Terbukti Penang mempunyai pelbagai jenis tarikan menarik buat para pengunjung yang datang ke sini. Bermula daripada makanan sedap, pemandangan indah di sekitar Padang Kota Lama, permainan lasak di ESCAPE dan kini tiba masanya untuk anda masuk ke taman yang dipenuhi dengan pelbagai jenis khazanah hutan di Tropical Spice Garden (TSG).
BAYARAN MASUK
Di Tropical Spice Garden, anda mempunyai dua cara untuk meneroka taman ini iaitu melalui Garden Audio Tour atau Live Guided Tour.
Harga untuk Garden Audio Tour:
Dewasa: RM26
Senior: (60+): RM20
Kanak-kanak (5 – 12 tahun): RM15
Pelajar: RM20
** Bahasa: English, Arabic, Mandarin, Japanese, Malay, German dan French
Harga untuk Live Guided Tour
Dewasa: RM35
Senior: RM28
Kanak-kanak: RM20
Pelajar: RM28
** Waktu: 9 am, 11.30 am, 1.30 pm dan 3.30 pm
** Bahasa: English, Mandarin, Malay & Arabic
Selain daripada merasai kesegaran tumbuh-tumbuhan di sini, pengunjung juga boleh menikmati fasiliti lain seperti kedai cenderahati, TSG Cooking School, Tree Monkey Restaurant, Night Walks dan banyak lagi.
WAKTU OPERASI
Waktu operasi TSG ialah dari pukul 9 pagi – 6 petang.
** Last admission will be at 5 pm
NOTA: Cadangan masa untuk anda meneroka TSG adalah sekitar 1 jam.
Selepas membuat pembayaran, anda akan terus ke kaunter khas untuk mendapatkan audio device sebagai tour guide anda sepanjang berada di sini. Jika anda memilih live guided tour, anda akan bersama dengan yang lain (secara berkumpulan) mengikuti tour bersama tour guide yang bertugas.
NOTA: Personally, aku lagi selesa menggunakan audio guided tour sebab kita boleh repeat semula audio tersebut. Selain daripada murah, anda juga bebas untuk ke mana-mana.
Berkenaan dengan audio guided tour, anda boleh memilih bahasa yang anda inginkan. Setiap spot menarik telah ditanda dengan nombor tertentu oleh itu anda perlu refer kepada no tersebut dan gunakan ia untuk mendapatkan penerangan melalui audio device yang disediakan.
TROPICAL SPICE GARDEN
Kedua-dua pengasasnya iaitu David dan Rebecca Wilkinson memiliki ilham untuk mewujudkan taman tropika yang mampu memberikan ketenangan. Mereka berdua bersama dengan ahli-ahli pasukan yang berbakat — Lim In Chong, Frederick Walker, Katharine Chua dan Kenneth Khoo telah berjaya mengubah ladang getah terbiar kepada taman yang telah memenangi Anugerah Destinasi Eko-Pelancongan di Asia Tenggara.
Tropical Spice Garden mula beroperasi dan dibuka kepada orang awam pada November 2003 mempamerkan lebih 500 jenis fauna yang eksotik dan flora (penekanan kepada rempah) di sekitar hutan yang mempunyai keluasa hampir 8 ekar.
Kunjungan aku ke sini disambut dengan haruman rempah ratus dan juga bunyi unggas yang kedengaran sepanjang perjalanan di dalam taman ini. Betul, memang macam-macam benda yang boleh anda lihat di sini (kebanyakkanya adalah tumbuhan yang selalu anda dengar tapi belum pernah lihat).
Traditional Sampan — ianya direka dan dibina oleh pembina bot Melayu dan berasal dari Pulau Pangkor.
Jangan risau. Anda tidak akan sesat dalam taman ini kerana anda dibekalkan peta kecil yang mempunyai informasi padat sebagai rujukan anda ketika mendengar penerangan dari peranti audio. Walaupun agak keliru pada beberapa papan tanda (sukar untuk mengenal pasti tumbuhan yang dimaksudkan), anda masih boleh rujuk kepada risalah yang diberikan.
