Nikmati Pelbagai Jenis Makanan di BASON by Seri Keningau, Shah Alam

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Kafe atau restoran yang berkonsepkan hipster ini sudah cukup terkenal di Malaysia. Bukan setakat sekitar Kuala Lumpur dan…

Kafe atau restoran yang berkonsepkan hipster ini sudah cukup terkenal di Malaysia. Bukan setakat sekitar Kuala Lumpur dan Subang Jaya sahaja malah kini ianya terdapat di banyak tempat (sampai tak terkira). 
For me, tujuan ataupun minat untuk pergi ke kafe ala-ala hipster ini sebab tempatnya yang sungguh menarik untuk bergambar. Kepada yang minat ambil gambar artistik, confirm selalu pergi kafe hipster ni. Rasanya tak perlulah aku terangkan apa itu kafe hipster ya? Semua pasti dah tahu

Kembali ke topik utama. Tahukah anda semua bahawa terdapat restoran yang agak menarik di Seksyen 9, Shah Alam? Menurut pandangan peribadi, aku suka dengan konsep restoran ini yang begitu modern dan juga hiasan dalamannya yang cukup minimalis. Tidak lain tidak bukan, Bason by Seri Keningau
DEKO DALAMAN

Restoran ini mempunyai dua tingkat dimana tingkat atas lebih banyak ruang & selesa berbanding dengan tingkat bawah. Walaubagaimanapun, tingkat bawah lagi senang nak panggil staff. Untuk aku, tingkat atas lagi best sebab privasi dan banyak spot menarik untuk bergambar. 

MENU PILIHAN

Bercakap berkenaan dengan menu yang disediakan Bason by Seri Keningau ni, memang bermacam-macam pilihan yang disediakan. Makanan ala western, tempatan dan sebagainya. Keberangkalian untuk anda mengambil masa yang agak panjang untuk explore senarai menu mereka sememangnya ada. Oleh itu, pilihlah menu yang terbaik or else anda boleh datang lagi next time. 
Berikut merupakan hidangan-hidangan yang menjadi pilihan kami bertiga

Nasi Dagang (RM4.50) + Ayam Gulai (RM4.50)
Nasinya yang cukup padat berserta dengan ayam gulai yang rasanya just nice. Tertarik dengan kombinasi nasi dagang ni dengan kuah ayam gulai yang cukup sempurna. 

Peanut Butter Cake (RM11.00)
Sama seperti kek lain, rasanya yang agak manis dan juga ianya menarik dari segi tekstur. Boleh share untuk tiga orang. 
Spaghetti Bolognese (RM12.00)
Masih mencari kelainannya berbanding dengan spaghetti bolognese yang ada di luar sana, rasanya kuah spaghetti di Bason ni agak menarik. Mungkin ada campuran tambahan yang menjadikan spaghetti ni rasa sedikit kelainan. 

Soya Cincau (RM4.00) + Jus oren (RM5.59)

Nasi Goreng Ketam (RM13.00)
Rasanya yang begitu sedap cuma kuantiti ketam agak sedikit. Kalau dapat lebih ketam, pasti lagi best!

Cheezy Fried Banana (Pisang Goreng Cheese) RM7.50
Sekarang ni, pisang goreng cheese ada di mana-mana. Tapi nak cari yang rasanya yang just nice tu memang payah. Kalau dekat Bason, pisang goreng cheese mereka ni not bad.

Its my fav since the first time I had this Pisang Goreng Epe in Makassar

Tidak lupa juga, dah alang-alang ke restoran cantik ni, sekali gus la sambut birthday untuk Raja Sheril Ameera. Dah cakap dah restoran ni memang cantik, sesuai untuk buat mini event/gathering seperti sambutan hari jadi dan lain-lain. 

MORE ABOUT BASON
CONTACT 
Aiman Basuni – 017 8199776
INSTAGRAM
EMAIL
aimanbasuni23@gmail.com
ADDRESS
31G Jalan Tengku Ampuan Zabedah F9/F Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor
Restoran / Katering / Wedding Planner

5 comments

  1. wow..memang cantik susun atur cafe ni..
    memang nampak ke hipsternya di situ..he..he..
    cara plating makanan nampak super..myelerakan..
    mybe bila dah sampai shah alam boleh cuba nanti bro 🙂

  2. Mula2 tak baca lagi ..tgk gambar dulu..alahai nasi dagang tuu menggoda btol la..murahnyer rm4.50 jer..kira murah laaa tuu..eh ehh ya ke tu ke nasi saja rm4.50 ..dan gulai ayam rm4.50 jugak ..conpiusss jap hehe..kira ok laa masuk mkn kt sini ada makanan ala western,tempatan dan sebagainya.kira ok laa boleh pilih ikut selera masing2.Kuah spaghetti di Bason tu agak menarik…?? Mungkin ada campuran tambahan yang menjadikan spaghetti ni rasa sedikit kelainan…cer tanya apa campurannya nk buat jugak hehe..Ok dah..semua mkanan seyess ckp mmg nampak sedap..gambar tip top..tak jemu ulang alik baca dan tgk gambar..Awesome..nnt tlong blanje ahkak okey ..hehehe

Leave a Reply to ASTraveller Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *