Panduan makanan halal di Okayama, Jepun

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Bulan Februari antara bulan terbaik untuk menikmati salji di Jepun. Sebab tu, bulan Febuari lepas aku ke sana…

Bulan Februari antara bulan terbaik untuk menikmati salji di Jepun. Sebab tu, bulan Febuari lepas aku ke sana untuk merasai sendiri pengalaman musim salji di Okayama. Iyalah, lokasi ini mungkin jarang dikenali tapi sebenarnya memang banyak aktiviti menyeronokkan boleh dilakukan. Sebelum itu, anda boleh search flight Jepun melalui Wego. Bukan itu sahaja, anda juga boleh book hotel murah di Jepun dengan Wego.

Back to main topic, satu fakta menarik tentang Okayama ialah ia sekarang sedang dalam usaha menarik lebih ramai pelancong Muslim terutama dari Malaysia dan Indonesia. Sebab itu mereka makin peka tentang soal makanan dan penginapan bagi memenuhi keperluan pelancong macam kita. Bagus, kan?


Jadi, entri ini adalah panduan kalau korang nak mendapatkan makanan halal dan penginapan di sekitar Okayama. Tak adalah perlu bawak berpaket-paket mi segera sahaja. Hihi.

Mana tahu, lepas ni bolehlah masukkan Okayama dalam destinasi percutian korang seterusnya!

 

 Lokasi Makanan Halal 

Berbeza dengan kita yang menggunakan logo halal bertulisan jawi, Okayama menggunakan simbol buah peach. Kenapa buah peach? Sebab dikatakan watak hero dalam legenda tersohor Jepun, Momotaro dikatakan dilahirkan daripada buah inilah (macam kita kan ada yang lahir dari buluh betung. Haha).

Logo ini juga adalah simbol lokasi yang Muslim-friendly terutamanya di kedai-kedai makan di mana mereka tidak menggunakan alkohol dan daging khinzir. Tak terhad kepada orang Islam semata-mata, logo ini juga sebenarnya memudahkan non-Japanese untuk memilih makanan yang lebih sesuai dengan selera mereka misalnya makanan Western dan servis dalam Bahasa Inggeris.

Jangan terkejut, di kebanyakan restoran ini juga menyediakan surau.

 1. Kidoairaku 

Kalau korang penggemar sushi, ini barangkali ini tempat terbaik untuk menikmatinya dengan puas. Tak setakat makan, pelanggan terutama pelancong asing boleh mencuba sendiri membuat sushi daripada Chef Namba yang dah berpengalaman 48 tahun!

Tapi kalau nak belajar tu kenalah booking awal ya!

Alamat: 2-9-21 Shimoifuku Kita-ku Okayama Okayama
Website: www.kidoairaku.co.jp

 2. Milenga 

Setakat yang aku tahu, tak ada restoran makanan Malaysia dekat Okayama lagi tapi kalau masih mahu melepas rindu, bolehlah singgah ke Milenga Restaurant!

Restoran ni menghidangkan makanan India, macam nasi beriani. Tapi yang aku cuba hari tu namanya Deluxe Chicken Thali yang berharga ¥1650 (dalam RM60) dan boleh tambah sebanyak mana, percuma. Haha.

Jangan terkejut, ada bahannya juga ialah import dari Indonesia macam sos jenama Mi Sedap!

Rasanya memang cukup rempah sebab tukang masaknya pun bukan orang tempatan namun fasih berbahasa Jepun. Ruang untuk solat juga disediakan.

Alamat: 1-3-3 Nodayacho, Kita-ku | Oka Bldg. 1F, Okayama 700-0815, Okayama Prefecture
Website: milenga.themarket.co.jp

 3. Alo Alo Restaurant 

Restoran ini berkonsepkan makanan Itali. Di sini, mereka ada menyediakan menu berasingan untuk pelanggan Muslim dengan pilihan yang boleh tahan sedap-sedap juga semuanya.

 

Antaranya:
1. Spaghetti Tomato & Keju Mozarella (¥690)
2. Spaghetti Shrimp & Mushroom with Seasoned Cod Roe Sauce (¥780)
3. Grilled Chicken (¥800)
4. Ebi meshi (Nasi goreng udang dengan salad) (¥680)

Alamat: 5-1 Ishizeki-cho, Kita-ku, Okayama-City, Hotel Excel Okayama 1F
Website: restaurant-aloalo.com

 

 

 4. Megu Restaurant Shabu-Shabu 

Aku sememangnya antara penggemar Shabu-Shabu (Japanese steamboat) dan rasa bertuah jugaklah sebab dapat menikmati Shabu-shabu halal kat Okayama ni. Apa yang lagi syok, mereka turut menghidangkan daging Kobe yang popular tu!

Dengan hidangan hot pot macam ni, memang nikmat rasanya menikmati makan malam di sini. Dengan konsep seperti ruang makan orang Jepun, pelanggan juga boleh melihat ruang memasak. Memang jelas ada dua jenis ruang memasak – untuk pelanggan Muslim dan non-Muslim. Bagus betul!

Selain ruang makan yang tertutup dan lebih privasi, mereka juga ada sediakan Wi-Fi percuma.

Alamat: Tenjin-cho building 1F, 2-1, Tenjincho, Kita-ku, Okayama-shi, Okayama, 700-0814

 5. Ryoutei Heartland 

Nak menikmati makanan Jepun dalam suasana cukup tradisional, bolehlah ke sini. Dari sushi ke steamboat pun ada. Kedainya lebih kepada konsep bar (izakaya) tapi mereka ada sediakan menu yang mesra Muslim atas permintaan.

Ruang makan juga tertutup dan cukup selesa.

Alamat: 1-6-19 Tamachi, Kita-Ku, Okayama 700-0825, Okayama Prefecture

Moga-moga artikel tentang panduan makanan halal di Okayama ini boleh membantu serba sedikit dalam perancangan korang. Jangan lupa baca 20 aktiviti menarik musim sejuk di Okayama juga ya. Kalau nak cari penginapan atau flight di Jepun, boleh layari Wego.

See you in the next entry!
Text & Image: Hasif Hamsyari

2 comments

  1. Tq for sharing! Terliur tengok makanan Jepun, walaupun dah berkali-kali masuk restoran Jepun. Mudah-mudahan dapat jejak kaki ke Negeri Matahari Terbit tu, in shaa Allah.

Leave a Reply to Farah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *