Menu Berbuka Puasa di Terazza Brasserie, Dorsett Grand Subang

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Rasanya belum terlambat lagi untuk aku ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam yang akan menyambut bulan mulia…

Rasanya belum terlambat lagi untuk aku ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam yang akan menyambut bulan mulia Ramadhan kali ini. Apa yang menarik so far? Nothing much. Puasa macam biasa, elakkan membazir dan lebihkan ibadah. InsyaAllah. Hope puasa korang setakat ini okay dan jangan ponteng, ya? Ehem.

Baru-baru ini aku berpeluang untuk berbuka puasa di Dorsett Grand Subang atas jemputan Tourism Selangor dan juga pihak komunikasi hotel ini sendiri. Inilah pertama kali aku berbuka dekat luar. Selalunya beli satu dua lauk dari pasar Ramadhan je. Sekali sekala apa salahnya kita cuba hidangan buffet pula kan? Jom tengok apa yang Dorsett Grand Subang tawarkan sepanjang Ramadhan ini.

Terazza Brasserie, Dorsett Grand Subang

Dorsett Grand Subang juga tidak melepaskan peluang mereka menyajikan hidangan yang pelbagai bagi menarik kedatangan para pengunjung yang berhasrat untuk iftar di sekitar Subang Jaya bersama dengan keluarga, kawan-kawan dan rakan sekerja.
Bagi mempelbagaikan lagi hidangan mereka agar orang tak rasa bosan, menu yang disediakan di sini akan bertukar setiap hari. Oleh itu, tak ada la korang bosan kalau nak datang buat kali kedua atau lebih. Bertemakan The Wonders of Iftar, kebanyakan hidangan di Terazza Brasserie adalah ala masakan Middle Eastern. Jika anda peminat makanan ala timur tengah, boleh cuba sini.

Selain Terazza Brasserie, anda juga boleh cuba Enak-Enak Ramadhan di Restoran Melati. Sesuai untuk mereka yang sukakan masakan ala kampung.

Menu Menarik

Pelbagai menu menarik yang dihidangkan di sini, pastinya berbaloi bagi mereka yang memang suka makan. Antaranya menu kegemaran aku ialah:
1. Sup Gearbox – Kegemaran ramai

 

Sorang akan dapat besar macam ni and korang boleh minta sebanyak yang korang nak. Tiada masalah (Tapi ingat, kesihatan kena consider – makan sikit-sikit je. Tak apa, boleh datang sini lagi next time).

 

2. Kambing golek

Mereka yang suka kambing golek ni, confirm gembira.

 

3. Aneka kuih-muih tradisional

Time ni la korang ambil peluang untuk menikmati kuih tradisional yang ada di sini. Nyummy.

 

4. Mee dan kuey teow goreng

Kalau buffet ramadhan, aku selalu tertarik part ini. Best je tengok orang tu masak. Mencabar kalau tengok sebelum waktu berbuka. LOL

 

5. Satay

Wajib ada. Kalau tak ada, hmm taknak kawan.


6. Seafood bakar dan rebus

Hmmm, look at that generous amount of crabs, fish and more.
7. Creme Brulee
Yang selalu buat aku cakap “Hmm, I nak pergi ambil ni lagi la“. Favourite!
8. Aiskrim Turkish
Sedap. Jangan risau, mereka takkan permainkan korang. Berani pula diorang buat kang kena makan. Dah la lapar kan. LOL

Harga

1. RM 155.00 nett untuk seorang.
2. Tawaran menarik: Nikmati potongan harga sebanyak 25% dan 2 (DUA) voucher buffet percuma bila anda tempah untuk lebih daripada 30 orang.

3. Nikmati potongan harga sebanyak 50% untuk kanak-kanak berumur antara 6 hingga 12 tahun dan warga emas.

Fasiliti

1. Surau.
2. Tempat letak kereta.
3. Persembahan lagu tradisional khas sepanjang bulan Ramadhan (Yang ni best!).
4. Ruang makan indoor dan outdoor.

Lokasi

Alamat: Jalan SS12/1, 47500 Subang Jaya, Selangor, Malaysia.
GPS: 3.080113, 101.595609

Hubungi

Telefon: +03 5031 6060 (sambungan 3021/3022)
E-mel: bookfnb.subang@dorsetthotels.com

Website: www.dorsetthotels.com/malaysia/subang

 


Terima kasih kepada pihak Tourism Selangor dan Hotel Dorsett Grand Subang atas jemputan khas untuk merasai hidangan berbuka puasa di Terazza Brasserie – Wonders of Iftar. Korang boleh cuba sendiri. Layari www.dorsetthotels.com/malaysia/subang untuk info lebih lanjut 

5 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *