Osaka with Air Asia X: Peluang melihat keindahan Dountobori Street dengan Tombori River Cruise

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Hi! Before korang baca entri ni, boleh la tengok video travelogue Osaka DI SINI. Selain Kyoto, Tokyo dan…

Hi!
Before korang baca entri ni, boleh la tengok video travelogue Osaka DI SINI.

Selain Kyoto, Tokyo dan Hokkaido, Osaka juga tersenarai sebagai destinasi menarik yang haruslah dikunjungi oleh para pelancong yang datang ke Jepun. Setiap destinasi memiliki tarikan sendiri yang terdiri daripada makanan, budaya dan banyak lagi. Untuk entri kali ini, aku bercerita sedikit mengenai pengalaman ke Osaka.


Bagi mereka yang selalu berkunjung ke blog ni, pasti mereka perasan yang aku dah ceritakan pengalaman-pengalaman berkunjung ke beberapa tempat menarik di Osaka dan antara yang sukar untuk dilupakan ialah pengalaman ke Universal Studios Japan.

Ahaaa, ini mungkin tarikan terakhir sempat aku cuba ketika di Osaka, yang bakal dikongsi dalam entri ini. Selepas seharian berjalan, akhirnya kami tamatkan siri jelajah bandar Osaka dengan mencuba Tombori River Cruise di Dotonburi River.

Terletak di daerah Namba, Dotonbori Street sememangnya tempat yang tepat untuk dikunjungi mereka yang ingin mencari kedai-kedai barangan Jepun, pusat hiburan, aktiviti menarik, makanan-makanan Jepun dan banyak lagi.

Dotonbori Street lebih meriah pada sebelah malam dengan cahaya lampu dan kehadiran ramai pengunjung tidak kira dari dalam atau luar Jepun yang berjalan di sekitar sini menjadikan tempat ini sememangnya havoc pada waktu malam.

Tak tahu la pukul berapa semua orang pulang, seems like most Japanese lagi enjoy jalan-jalan dekat luar. Lepak, minum atau jumpa kawan. I realised this not only in Osaka but also in Tokyo.

Street food stalls yang korang boleh drop by and cuba. I was tempted to try one of them since some kedai tu were filled with many guests. Disebabkan masa begitu terhad, tak sempat nak cuba. Make sure korang cuba la kalau datang dekat sini. Be be be sure to find halal one la.

Dari jauh dah nampak mini cruise ni terus hati rasa teruja semacam. Ye la, katanya tarikan ni selalu mendapat perhatian orang ramai. Tidak dapat dinafikan, ketika kami berkunjung ke sini, memang ramai orang yang naik cruise ni. Sampai beratur agak panjang juga. Phew, luckily kami dibantu oleh Yuri, our tour guide. Semuanya jadi smooth and easy.

Since kami sampai terlebih awal, sempat la juga check out beberapa kedai menarik dekat sini. Bila masuk dekat mana-mana di Jepun ni especially kedai-kedai murah (murah sikit la) ni, confirm diri jadi tak tentu hala. Rambang mata.

Baca juga: Pengalaman naik Tsutenkaku, Pengalaman naik Floating Garden Umeda Sky Building, Berkunjung ke Osaka Museum of Housing and Living dan Jom ke Osaka Castle

During this trip, ada satu benda yang aku aim untuk beli which is – Japanese umbrella with hidden patterns. Payung ni menarik sebab corak hiasan payung tu hanya akan muncul bila kena air. Well, obviously it is made up of wax and something. Apa pun, aku memang berusaha untuk mencarinya hingga jumpa.

Akhirnya jumpa juga dekat kedai berhadapan dengan cruise ni. Nasib baik hati terbuka untuk check out kedai ni. Walaupun payung tu agak mahal, tak apa. Sanggup juga beli. Bahaha!

