Pengalaman Berkunjung ke Bayon Temple, Siem Reap

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Before ni kita bercerita pasal ANGKOR WAT, kali ni jom kita tengok BAYON TEMPLE pula. Lepas visit Angkor…

Before ni kita bercerita pasal ANGKOR WAT, kali ni jom kita tengok BAYON TEMPLE pula.

Lepas visit Angkor Wat, terasa tekak begitu dahaga sebab masa tu cuaca dekat Siem Reap panas dan lembab. Naik je tuktuk, terus tanya driver kalau ada gerai berdekatan sebab nak singgah minum dan makan sekali. 

Jalan punya jalan, finally jumpa jugalah gerai makanan. Spot memang dikhaskan untuk para pengunjung. Nak tahu kenapa? Sebab harga makanan-makanan kat gerai sini agak mahal. Tak ingat dekat mana, but if you hire a tuk tuk driver, confirm they will bring you to this place. 
Selain daripada makan, anda juga berpeluang untuk melihat dan mungkin beli pelbagai jenis cenderahati yang ada di sekitar kawasan gerai makan tu. Told ya! Tempat ni memang dikhaskan untuk tourist. 
There are different kind of souvenirs here but most of them are quite expensive. You should go to their night market if nak cari souvenirs. Dekat sana boleh la anda dapatkan harga yang paling murah (kalau mampu nak merayu dengan peniaga-peniaga dekat sana) Heeee.
Enough with the introduction part. Jom kita gerak ke Bayon Temple!

That is Mr Sokhna, our tuk tuk driver while staying in Siem Reap. A very polite guy. 
Bayon Temple ni sangat terkenal dengan ukiran pelbagai jenis wajah yang boleh anda lihat di sekitar kuil ini. Bayon Temple, kuil yang telah dibina pada abad 12-13 masihi oleh Raja Jayavarman VII ini juga dikenali sebagai Temple of Faces. Berbeza dengan Angkor Wat, Bayon Temple merupakan kuil berasaskan agama Budha. Setiap ukiran muka yang terdapat di sekitar kuil ini merupakan gambaran ataupun simbolik kepada sejarah silam masyarakat Khmer dan juga aktiviti harian masyarakatnya. 
Bagi mereka yang gemar mempelajari sejarah sesuatu tempat, Bayon Temple merupakan salah satu tarikan yang perlu anda kunjungi jika berada di Siem Reap kerana himpunan sejarah silam yang dimiliki oleh kuil ini memang menarik. 

Orang ramai mengambil peluang untuk berehat sebentar sambil menikmati keindahan permandangan sekitar bahagian atas Bayon Temple. Selain mempelajari sejarah disebalik kuil yang unik ini, anda juga boleh meluangkan masa di sini dengan mengambil gambar berlatar belakangkan setiap sudut kuil ini. Pastikan anda jumpa spot menarik untuk buat photoshoot dekat sini.

For me, as traveler yang suka pada aktiviti dan alam semula jadi, melawat ke tempat-tempat bersejarah seperti Bayon Temple ini mungkin boleh dimasukkan dalam list sebab struktur kuil ini agak menarik. Tetapi, kalau anda bukanlah seorang yang gemar dengan sejarah dan seangkatan dengannya, you can still visit this place and snap the pictures around the temple. 
Based on my experience, I enjoyed walking around the temple even it was a sweaty journey. We managed to see different kind of temples and took lot of pictures. For me, visiting Bayon Temple was an interesting journey but we would prefer to do some activities instead of walking around, taking pictures and getting to know the history in more detail. Now, jom ke tempat seterusnya!


7 comments

  1. Cantik suasana kawasan ni.. nampak sungguh terjaga. Kedai2 tu pun nampak bersih dan sungguh tradisional. Thanks sharing Pojie.. 🙂

  2. Boyan temple seyess ni kali pertama kak lya dgr..kalau angkor wat tu tahu laa akak sebab biasa dah dgr ..semuangambar yang pojie rakam cantik2 laa..seyess jeles tgk gambar2 tu semua.sempat lagi tersengeh tu masa duk menulis..apa yang disengehkan tuu..sapa2 yang tgh duk kaji sejarah pasal Boyan temple boleh singgah blog pojie …….menarik dan sentiasa padat dgn kandungan yang memberangsangkan..nice sharing pojie

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *