I’m sure ramai yang sudah maklum dengan kewujudan Sungai Klah yang terdapat di Perak ni. Sungai Klah atau dikenali sebagai Sungkai Hot Spring ni terletak di felda Sungkai. Jangan risau, lokasinya memang mudah untuk dijumpai dengan bantuan servis GPS.
Sungai Klah ni merupakan antara tempat menarik dan sesuai dijadikan sebagai tempat untuk orang ramai khususnya keluarga meluangkan masa bersama. Tempat ni sangat friendly, full with nature dan yang pastinya berbaloi.
Caj untuk masuk ke Sungai Klah ialah:-
- Dewasa RM12
- Kanak-Kanak RM10
- Warga Emas RM7
- Orang Kelainan Upaya RM2
Tunggu apa lagi? Jom kita tengok apa yang menarik di Sungai Klah ni.
Tempatnya yang berkonsepkan alam flora dan fauna sebagai salah satu faktor utama para pelancong dari pelbagai negeri datang dan merasai sendiri pengalaman mereka di sini.
Tidak dapat dinafikan pemandangan sekitar Sungai Klah ni memang cantik. Untuk pengetahuan anda semua, Sungai Klah ini bukan hanya tertumpu kepada kolam air panas saja. Ada banyak lagi tarikan yang terdapat di sini antaranya ialah taman tema air.
Malangnya, terlampau excited mandi sampai terlupa untuk ambil gambar. Haaa. Dekat situ pun dah bagi gambaran macam mana bestnya taman tema air dekat sini. Simple saja tapi memang berbaloi dan memuaskan hati mereka yang datang dari jauh.
Usah risau. Anda tidak akan sesat ketika berada di sekitar Sungai Klah ni sebab papan tanda mereka ada dimana-mana dan sememangnya lengkap dengan informasi.
Antara tempat best yang terdapat di Sungai Klah ni iaitu Taman Terapi yang mampu memberikan anda ketenangan dan menghilangkan tekanan satu badan.
Tak perlu berbelanja mahal pergi ke spa ataupun pusat terapi di luar sana. Datang dekat Sungai Klah ni pun sudah lebih dari cukup sebab kat sini pun ada pusat terapi tersendiri. Ini juga antara aktiviti kegemaran masa datang sini. Dah penat bekerja, tiba masanya untuk manjakan diri pada hujung minggu.
Maaf. Terselit dua tiga gambar selfie syok sendiri dan selfie bersama anak buah yang semakin membesar. Terasa diri ini semakin berumur bila tengok masing-masing dah membesar. Tak apa, yang penting uncle ada peluang untuk spend time enjoy dengan korang masa kecil.
Antara aktiviti lain yang menarik ialah MEREBUS TELUR. Di sini ada tempat khas yang disediakan kepada kita untuk rasa merebus telur secara tradisional. Selalu korang guna that so called advanced method kan? Macam-macam teknologi sekarang ni yang memudahkan kerja kita. Now, sekali sekala kita gunalah cara tradisional pula.
Cuma perlu untuk beli telur tu je (boleh didapati di kaunter berdekatan). Tak pasti pula sama ada korang boleh bawa telur dari rumah. Andai kata boleh, silalah bawa telur banyak-banyak ya. Pasti budak-budak suka buat benda ni dan mulalah banyak soalan yang susah kita nak jawab (kreatif budak-budak zaman sekarang ni).
Tudiaaa. Muka gigih merebus telur. Gigih macam tengah masak untuk kenduri. Hahahaha! Abaikan. Oh, nanti diorang akan bagi guideline jangka masa merebus tu. Setiap jenis rebusan tu ada masa tertentu.
That’s my dad. Sempat lagi enterpremmm dalam gambar. Okay, telur dah siap direbus. Now, tiba masanya untuk kita cuba!
Looks like she loves the boiled egg i made. Almaklumlah! Dibuat dengan penuh ikhlas dan kasih sayang kot. Again, if korang datang dengan budak-budak, try buat aktiviti ni. Diorang pasti suka and excited. Percayalah.
Sedikit informasi tambahan berkenaan dengan Sungai Klah:-
- Jangan risau pasal tempat letak kereta sebab ianya tersedia kepada para pengunjung
- Tempat ni tidak membenarkan para pengunjung untuk membawa makanan dari luar. Terdapat juga beberapa cafe di dalam tapi I would suggest korang untuk makan siap-siap atau ikut cara kitaorang (park kereta baik punya dekat parking area tu and picnic dekat sana). Tak tahu sama ada boleh atau tidak, tapi dah terbawa makanan so kenalah makan dulu.
- Korang boleh juga boleh souvenirs ataupun alatan-alatan untuk mandi seperti goggle, pelampung, baju mandi dan sebagainya di dalam nanti.
- Pergi masa cuaca baik dan bukannya musim hujan.
Peta ke Sungai Klah
Source: Perak Info
HOT SPRING PARK
Waktu Operasi: 8.00 pagi – 7.00 malam
Sungai Klah Hot Springs Park
36000 Sungkai, Perak, Malaysia
Tel: +605 441 4493
Laman Web lain berkenaan dengan Sungai Klah
Hmmm. Terasa macam nak pergi lagi tempat ni. Rasa tenang dan aman je (kalau pergi masa weekdays). Ehem. Read between the lines. Tak sangka sebenarnya negara kita ni memang ada banyak tempat menarik yang masih belum diterokai lagi.
Regards,
Pojie
Sangat menarik !
dekat dengan rumah saya..
lain kali boleh singgah ke tanjung Malim….
Eheemmmmmmmm nextttttt hahahha
Penah lepak sana. Memang dh rase cm g Sunway Lagoon jee kan. Cantik sgt tempat tu. Yg best siap ade jakuzi air panas private lg dik oii.. Best !!!
Dengan bajet yang tak banyak pun kita still boleh pergi tempat macam ni. Bukan macam theme park nowadays mahal betul especially dekat kota raya tu hehehe!
Okay. Set! Next time boleh singgah! Jadi tour guide. Hahaha!
Next trip ini. Tapi agak jauh! Ni tempat Eliza ni haha
Betul. Rasa macam dekat Sunway Lagoon tapi versi yang murah sikit. Apa pun memang tempat best untuk santai beramai-ramai. Jakuzi air panas private tu tak menahan! hahahaha
asyik dong Pak Lim, dekat rumah ada tempat air panas alami. tiap minggu boleh berendam air panas..hehe.
Indah banget pemandangan di sekitaran hot spring itu. Oh ya hot spring ini dari volcano kah Bang Pojie ? Ada gunung berapi kah di Semenanjung ?
Wow.. menarik.. nampak tempatnya diselenggara dgn sgt baik. Cantik.. mmg kena singgah juga ke sini ni nanti. Thanks sharing.. 🙂
Benar sekali. Tempatnya memang indah sekali! 🙂
Tempat ni memang bersih and terurus. Best untuk dijadikan tempat meluangkan masa beriadah dengan family masa hujung minggu. Macam-macam ada. Kalau ada rezeki pergi, nanti share la pasal trip ke sana ya. Nak baca 🙂
Oh dah dekat dengan kampung halaman.
Dulu pernah pegi sini sekali tapi a few years back la… skg dah nampak lain.
Tak pernah tau pasal tempat ni. Macam best je, boleh cari ketenangan lepas exam dgn harapan kawah kat muka pun hilang. Lewlz.
sy pernah pergi…family day….best tempat ni….villa die pun best…rase x nak balik….huhu
Jyeah. Best tempat ni. I don't mind if i have to stay there for few weeks. It seems so calm and peaceful being away from city.
Silakan datang ya. Boleh rawat segala stress masa exam hahaha!
Setuju! Semuanya menarik. Bila kat sana, tak perasan pun masa berlalu sebab memang best!
Memg best kat sini.. dulu ada sponsor stay kat sini..stay kat banglo die.. memg best gila..puas hati sebb ada pool hotspring dalam tuu
Dlu pernah nk pergi, tp xjd plak..mhl jgak ek hrga msk utk knk2 pon..huhu
Wah. Siap stay dekat banglo? Lagi best. Mesti rasa taknak balik kan? Hehehe. Hope diorang boleh maintain la tempat ni and ada pembaharuan sedikit. Confirm akan ramai yang datang.
Yup but berbaloi. Banyak benda boleh buat dekat tempat ni. Make sure datang dari pagi and balik petang sikit. Bagi budak-budak puas bermain 🙂
Bestnyaaaaa haha nak pergi la
kt situ ada kedai or restoran tk?
Bagusnya post ni.. sangat berinformasi.. thank you sooo much. 🙂 salam dari tapah, perak