Enough with cerita payung ‘istimewa’ tu. Jangan lupa untuk singgah dekat mana-mana kedai bebas cukai yang terdapat di sekitar Dotonbori Street & River. Menarik!

Seperti apa yang aku cakap just now. Memang ramai pengunjung yang nak cuba naik river cruise ni. Tak tahu la best atau tak tapi tengok secara kasar, macam best je. Kalau nak tau best atau tak, teruskan membaca.

Gambar atas: Kaunter untuk beli tiket Tombori River Cruise

Sebelum korang naik river cruise ni, korang kenalah beli tiket dulu. Mudah saja, kaunter tiket terletak berdekatan dengan kawasan Tombori River Cruise. Rujuk gambar-gambar di atas untuk tahu macam mana rupa kaunter tiket yang disebutkan.

Harga tiket untuk menaiki Tombori River Cruise adalah seperti berikut
Dewasa: 900 Yen
Kanak-kanak (6 – 12 Tahun): 400 Yen
*Kanak-kanak bawah 6 tahun tidak dikenakan sebarang bayaran
Waktu operasi Tombori River Cruise pula bermula dari pukul 1 pm sehinggalah 9.15 pm
Jangka masa perjalanan: 20 minit

Dengan ruang kapasiti sehingga 20 penumpang, Tombori River Cruise bakal membawa anda menikmati cahaya lampu neon pada bangunan-bangunan yang terdapat di sekitar sungai Dotonbori. Trip ni tak akan lengkap kalau korang tak bawa kamera. No, kamera phone tak la membantu sangat untuk dapatkan gambar. Bawa la kamera DSLR atau compact version untuk hasil yang lebih wow.

Gambar atas: Sebelum misi bermula, sempat juga kami bergambar. Thanks to the tour guide. Say hello to Kelly!

Oh, again. No trip will be complete without understanding what you will see. Therefore, sepanjang 20 minit itu anda akan dihiburkan oleh tour guide (English speaking tour guide) yang akan explain setiap benda.

Antara yang menjadi tumpuan ialah di sekitar jambatan Ebisubashi, di sini korang boleh nampak billboard Glico Man (seperti dalam gambar atas), iaitu ikon utama Osaka. Glico ni merupakan antara pengeluar makanan yang terbesar di Jepun antara produknya ialah Pocky.

Kebanyakan tempat di Jepun ni ternyata tidak lari dengan kemeriahan cahaya lampu. Tidak hairan la negara ini dilabelkan sebagai negara berteknologi tinggi.

Cara untuk ke Dotonbori Street atau Tombori River Cruise?
1. 5 minit berjalan dari Subway Midosuji Line, Namba Station
2. 10 minit berjalan dari Nankai Namba Station
3. 5 minit berjalan dari Kintetsu Hanshin Osaka-Namba Station

Tombori River Cruise
Address: Tazaemon-bashi Funatsukiba, 7-13 Soemoncho, Chuo-ku, Osaka-shi
Entrance Fee: 900 Yen (Adult), 400 Yen (Kids – 6 to 12 years old) and free of charge for kids under 6 years old

Operation Hours: 13.00 to 21.15

Peluang menaiki Tombori River Cruise merupakan antara pengalaman yang sememangnya sukar untuk dilupakan. Walaupun hanya 20 minit, aku masih boleh rasai keterujaan tu sampai sekarang. Hampir semua tentang Jepun sememangnya tidak pernah mengecewakan. Kalau ada rezeki lagi, pasti aku akan datang ke Osaka!


This post is made possible through my media trip with Air Asia X in collaboration with Universal Studios Japan and Osaka Tourism Office

to check out Air Asia X flights to Osaka 

for more Osaka articles!

to see my Osaka travelogue video!

5 comments

  1. Alaa, rugi la. River cruise ni wajib cuba but jalan-jalan dekat area Dotonbori pun not bad. Macam-macam ada. Kalau ada lebih masa, memang akan check out banyak benda. Now, I miss Osaka so much.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *