Tana Toraja ternyata bukan hanya terkenal dengan budaya mereka yang unik tetapi juga turut dikenali dengan landskap dan aktiviti yang menarik dijalankan oleh masyarakat mereka. Maka dengan itu, cerita berkenaan dengan Tana Toraja bukan hanya tertumpu kepada cerita seram/sedih. Entri kali ini adalah berkenaan dengan pengalaman berkunjung ke Pasar Bolu, Rantepao, Tana Toraja.
Selfie sebentar bersama dengan kerbau tedung bonga yang begitu berharga buat orang Tana Toraja. Nak tahu kenapa? Sekejap lagi aku bagitau.
Sama seperti tempat kita, kawasan Rantepao mempunyai pasar tradisional yang hanya akan ada sekali dalam seminggu. Pasar itu dikenali sebagai Pasar Bolu dan ianya terletak sekitar dua kilometer di timur laut Rantepao.
Pasar ini menjadi tumpuan masyarakat setempat yang ingin membeli barang keperluan seperti sayur, daging dan macam-macam lagi. Antara yang menjadi fokus di pasar ini ialah haiwan utama orang Toraja iaitu babi & kerbau. Selain itu, terdapat beberapa aktiviti mingguan yang dijalankan di sekitar pasar ini. Ehem.. Bila berjalan sekitar pasar ni, terasa macam diri ini dah jadi orang Toraja dah. Best!
Disini, ayam tidaklah dipandang sangat oleh orang-orang Toraja. Oleh itu, diorang jadikan ayam untuk aktiviti seperti gambar diatas. More or less, macam judi la.
Ikan-ikan yang dijual di sekitar Pasar Bolu
Diri ni secara automatiknya terberhenti dekat kawasan ni. Tertarik untuk ambil gambar di kasawan ni.
Kaki bundle boleh cuci mata dekat sini. Macam-macam ado.
Sayur-sayuran segar yang dijual oleh local people dekat sini – nampak juga la diorang ni ada aktiviti lain selain daripada aktiviti upacara kematian dan sebagainya
Buah-buahan juga ada. Lengkap!
Kini, Pasar Bolu juga turut menjadi tarikan pelancongan dimana ramai pelancong dari luar negara akan datang ke sini untuk melihat suasana dan kemeriahan pasar ni. Untuk pengetahuan anda, Pasar Bolu (Tana Toraja Rantepao) ni merupakan pusat perdanganan kedua terbesar di sini selain daripada Tana Toraja (Makale)
Anak-anak ayam ni diwarnakan agar nampak lebih menarik. Menarik untuk apa? Untuk dijadikan permainan untuk budak kecil. Hmmm bila dengan orang tu cakap “Ayam-ayam kecil ni semua tak tahan lama. Confirm mati sebab budak-budak ganas“. My question is “Memang tak ada mainan lain ke?” Ish ish ish.
Lepas tu, aku berpeluang juga berjalan sekitar kawasan mereka jual babi. Babi ni kira tinggi juga nilai dekat sini sebab tujuannya yang digunakan untuk upacara kematian. Aku kuatkan semangat aku sepanjangan perjalanan aku lalu kawasan babi ni haha.
Besar & banyak babi yang dijual
Yang comelnya, setiap babi tu diikat seperti gambar diatas. Macam setiap mereka tengah baring atas katil dekat hostel. Huahua
Masih ingat pakcik ni. Semangat dia nak suruh kami sentuh babi tu (dia ingat kitaorang bukan Islam & orang Toraja). Bila cakap Muslim, terus dia angkat tangan and cakap “Sorry. Saya hormat kamu“. Hahaha.
Tersadai atas lori kecil. Sun bathing agaknya babi sekor ni yer. Haha
Selain daripada babi, kerbau juga menjadi haiwan yang banyak demand dalam kalangan orang Toraja. Ada kerbau kecil (biasa) dijual bermula dengan harga sekitar 5 Juta IDR. MAHAL OI! Kalau yang besar (biasa) pula dijual sekitar 10-15 Juta IDR.
Lagi tak tahan bila kerbau jenis albino atau lebih dikenali sebagai kerbau Tedong Bonga ni boleh mencecah sekitar ratusan juta rupiah seekor. Harga dah macam aset dah. Kenapa? sebab kerbau jenis ni memang jadi kebanggaan orang Toraja.
Lagi banyak tompok putih tu, lagi tinggi nilai harga kerbau tu. Boleh la buka bisnes eksport kerbau dari Malaysia ke Toraja. Kaya woooo!
Rupa kerbau Tedong Bonga
berpeluang juga untuk berselfie dengan cik kerbau Tedong Bonga yang mahal nak mampoi tu
Ternyata most kawasan dekat Pasar Bolu ni telah direserved untuk kerbau.
Di Pasar Bolu ni jugalah aku mengenali cara hidup orang Toraja. Mereka memang kerja keras dan yang penting peramah antara satu sama lain. Kalau jumpa, mesti bertegur sapa (entah kenal atau tidak). Kunjungan selama hampir 1 jam ni ternyata tidak sia-sia. Kalau datang Tana Toraja, jangan lupa untuk melawat Pasar Bolu dekat daerah Rantepao.
Regards,
Pojie
Uihh. Sakan die berjalan cuti2 sem ni kn..
Wah seronoknyer jejalan Pojie..Hehehe semua kawasan mmg banyak kerbau eaaa..Hehehe kena hati2 la takut kena tanduk dek kerbau ..Menarik dan gambar yang cukup sempurna ..Nice sharing Pojie..
Hai hai hai Pojie ..Kak Lya FOLLOW Twitter ok hehehe ……….
Pasar Bolu…. e'eeehhh teringat ikan bolu pulak….. Kesian anak-anak ayam warna warni tu, mati juga akhirnya ye?
Salam Pojie…
Nak rasa bebetul macam orang tempatan tu kena pakai macam pakcik yg tengah sabung ayam tu… pakai baju tapi kain senteng separuh jer… hehehehe nanti ada lah diroang datang cakap Toraja kat Pojie
Alah cute nya anak2 ayam tu… kalau saya pun mau saya picit tu… tapi kecik jer dia ada warna kan.. dah beso kaler sama jer
Babi tu masih bernyawa lah yer… belum kena korban lagi?? cemanlah cara diorang korban tu… pancung ker?
Kalau ke sana nanti tahun saya mesti ke pasar ni… nak tengok depa kerjakan babi tu ngan kerbau albino… nak kata kat depa… Malaysia ada banyak yg macam ni… takdak orang nak… hehehe
err… Pojie cakap Indon ke kat sana?
banyak sangaaat kerbau tu…diaorang makan ke pelihara jew ni??adoiii…
yang penting mmg anak2 ayam tu comel sangat,,,
nak kirim satu…nak buat simpanan….
comel sangaaattt!!!!
hahaha..meremang bulu tengkuk tengok oink2 tuuu.. adeh…steady je pakcik tu dukung oink2 macam dukung kucing..seronok kenal budaya luar ni.. best baca
wah……beli apa kat pasar tu ? banyak juga yang tak muslim?
Dah stress study. Sekali sekala hilangkan tekanan otak ni hehehe 🙂
Salam Kak Lya! Hehehe. Tu la, masa pergi sana pun berhati-hati juga la takut kena serang kerbau tu… TQ! Kak Lya, mention la saya. Nak follow juga 🙂
Hehehe. Saya pula ingat kuih bahulu. Bunyi nak sama je. Hahaha. Yup kak. anak-anak ayam tu at last semuanya hati. Tahu je la budak-budak main macam mana kan. Sedih juga la.
Salam bro Najib…
Tu la, lupa pula bawa kain. Kalau boleh, nak juga dress up santai macam orang sana kan. Confirm orang tegur dalam bahasa dorang. Hahaha.
Babi tu semua bernyawa lagi. Lemah je la sebab tak boleh buat apa-apa haha. Cara diorang putuskan nyawa babi masa upacara kematian memang agak menakutkan. Kesian la juga. Tapi, tu la. Kepercayaan mereka kan. Hmmm.
Yup, cakap juga la Indon sikit-sikit walaupun bunyi macam apa. At least boleh la juga communicate dengan diorang kan.
Kerbau semua tu diorang buat urusan jual beli macam ala ala jual beli harta. Banyak digunakan masa upacara kematian and etc. Hehe! Ayam tu pelik je warna. Kesian kena buli diorang hehe
Itu la pasal. oink2 tu kena angkat macam diorang angkat kucing je. Santai dan sempoi hahaha!
Tak beli apa pun MKL. Hahaha. Just jalan-jalan je. Tak ramai muslim kat sini. Majoriti kristian.
paling santai tengok babi babi tu ….kesian kena ikat…..
banyak babi..ih..serem amat Bang Pojie. Lihat babi satu saja sudah geli. Ini banyak banget…ngak kuat deh kalau ke pasar itu.
huhu. seramnyaa. kt kawasan babi tu. hehe. tp tu satu pengalaman kan.
eeeee….byk nye cik BABss tuuuuuuu
Hehe lau twitter kureng skit byk guna fb mgan ig jer skarang ni …
Hahaha. Tu laa, macam santai betul diorang baring macam tu walaupun sebenarnya kesian kena ikat. haha
Hahaha. Iya, babinya ada di mana-mana. Serem juga. Tapi asyik dapat liat benda seperti ini!
Yup. Seram juga la. Takut babi tu mengganas kan. Hahaha. Tapi best part is, dapat experience macam ni. 🙂
Babs everywhere. Risau je meroyan babs babs tu, habis kita kena serang!
pergh babi ada jual, hebat..
Enjoy ur holiday. Time2 study ni la blh wat gni. Klu dh bkerja mkn gaji.. Limited edition sikit.. Hahaha.. Happy holiday..
Kelakar pulak tengok babi2 tu kena ikat mcm guni pulak hehee.. 😀