Peluang menikmati pelbagai hidangan makanan di Tanjung Ria Kitchen dan Nagisa Japense Restaurant, Hyatt Regency Kinabalu

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Sudah masuk beberapa minggu selepas aku berpeluang untuk balik ke Kota Kinabalu untuk berehat sebentar, tiada tempat yang…

Sudah masuk beberapa minggu selepas aku berpeluang untuk balik ke Kota Kinabalu untuk berehat sebentar, tiada tempat yang indah selain dari merehatkan minda dan fizikal di kampung halaman sendiri.
*Constantly checking a flight ticket to KK & hope that I could grab a great offer!* LOL
Jom tengok video pengalaman duduk di Hyatt Regency Kinabalu DI SINI

Bercakap mengenai Kota Kinabalu, selain daripada tarikan-tarikan di sini yang begitu cantik, kulinari juga merupakan salah satu perkara yang perlu dicuba apabila anda di sini. Well, aku berpeluang untuk mencuba makanan-makanan yang disediakan oleh Tanjung Ria Kitchen dan Nagisa Japanese Restaurant di Hyatt Regency Kinabalu

To be honest, I was spoiled by their wide range of foods served at both of the restaurants. Most of them are pretty inviting though! 
Well, lets go straight to the point and see what you can enjoy at Tanjung Ria Kitchen and Nagisa Seafood Restaurant

Tanjung Ria Kitchen
Terletak di Lobby Floor, Tanjung Ria Kitchen dahulunya dikenali sebagai Tanjung Ria Café. Nama restoran ini diubah untuk memberi nafas baharu selepas diubahsuai dan sekaligus selari dengan konsep yang ada pada restoran ini iaitu open kitchen, para tetamu berpeluang untuk melihat chef-chef do their magic di restoran ini.

Interesting, sebab indirectly korang boleh tengok dan yakin dengan tahap kebersihan penyediaan makanan-makanan di sini.

Seni reka dalaman Tanjung Ria Kitchen juga berjaya menarik perhatian aku kerana hasil kerja dari Tofu Inc iaitu team dari Japan yang berjaya melahirkan suasana penuh dengan sentuhan moden dan juga tradisional. Kalau korang berpeluang untuk ke sini, jangan lupa tengok interior design restoran ni. Cantik! 
This is an accurate definition of comfort and creative. 

Gambar atas: Sambil korang nak ambil makanan tu, boleh la senyum dekat chef-chef yang ada di dapur tu. They’re friendly. Kot-kot boleh jumpa jodoh. Okbai!

Apa yang korang boleh nikmati di Tanjung Ria Kitchen? 
Ada yang kata Tanjung Ria Kitchen ni merupakan tempat yang ideal bagi mereka yang ingin menikmati berbagai jenis menu (local & western) dalam satu tempat dan masa yang sama. Betul, restoran ini menghidangkan pelbagai jenis menu antaranya makanan ala Indian, Chinese, Western, Melayu dan bermacam lagi. 
Aku sempat juga merasa hampir semua makanan yang ada di sini antaranya ialah mee sup (lengkap dengan set cili versi Sabah), dimsum, nasi lemak, nasi ayam, naan cheese dan banyak lagi. Tak larat nak senaraikan di sini sebab banyak juga yang aku cuba masa tu. 
Selain itu, set dessert juga tidak mengecewakan sebab berbagai jenis pastry, ada churros (my favourite), yogurt dan banyak lagi. Termasuklah kuih tradisional. Worth to try! 

Suasana di Tanjung Ria Kitchen ni nampak agak santai walaupun dekorasinya nampak agak mewah dan eksklusif. Other than that, Tanjung Ria Kitchen juga memiliki sijil halal bagi memastikan setiap hidangan yang disediakan dalam keadaan bersih dan selamat untuk dimakan. Good job!

Gambar atas: Menikmati sarapan pagi bersama dengan kakak dan abang. Jarang jumpa, so boleh la borak-borak dalam suasana yang agak selesa sambil menjamu selera.

Harga buffet:
1. Breakfast – RM90/per person
2. Lunch – RM100/per person
3. Dinner – RM145/ per person
(Harga termasuk 6% GST)

Layari laman web rasmi untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Tanjung Ria Kitchen KLIK SINI

Baca juga: Pengalaman menginap Hyatt Regency Kinabalu

Jika anda ingin mencuba menu ala Jepun, boleh la cuba Nagisa Japanese Restaurant yang juga terletak di Lobby Level.

Nagisa Japanese Restaurant
Berbeza dengan Tanjung Ria Kitchen, anda akan merasa suasana berbeza di Nagisa Japanese Restaurant. Nama pun restoran Jepun, sudah tentulah suasana pun kena la ala-ala restoran Jepun. Dengan seni reka dalamannya yang banyak menggunakan elemen kayu menaikkan lagi feel kita seolah-olah berada di Jepun. 
Restoran ini menyediakan menu á la carte, dimana terdapat pelbagai menu makanan Jepun yang anda boleh cuba. Para tetamu boleh menikmati hidangan mereka di beberapa ruang berbeza termasuklah kaunter sushi, meja teppanyaki, bilik tatami (kegemaran aku) dan dua bilik private khas untuk special meeting and etc. 
Gambar atas: Meja di bilik tatami dan kaunter sushi. 

Aku berpeluang merasa beberapa menu pilihan yang terdapat di Nagisa Japanese Restaurant ni. Kebetulan pula aku ni memang sangatlah suka makan sushi, well this is the perfect time to enjoy Japanese foods!

Nagisamaki (RM40) – Eel, avocado and egg rolled with sushi rice 
Gambar atas: Green Tea ice cream (dessert), Shisamo (RM35) – grilled smelt fish, Gindara Teri Set (RM75) – grilled cod fish with teriyaki sauce, Tempura Moriawaze (RM45) – seafood & vegetable tempura.
Sashimi of the day (RM65) 
If you can eat raw, go for it. Super fresh!

Selain itu, korang juga boleh enjoy buffet dinner pada hari Sabtu ketiga setiap bulan dengan harga RM138/per adult di Nagisa Japanese Restaurant, iaitu restoran Jepun yang telah mendapat beberapa anugerah termasuklah Best Restaurant Award in the Hotel Category (Kota Kinabalu Food Fest 2012).

Having my brothers and sister with me enjoying the seafoods at Nagisa Japanese Restaurant is so priceless. We hardly get this chance to sit down and enjoy our sumptuous meal on one table.

Missing another brother and sister who are in KL. Wish both of them were here too.

Layari laman web rasmi untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Nagisa Japanese Restaurant KLIK SINI

Dah kenyang tu, boleh la pergi ke Waterfront untuk tengok pemandangan cantik. Tempat terbaik untuk ambil gambar sunset!

Pssst! Dengar cerita Hyatt Regency Kinabalu tengah bagi tawaran hebat untuk korang enjoy buffet dinner di sini. Sah hanya pada 28 Febuari 2016 (Ahad), Dine as 3 & the 3rd person will eat for FREE!

Jangan lupa layari Hyatt Regency Kinabalu untuk mengetahui tawaran-tawaran menarik hotel ini. 

12 comments

  1. Nampak mewah betul Tanjung Ria Kitchen tu. Mesti makanan dia sedap-sedap. Tengok gambar pon dah kecur air liur. Japanese food tak brapa nak go lah. Lagi-lagi yang raw mcm tu. tak berani. Tapi nampak macam sedap je ! =)

  2. Looks like you enjoy your stay there. I was browsing to find a good hotel in KK and found your review. Nice hotel and I bet they served delicious foods too.

    Thumbs up for the great pictures. So nice!

  3. Time lapar lagi ni sa terbaca ni entri…haha… All foods looks delicious. Yummy! Sa paling minat makan tu Shisamo. Sedap ni. 🙂

  4. Yeah, thank you so much. Indeed Hyatt Regency is an ideal choice of stay in Kota Kinabalu, Sabah. Good access, comfy stay and friendly staff! 😉

Leave a Reply to Zharif Azis Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *