Mengapa BlackBerry?

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email “Habislah, makwe kau dah guna BlackBerry” “Dia dah ada BlackBerry, mana nak kawan dengan kita lagi” Lagi satu…






“Habislah, makwe kau dah guna BlackBerry”
“Dia dah ada BlackBerry, mana nak kawan dengan kita lagi”
Lagi satu cerita ala-ala Untunglah ada Blackberry yang merupakan entri aku sebelum ini. Kaji punya kaji lagi, memang betul penggunaan smartphones juga ada potensi merosakkan sesuatu hubungan. Tak kiralah hubungan semasa keluarga, sesama kawan ataupun sesama kekasih.
Contoh untuk sesama keluarga ataupun sesama kawan:
Anda memiliki telefon bimbit pintar yang berserta dengan servis internet. Cuba bayangkan. Untuk pada awalnya, mungkin 30%. Pada pertengahannya mungkin 70% dan pada akhirnya mungkin 99%. Apa kena dengan % itu? Ia menerangkan tentang sedarnya orang sekeliling kamu terhadap perubahan sikap kamu. Dulunya, selalu banyak cakap. Sejak ada telefon pintar seperti BlackBerry ini, hmmm andalah merupakan insan yang paling senyap dalam satu kumpulan anak-anak muda sedang bersembang. Jika dengan keluarga, andalah orang yang paling rajin mengajak semua orang untuk menonton TV bersama, tapi sejak memiliki telefon pintar, andalah insan yang kerap menghabiskan masa dalam bilik.
Pasangan kekasih bagaimana pula? (Oh, ini agak sensetep)
Sedangkan sekadar telefon bimbit biasa seperti NOKIA 3310 pun boleh menimbulkan beribu persoalan, ini pula telefon pintar yang boleh mengundang seribu pergaduhan. Sebagai seorang insan yang punya kekasih yang memiliki telefon pintar seperti blackberry ini, kadangkala anda perlu ‘sediakan payung sebelum hujan’. Bukan sekadar air hujan yang akan jatuh nanti, bahkan air mata pun akan mengalir dengan sia-sianya jika kamu tidak bersedia. Bukan nak menyalahkan sesiapa yang memiliki teknologi seperti ini. Tapi, memang kenyataan. Dalam satu genggaman tangan, kita boleh capai macam-macam benda. Facebook, Twitter, Foursquare, dan sebagainya boleh dicapai dimana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Bukan nak memburukkan, tapi sekadar peringatan.
Tentang yang diatas itu?
Entahlah, entah dari mana aku boleh dapat idea atau pendapat seperti itu. Mungkin pengalaman sendiri agaknya.
Dibawah ini merupakan percubaan pertama aku buat video. Mungkin ada kaitan dengan entri kali ni kan? So Enjoy.




Maaf jika pelakon agak kekok, mungkin first time. Maaf jika video agak kurang berkualiti, ianya diambil dengan hanya menggunakan ‘naked hand’. Maaf jika jalan cerita kurang difahami. Maaf jika tiada dialog, kerana sound agak kurang berkualiti (bunyi arahan, bunyi kereta, bunyi macam-macam).


Anyway, thanks to Afiq Ashmir, Zubaidi, Idzni, King and Nawi kerana membantu aku untuk menyiapkan video ini. Percubaan pertama, pastinya banyak kecacatan.
/we learned something from the errors that we gained/




/Behind the scene/


Dalam banyak-banyak telefon pintar, mengapa BlackBerry? Sebab BlackBerrylah antara telefon pintar yang begitu terkenal dalam kalangan budak-budak remaja. Betul tidak?



4 comments

  1. aku pon ade bb..n kawan aku pon ade bb..so…aku setuju ape yg ko ckap..
    n aku suka idea ko ni..
    n video pon boleh tahan dari segi idea la..yg lain..aku faham..but good try..:)

Leave a Reply to Mekar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *