Pengalaman dan Bajet ke Pulau Manukan, Sabah

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Nampaknya belum lagi terlambat untuk aku ucapkan selamat hari raya buat semua umat Islam tidak kira dimana anda…

Nampaknya belum lagi terlambat untuk aku ucapkan selamat hari raya buat semua umat Islam tidak kira dimana anda berada. Macam mana raya? Best? Meriah kemain ya tengok post-post korang dekat media sosial. Alhamdulillah!
Bercakap berkenaan dengan sambutan hari raya, this year, my family decided to berehat dari buat open house dan ingin meluangkan masa bersama since susah betul semuanya nak berkumpul dalam satu masa. Therefore, we decided to go Pulau Manukan for island hopping!
GETTING THERE
Perjalanan ke Pulau Manukan bermula di Jeti Jesselton Point. Ada pelbagai cara untuk anda ke jeti ini – sama ada pandu sendiri, melalui bas dan juga teksi. Lebih mudah bagi mereka yang duduk di sekitar bandar Kota Kinabalu kerana jalan kaki pun boleh. Jesselton Point terletak berdekatan dengan salah satu pusat beli belah di KK iaitu Suria Sabah Shopping Mall. 

HARGA TIKET
Adalah lebih mudah jika anda mengambil pakej-pakej yang terdapat di Jesselton Point ini. Setiap syarikat akan menawarkan harga yang berbeza. Oleh itu kenalah pandai-pandai pilih jika anda ingin jimatkan perbelanjaan anda.
Untuk Island Hop Express (Kaunter 10),
Dewasa: RM23 (1 Pulau), RM33 (2 Pulau), RM43 (3 Pulau), RM53 (4 Pulau).
Kanak-kanak: RM18 (1 Pulau), RM23 (2 Pulau), RM28 (3 Pulau), RM33 (4 Pulau)
Pulau-pulau yang korang boleh pilih – Manukan, Mamutik, Sapi, Sulug, Gaya, Water Village 
* Anda juga boleh menyewa bot dekat sini tetapi dengan harga yang lebih mahal dan berbeza
Bayaran Terminal (Tidak termasuk dalam harga tiket)
Dewasa: RM7.63
Kanak-kanak: RM3.82 

WAKTU PERJALANAN BOT
Pergi: 8.30 am dan seterusnya (Setiap 30 minit)
Balik: 12.00 pm hingga 5.00 pm (Setiap 1 jam)

* Kalau rasa nak balik awal dari waktu yang telah ditetapkan, boleh call tour 30 minit sebelum nak balik.

SHOP BEFORE YOU GO

Terdapat berbagai jenis kedai di Jesselton Point ni. Ada kedai makan, kedai barangan untuk island hopping dan banyak lagi. Rasanya harga dekat sini jauh lebih murah berbanding dengan apa yang dijual dekat pulau tu. So, better korang beli apa yang patut sebelum gerak ke pulau untuk menggelakkan sebarang kemungkinan. 
JOM MULAKAN EKSPIDISI MENEROKA PULAU MANUKAN!
PULAU MANUKAN
Terkenal sebagai salah satu tarikan utama di negeri Sabah, Pulau Manukan adalah pulau terbesar di Taman Tunku Abdul Rahman dan ia juga telah diiktiraf sebagai taman laut negara. Selain itu, pulau ini juga mempunyai beberapa kawasan yang terbentang baik di pantai selatan. Dan yang paling penting, pulau ini sangat ideal untuk aktiviti menyelam atau snorkeling serta bersantai kerana suasananya yang begitu tenang dan cantik.
Perjalanan dari Jesselton Point ke Pulau Manukan mengambil masa kira-kira 15 ke 20 minit. Akhirnya kami sampai, doa semalam agar cuaca baik-baik sahaja akhirnya termakbul. Rugilah kalau pergi island hopping dengan cuaca mendung. 
Sungguh tak sangka, masa musim hari raya ni lagi ramai orang datang ke sini. Ingatkan bolehlah nak feel ala-ala tourist. Rupanya bukan sahaja pelancong dari luar negara datang ke sini, tetapi warga tempatan juga datang ke sini. Apa mereka tak beraya ke ni? (Eh soalan macam tanya untuk diri sendiri) LOL. 

YURAN MASUK
Dekat pintu masuk nanti, anda dikhendaki membayar yuran konservasi (entrance fee) sebelum masuk ke kawasan pulau. Berikut merupakan harga yuran yang dikenakan:
Luar Negara: RM 10.00 (18 Tahun dan Ke Atas), RM6.00 (18 Tahun Kebawah)
Warganegara: RM 3.00 (18 Tahun dan Ke Atas), RM1.00 (Bawah 18 Tahun dan Warga Tua), 50 Sen (Pelajar Bawah 16 Tahun)
Papan tanda menunjukkan kawasan-kawasan tertentu yang korang boleh masuk
Syamimi takut nak masuk air, bermain dengan pasir pun jadilah
Kalau anda terlupa nak sewa barangan nak snorkeling atau jaket keselamatan, jangan risau. Anda boleh berbuat demikian dekat pondok lifeguard ni. Kalau bernasib baik, boleh dapat murah – Snorkeling mask + life jacket = RM15.
Terdapat beberapa pondok lifeguard yang sentiasa akan memerhatikan anda – jangan risau tentang keselamatan anda. 
Kami dah bersedia nak masuk dalam air. Jom!

ULASAN
“Sama seperti di pulau-pulau lain yang terdapat dalam Malaysia, pengalaman menyelam/snorkeling dekat Pulau Manukan memang best kerana pemandangannya yang begitu cantik. Walaubagaimanapun, jika dibandingkan dengan sebelum ini, pengalaman aku kali ini agak kurang sikit kerana air dekat Pulau Manukan ini kurang jernih (agaknya ramai sangat orang)”. 
KEMUDAHAN LAIN
Tandas Awam 
Gerai makanan
Kedai souvenirs
Restoran & bar
Kedai menyewa alatan sukan air

Penginapan (Manukan Island Resort) – rate bermula dari RM1, 060 hingga RM 1,749
info@suterasanctuarylodges@com.my

Padang bola – dibuka untuk semua
TIPS
  1. Datang pada waktu pagi so that takda la rasa panas sangat and korang akan siap just nice by 2 atau 3 PM. 
  2. Bawa makanan sendiri – boleh beli atau masak dari rumah (jimat sikit).
  3. Bawa tikar sendiri. If pergi ramai, bawalah tikar besar sikit sebab tempat duduk adalah terhad. 
  4. Kalau pergi dengan kawan yang berasal dari Sabah, lagi dapat banyak benefit – harga lebih murah. 
  5. Pergi ke kawasan yang tak ramai orang jika anda nak tengok pemandangan dalam air yang lebih cantik & jernih.
  6. Pilih satu pulau sahaja jika anda nak mandi and snorkeling sepuas-puasnya kerana perjalanan dari satu pulau ke pulau lain agak lama – especially part menunggu boat. 
Watch my short video for this trip 

Sabah, I’ll definitely come back again. 

29 comments

  1. dulu masa pergi sabah x sempat nak sampai kat sini…..
    snokling kat area pulau manukan..
    air nampak bersih.. lpas ni
    mybe boleh planning dgn member dtg sini..
    nice sharing bro 🙂

  2. assalamualaikum awk. sy jmp blog ni by gugel search, bajet pulau di sabah. awk single and avail tak? blh berkenalan? hehehe

  3. Planning to go next week during Raya too. Very useful tips and I enjoyed reading your this. Thanks!

  4. wow! tak sangka blog ni dapat tempat nombor 1 untuk kata carian "pakej snorkeling di Kota Kinabalu" .. kami pun tengah cari pakej snorkeling sebenarnya. Thank atas infonya.

  5. bestt blog awak ni.. sy bru nak plan g pulau2..before pernah g kk tp x sempat nk g pulau..next time dtg la sarawak buat blog g sarawak..

  6. Saya nak tanya,kalau satu boat boleh naik berapa orang ?and kalau kami naik satu tu rm43 untuk 2 pulau,dia kira untuk satu kepala dalam boat atau semua atau macam mana?

  7. Nice sharing bro ! Im in sabah now.. Thinking to take my toddler to Pulau Manukan for this Sabah Holiday trip! .. Semoga pahala dan rezeki melimpah ruah !

Leave a Reply to Mawardi Yunus Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *