Misi mencari Geisha di Gion District. Jumpa ke tidak?

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Selepas puas pusing-pusing dekat Kyoto Station dan Fushimi Inari Shrine, kali ini aku akan kongsikan pengalaman meneroka Gion…

Selepas puas pusing-pusing dekat Kyoto Station dan Fushimi Inari Shrine, kali ini aku akan kongsikan pengalaman meneroka Gion District, iaitu kawasan terkenal di Kyoto dengan pelbagai kedai maknanan, souvenirs dan juga tempat ideal untuk cari Geisha!
Geisha? Yes! Tapi, jumpa ke tidak? 
Jom kita tengok. 

GION?

Terletak di sekitar Shijo Avenue dan Yasaka Shrine, Gion merupakan tarikan di Kyoto yang cukup terkenal dengan Geisha. Kawasan kecil menarik ini juga menghimpunkan pelbagai jenis kedai, restoran dan café (dengan layanan istimewa oleh geiko iaitu Geisha dan maiko). 
Gion menarik perhatian para pengunjung dengan keunikan beberapa bangunan diperbuat dari kayu tradisional yang mampu menaikkan lagi rasa berada di kawasan perumahan Jepun pada zaman sebelumnya. Mungkin sinilah tempat terbaik anda tangkap gambar. 
Aku? Selain dari ingin melihat kawasan menarik ini, tujuan utama aku datang ke sini untuk berjumpa dan bergambar dengan Geisha je. Tak ada rasa nak makan atau minum since dekat sini banyak restoran-restoran mahal. Beli air pun dekat vending machine je. 
Memang cukup teruja bila dapat lihat pelbagai jenis bangunan dekat sini. Vintage!
Antaranya ialah bangunan Kyoto Gion Post Office. Comel tak? Bukan aku la, tapi bangunan post office tu. Grrr

Since aku pergi masa summer, ramai orang mengenakan Yukata sebagai outfit untuk diorang keluar jalan-jalan. Most of them own a nice Yukata though. Aku pun ada satu Yukata but tak reti nak pakai. End up, mereput la benda tu dalam almari. Bhahah

Dekat Gion ni korang boleh tengok macam-macam. Antaranya ialah canal yang super duper bersih. Nak tengok bukti canal di sini sangat bersih? Kejap lagi aku tunjuk. Teruskan membaca. 

Jalan sikit, nampak para gadis memakai Yukata sedang menikmati keindahan Gion pada waktu petang. Masih lagi terbayang-bayang betapa indahnya pengalaman ketika itu. 
Tiba tiba terasa macam nak duduk sana je. How I wish!

Untuk pengalaman yang berganda, lagi best kalau korang datang sini sebelah petang sekitar pukul 5 petang ke atas sebab time tu memang dah meriah dengan kehadiran orang ramai dan para geisha mula keluar. Eh! Mana geisha ni? Tak nampak pun lagi kelibat diorang. 


Lagi gambar-gambar menarik di Gion

Bila nampak gadis memakai Yukata, pantas tangan ini laju ini menangkap gambar.

Amboi, sakan yer bergosip ke tengah text dengan orang tersayang? Happy semacam je.

Nak juga enterprem.

Masa tengah jalan-jalan tu tiba-tiba aku ternampak satu kawasan yang agak cantik. Berhenti kejap tangkap gambar, tiba-tiba ada makcik datang and cakap “This is my house!”. 
I say “What?!”. Aku ingat kedai, spa atau museum sebab terlampau cantik. Kalau duduk kat rumah tu confirm tenang je hati. 

One of the shrines dekat Gion. Tak sempat nak visit sebab dah agak lambat. Most attractions kat sini tutup pada pukul 5 atau 6 petang.

Air minuman kegemaran aku masa berada di Jepun. Boleh dapat dekat vending machine and its good to keep you hydrated.

Hah. Tengok tu! Betapa bersihnya saliran air dekat longkang ala-ala canal kat sini sampai orang boleh turun rendam kaki lagi. Aiyoyo. 

CARA KE GION

Dari Kyoto Station, anda boleh naik bas bernombor 100 atau 206 (20 minit, 230 Yen) turun dekat stesen bas Gion or anda boleh naik train dan turun ke Gion Shijo Station (Keihan Line) atau Kawaramachi Station (Hankyu Line).
atau boleh cuba naik shuttle bus hotel. Kot kot bernasib baik dapat free ride. If you know what I mean. Hahaha.
GION CORNER
Gion Corner merupakan salah satu tempat yang korang kena pergi bila singgah Gion. Di sini korang boleh tengok persembahan seni tradisional Jepun seperti tarian tradisional dan banyak lagi. 
Pergi masa April, korang boleh tengok Miyako Odori, persembahan oleh Maiko (real geisha). 
Masa: Dua persembahan setiap hari dari 6 hingga 7 petang. 
Tutup: Isnin ke Khamis pada Disember ke pertengahan Mac, July 16, August 16, Disember 29 dan January 3.  
Bayaran: 3150 Yen (2800 Yen untuk kupon online)

Mana Geisha? Hmmmm, tak keluar pun. Sedihnya, but definitely akan datang lagi untuk bergambar dengan Geisha.


11 comments

  1. x dpat jmpa geisha ..dpat jmpa awek jepun cantik pkai yikata pun dah untung.. yikata dgn kimono benda yang sama ke? btw untunglah baru balik jepun .. lepas tu pergi balik he.he.he 🙂

  2. Betul! Hahaha. Dapat la juga jumpa ala-ala geisha. Yukata and Kimono ni lain. Yukata is lighter, cheaper and dipakai masa summer while Kimono ni agak complicated, tebal and expensive.

    Alhamdulillah. Kebetulan kan. Baru balik, terus pergi lagi. Hehe

  3. Rasanya memang susah sangat tourists nak nampak geisha, sebab diorang tau bila keluar je tourists kat situ semua tukar jadi paparazzi. When I went there in May, it was late at night around 11pm, so I didn't get to check out Gion as much as you did (lucky you, by the way!). And, I think – I THINK lah kan – I saw one geisha, tapi tu pun nampak 5 saat je, and ada someone iring dia. It took all my willpower to not whip out my camera and snap a photo.

  4. Aaaaa, jatuh cinta dgn blog awak ni! Gambar sangat lawa. Tone sgt tenang. Mmg sesuai dgn Jepun. hehe.

    Serius cantik dorang pkai yukata. Sopan je. hehe

  5. Hakikatnya geisha dekat Jepun ni ada underground club, kena guna orang dalam untuk bertemu geisha. Geisha juga akan keluar untuk meet up dorang dengan dressing on certain time. Kalau tak, dorang akan cuma dress up Yukata je. So kalau korang bernasib baik, korang terjumpa dengan kenalan geisha, maybe ada chance nak jumpa dorang.

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *