam)

WAKTU OPERASI BAS HOP ON HOP OFF PENANG
9.00 Pagi – 8.00 Malam (Setiap hari)
Bus stop interval: 20 – 30 minit
MAKLUMAT LANJUT MENGENAI HOP ON HOP OFF PENANG

LAMAN WEB RASMI

BERHUBUNG DI
Tel : +604-899 2713
Hot-Line : 1800-88-5546

ALAMAT
No. 98-3-3c, Prima Tanjung, Jalan Fettes,
Tanjung Tokong, 10470 Pulau Pinang,
MALAYSIA

VIDEO

This blog post was made possible through My Fascinating   PENANG 2015, a media trip to Pulau Pinang organized by My Amazing Malaysia.

Thank you to the official sponsors Hop On Hop Off Penang, The Chambers Hotel, Escape.My, Tropical Spice Garden, St Giles Wembley Penang, Ren i Tang Hotel, The Camera Museum, Made in Penang Interactive Museum

8 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *