Before masuk ke dalam, korang akan melalui kaunter utama dimana dekat sinilah korang perlu beli tiket dan tanya pelbagai soalan seperti:-
1. Boleh bawa kamera?
2. Dimana boleh sewa atau pakai Yukata?
3. Boleh bawa monopod (selfie stick)?
Staff dekat sini mostly orang yang dah berusia. Anda mungkin akan mengalami sedikit kesukaran bila nak berkomunikasi dengan mereka dalam bahasa Inggeris, tapi tak apa. Diorang pasti cuba sedaya upaya untuk bantu korang.
Proses untuk masuk ke dalam sangat simple dan mudah. Beli tiket and then masuk ke dalam.
Masuk ke zaman Edo tak feel la kalau tak pakai Yukata kan?
Yukata ni merupakan pakaian yang dipakai oleh orang Jepun khususnya pada musim panas kerana ianya lebih nipis dan ringan berbanding Kimono. Ianya boleh dipanggil sebagai “Casual Kimono”.
Harga nak sewa Yukata di Osaka Museum of House & Living?
Korang boleh sewa Yukata dengan harga 200 Yen untuk 30 minit.
NOTA: Kalau nak pakai Yukata ni, korang kena datang awal sikit sebab kebiasaannya orang yang datang ke sini pastinya ingin cuba pakai Yukata. Kalau lambat, maka kena tunggu la.
Dah siap sedia untuk masuk dan merasai suasana di Osaka ketika sekitar tahun 1830.
Jom!
Again, before korang masuk ke dalam, below are another things to consider.
SEDIKIT INFORMASI MENGENAI OSAKA MUSEUM OF HOUSING & LIVING
Satu-satunya di Jepun, Osaka Museum of Housing & Living ini dibina untuk memberi peluang kepada semua orang (tidak kira dari luar ataupun dalam Jepun) untuk merasai suasana dan juga sedikit sebanyak mendalami sejarah Osaka bermula dari Era Edo sehinggalah Era Showa.
Level 8: You can watch video images and elaborate scale models showing Osaka housing and living during and after the Meiji Period.
Level 9: You can see a life-size re-creation of an Edo Period street in the exhibition room.
Level 10: You can view the entire section of town reproduced. Admire the beauty of the houses and feel the bustle of daily life during Edo Period.
Kalau aku, sudah tentulah part paling best ialah di tingkat 10. Di sinilah macam-macam korang boleh buat – pose la macam mana korang nak, santai ala-ala orang Jepun dan macam-macam lagi.
Di sini, korang bukan sahaja boleh jalan-jalan di kawasan luar rumah tapi korang juga boleh masuk dan tengok sendiri deko dalaman bangunan (rumah/kedai) orang Jepun pada masa dahulu. Nice!
Girls would probably love this place. Boleh snap gambar ala-ala #OOTD (outfit of the day) di kebanyakan sudut sambil mengenakan Yukata. Masing-masing kemain pose sakan ye!
Group photo – Me, Nisa, Kelly, Eugene, Mior and Ben
Lagi gambar berkumpulan. Kali ni versi ala-ala jejaka Jepun.
Jadi, yang mana satukah pilihan anda?
Kalau korang ke Osaka, pastikan Osaka Museum of Housing & Living ada dalam senarai interari korang ya!
OSAKA MUSEUM OF HOUSING & LIVING
Lokasi: 8 Floor 6-4-20 Tenjimbashi, Kita-ku, Osaka City
Cara untuk ke sini: 5 minit dari Tenjinbashi 6-chome Station (Tanimachi atau Sakisuji Subway Line)
Bayaran masuk: 600 Yen (Dewasa), 300 Yen (Sekolah/Universiti)
Operasi: 10 pagi hingga 5 petang (masa terakhir masuk 4.30 petang)
Tutup: Pada hari Selasa dan juga sehari selepas national holidays
Phone: 06-62421170
Website: KLIK SINI
best! by the way i would like to see the photo at night 🙂
BEST.. !! Nisa kay pon ada wow
lawanyer! Yukata satu.
Hengsyemnye pakai yukata.. hahahaa..
Wah siap pkai yukata macam mat jepun dah ..eh ehh ehh mula2 tgk ingatkan anjing betul..ooo bukan eaa..tanjat akak hehehe..Ooo yukata mahal eaaa..takpe laa takleh beli blh pkai pon jadilaaa kan ..pengalaman ..macam biasa gambar mmg terbaik..tak pernah jemu tgk gambar..
hi, sy suka sangat tgk blog awak. teruskan menulis.
-nissa, shah alam.-
Kucatat Pojie, kebetulan ada rencana mau jalan-jalan ke Jepang. Dan Osaka jadi salah satu kota yang akan disinggahi. Nice article 🙂