Osaka with Air Asia X: Jom tengok panorama Osaka dari Kuchu Teien (Floating Garden) di Umeda Sky Building!
Bila dengar tour guide cakap “We’re going to Umeda Sky Building or known as floating garden, where you can see beautiful panoramic views of Osaka.”
I was like “Jyeah! Minta-minta la awan cantik hari ni. Boleh selfie banyak-banyak” BHAHAHAHA
![]() |
Bangunan Umeda Sky Building // Sumber: Wikipedia |
Oh! Nak cakap something ni sebelum terlupa.
Dengan adanya Osaka Amazing Pass, korang secara automatik boleh masuk ke floating garden ni secara percuma. KLIK SINI untuk tahu macam mana nak dapatkan pass ni.
Terkesima seketika melihat seni bina bangunan ni. Sungguh canggih dan menarik.
TRIVIA: Tahukah anda bahawa Umeda Sky Building juga pernah disenaraikan sebagai “20 bangunan tertinggi di seluruh dunia“? Yes, satu artikel yang pernah dikeluarkan dalam surat khabar British The Times pada tahun 2008 menyatakan bahawa Umeda Sky Building satu-satunya bangunan di Jepun yang tersenarai pada waktu tu. Hebat!
While yang lain sedang sibuk bergambar, maka aku sempat berselfie dengan Eugene sajalah, the most humble photographer of us during the trip. LOL
Sama seperti tarikan-tarikan terkenal di seluruh dunia seperti di jambatan Paris, Seoul Tower dan banyak lagi, anda juga boleh kunci ‘cinta’ anda di Umeda Sky Building. Anda boleh beli heart lock di tingkat 40. Di mana nak kunci ‘cinta’ korang?
Di sini. Ruang khas ini adalah untuk mereka nak letak heart lock. Haritu nampak ada guard jaga ruangan ni so maksudnya tak semua boleh masuk. If tak ada guard, korang boleh la cuba masuk. Nice spot untuk ambil gambar ala-ala romantik.
Floating garden dari tingkat 40.
Jujur, aku memang jarang sekali ambil gambar landskap. Biasanya dua atau tiga keping pun dah cukup tapi kali ni tak tahu kenapa jari ni tak habis habis tekan butang shutter. Kenapa? sebab view masa tu sangat CANTIK. Sebab ni juga aku terlupa nak ambil gambar selfie banyak-banyak.
Nak tengok gambar-gambar tu? Keep scrolling.

kakitravelkhairuddin.blogspot.com
nice sharing
Siti Yang Menaip
gayatnyaaa =O aaadeh.. bangunan semua tinggi2 tapi still..
ada jugak selit2 culture..
Lya Akif Imtiyaz
Fuhhh gayat la pulak walaupon bukan akak yg naik ats sana..nampak kat gambar pon dah gerun nak2 escalator tu haaa..gerun gerun..ok nampak ada soklan kat situ Tahukah anda bahawa Umeda Sky Building juga pernah disenaraikan sebagai "20 bangunan tertinggi di seluruh dunia"?..hehehe tak tau laa tak pernah baca pon hahaha..datang sini baru tau..nampak tak nampak tak..penulisan pojie dah buat kita tahu tentang sejarah …tq sharing