Tropical Spice Garden terbahagi kepada beberapa bahagian dan setiap bahagian mempamerkan jenis tumbuhan yang berbeza. Bagi mereka yang gemar dengan pelbagai jenis tumbuhan terutamanya rempah ratus, TSG ini pastinya tempat yang mereka nanti-nantikan.
Kalau dah penat berjalan-jalan tu, boleh lah berhenti di salah satu spot best (kegemaran aku) iaitu Mayan Hammock. Inilah perkara yang sudah lama aku impikan — baring diatas Mayan hammock ni sambil dikelilingi tumbuh-tumbuhan hijau.
NOTA: Bagi mengelakkan kunjungan anda diganggu dengan gigitan nyamuk, pastikan anda memakai pakaian yang agak tertutup. Di sini agak banyak nyamuk lagi-lagi pada musim hujan.
Seperti apa yang aku nyatakan sebentar tadi, di sini kita dapat melihat tumbuh-tumbuhan yang selalu kita dengar tapi tak pernah kita lihat.
For me, aku selalu dengar Tongkat Ali dan Kacip Fatimah tapi tak pernah lagi nampak rupa sebenar dua benda ni. Finally, aku dapat lihat dan sentuh di TSG.
Terdapat satu kiosk yang mempamerkan beberapa jenis rempah ratus yang sedia untuk ditumbuk oleh anda. Boleh pilih dan campur, tumbuk dan nikmati kesegaran haruman yang terhasil. Menarik kerana ianya memberi peluang kepada pengunjung untuk ‘berinteraksi’ dengan rempah ratus yang disediakan.
Selain daripada suasana di sekitar TSG, aku juga cukup tertarik dengan Herbal Tea Kiosk dimana kiosk ini akan menyediakan teh herba (berlainan mengikut hari) kepada anda dan ianya PERCUMA. Boleh minum sebanyak yang anda mahu.
Tak tipu, memang sedap!
Section ini adalah untuk neutralizekan kaki anda semula setelah penat berjalan keliling TSG. Ambil sedikit masa untuk rehatkan diri.
Sebelum anda balik, anda boleh lihat beberapa barangan yang dijual di kedai cenderahati TSG untuk dibawa pulang bersama. Antaranya ialah rempah ratus yang telah siap dibungkus, baju, postcard, buku dan macam-macam lagi.
NOTA: Ada beberapa aktiviti menarik di sini seperti Night Walks, Cooking Class, Adventure for Kids and Nature Education Programmes. Jangan lupa untuk layari laman web rasmi mereka untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan aktiviti-aktiviti menarik di sini. To be honest, their website is truly informative and user-friendly. Mudah, lengkap dan cepat!
MAKLUMAT LANJUT MENGENAI TROPICAL SPICE GARDEN
FACEBOOK
TELEFON
+604 881 1797
EMAIL
info@tropicalspicegarden.com
LAMAN WEB RASMI
ALAMAT
VIDEO
This blog post was made possible through My Fascinating PENANG 2015, a media trip to Pulau Pinang organized by My Amazing Malaysia.
Thank you to the official sponsors Hop On Hop Off Penang, The Chambers Hotel, Escape.My, Tropical Spice Garden, St Giles Wembley Penang, Ren i Tang Hotel, The Camera Museum, Made in Penang Interactive Museum.
nice this place.. boleh datang nanti ni
Salam, wahhhhh okay! aku nak pergi! aku nak pergi!!!! hahaha…nyamannya tgk, plus aku mmg suka rempah2 ratus ni, nak tgk pokok dia..baru lagi ke tempat ni? Serius tertarik weh…baring kat hammock tu best, teh percuma tu pun best…thanx review tempat ni, sangat nice!!