
Tahun baru dimulakan dengan azam yang seperti biasanya. Permulaan yang baik. Sibuk membuat persiapan untuk masuk ke semester baru iaitu semester 2. Alhamdulillah, tidak seberat yang aku sangka dapat juga aku lepas semester 1 dengan keputusan yang agak memuaskan walaupun tidak tersenarai dalam anugerah dekan. Tapi alhamdulillah, ia tidak memutuskan semangat aku untuk terus berusaha.
FEBRUARY

Semester 2 mula tegang, mula stress semula dengan timbunan assignment yang kadangkala boleh buat kepala ni macam nak pecah. Daripada 10 subjek turun kepada 8 subjek. Ada 2 subjek tambahan iaitu Studio Lighting dan juga Digital Imaging. Subjek studio sangat best, dimana kita boleh berposing ala-ala model then dapat tackle bebudak UiTM yang alasannya nak minta tolong jadi model. Relationship? Biarlah berhenti di bulan ini buat sementara waktu. Ingat, pelajaran harus diutamakan dalam hidup. Tanpa ilmu, tiada gunanya cinta itu (Amboi, sempat lagi bermadah).
MARCH

Bulan mac aku berjalan dengan agak sedikit kesukaran. Mungkin ada sesuatu yang kurang. Senang cerita, bulan mac adalah bulan dimana aku cuba untuk memperbaiki segala kesilapan yang lepas. Cuba untuk kuat dan bersemangat untuk jalani episod kehidupan. Antara salah satu kerja yang aku ingat ialah aku terpaksa pergi shooting untuk assignment Advanced Photography dimana kami disuruh untuk shoot rumah-rumah Melaka. Oh, itu merupakan satu pengalaman yang sangat seronok dimana dapat tengok pelbagai jenis rumah-rumah di Melaka ni.
APRIL

Untuk bulan april, nothing much. Semester 2 aku hampir di penghujungnya. Berat, tapi Alhamdulillah. Finalku berakhir dengan positif sekali. Anyway, aku rasa gambar diatas dapat menceritakan apa yang aku cuba sampaikan.
MAY

Exam is over. Now, its time to go back home. Yeah, like super duper home! Cuti semester aku kalini aku habiskan dekat kampung halaman aku iaitu Sabah. Rindu dekat mak dan ayah, rindu rumah, rindu bantal bucuk dan katilku, rindu kengkawan dekat sana. Juga, pesta Kaamatan (Menuai) juga sempat aku sambut disana. Best! ;]
JUNE

Selepas selesai cuti semester selama sebulan lebih, mulalah semester baru iaitu semester 3. Alhamdulillah, sampai juga ke semester tiga. Pada awal semester ini, nothing much. Semuanya berjalan seperti biasa, tiada sebarang tekanan yang dihadapi. By the way, Penang was awesome like whoa! Wish boleh datang melawat tempat tu lagi.
JULY

Julaiku berjalan dengan suam-suam saja. Banyak masa aku berjalan di kampus. Nothing much. Busy with assignments, shoot there shoot here. Anyway, being in semester 3 was not easy as i expected. Agak berat juga. Alhamdulillah again, tiada sebarang perkara buruk yang berlaku. P/s: Tak sabar menunggu bulan Ramadhan.
AUGUST

Selamat Hari Jadi yang ke 19 tahun buat diri aku
Tibalah kita dibulan kemuliaan. Bulan dimana semua umat Islam mengejar untuk berbuat kebaikan. Bulan ramadhan disambut dengan agak tenang walaupun terpaksa membuat pelbagai kerja sebagai contoh: Shooting. Seksanya bila berpanas semasa shooting, lepas tu ada amoi tengah minum air coke. Seksa, itu seksa. Alhamdulillah juga, department Photography bergotong-royong disalah satu kampung dekat Melaka dan berbuka puasa sekali disana. Yang penting, happy sebab family datang melawat di Shah Alam. Sempat juga berbuka puasa bersama.
SEPTEMBER

Setelah sebulan berpuasa, tibalah saat yang dinanti-nantikan. Baju standby, muka kena licin, camera make sure battery full charged. Selamat Hari Raya semua! ;] Septemberku juga dihadiahkan dengan kemunculan blog aku dalam salah satu majalah daripada Karangkraf iaitu majalah Remaja. Satu lonjatan yang positif buat blog yang suam-suam ini. Alhamdulillah again.
OKTOBER

Oktoberku bermula dengan sesi memerah otak untuk Final exam bagi semester 3. Parah memang parah. Tapi, Alhamdulillah. Walaupun terpaksa tidak cukup tidur untuk membuat persiapan yang baik menjelang paper seterusnya. Semuanya selesai dengan baik dan tenang. Tiada sebarang halangan. Alhamdulillah! Please say ‘Hello’ to Semester Break!
NOVEMBER

Flying back again to Kota Kinbalu, Fewah! Bahagianya hidup jika setiap kali cuti semester, tempat yang strategik untuk aku spend time ialah di kampung halamanku. Sempat juga pergi tempat yang telah lama aku tidak lawat iaitu Pulau Manukan. Memang menakjubkan! Cuti semester aku juga dihadiahkan dengan keputusan semester 3 yang sangat baik. Alhamdulillah, tersenarai dalam senarai anugerah dekan. Alhamdulillah sekali lagi.
DECEMBER

Bermulanya semester 4. Terus dan terus menjadikan diri ini jadi lebih matang. Tahu membezakan yang mana baik dan yang mana buruknya. Pejam celik pejam celik, tinggallah lagi 1 semester untuk Program Diploma aku dalam bidang Fotografi. Banyak yang dipelajari daripada seorang yang 0 menjadi seorang yang boleh memberikan sedikit input. Alhamdulillah. Akanku teruskan usaha ini sehingga habis. InsyaAllah.

Inilah dia. Tengok saja gambar diatas, pasti anda tidak lagi tertanya-tanya betul atau tidak jika 2011 ini adalah tahun bahagia buat pojie.
weyh yg muke 2010 tu edit ke?? tipu giler kurus camtu..hahaha !
Betul okay. 2010 aku memang kurus macam tu. HAHA!
pandailah awak ambil gamabar!
@Athirah: Terima Kasih awak. Saya masih belajar dalam bidang mengambil gambar :]
sbg pembaca blog nie..of couse 2011 byk crita d kongsi dgn kami. Rsnya photogharpy mmg bidang yg mampu menjdi tulang blkg blog ini bercerita..
so..harap 2012, banyk lagi story dan photo d kongsi utk pembaca! Good job…n good luck > 2012!