Masa tengah serabut memikirkan persiapan untuk paper Journalism Ethics, sempat juga la mengimbau kembali kenangan masa zaman sekolah. Idea ni datang bila baca news pasal kebenaran untuk para pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah… terus mulalah idea ni datang.
As promised, I’ll share the stories from some of my friends from Twitter. Indeed, diorang memang buat aku lupa tentang peritnya nak study untuk exam ni. Sebelum tu, tengok la dulu cerita mereka masing-masing lepas tu barulah aku share cerita yang aku tak boleh lupakan masa zaman persekolahan.
by @sarahheyya
by @drunbella
by @kulatlama
by @BhaOmar
by @diansiraArja
by @monsterious
by @AnisAdrina_
by @aidanharima
reply from @shafiqah_zain
reply from @SherilAmeera
reply from @lisazakaria
reply from @drunbella
reply from @widattkhairul
Now kita pergi ke pengalaman/cerita aku pula
Cerita 1: Masa sekolah dah dapat memiliki sebiji telefon bimbit. Bagi aku, telefon bimbit tu sangatlah berguna. Rasa macam tak boleh pergi kalau tak ada telefon bimbit. Aku buat keputusan untuk bawa telefon bimbit setiap hari ke sekolah. Kalau tak ada spotcheck, nasib la. Kalau ada spotcheck, haa ini satu hal. Nak dijadikan cerita, masa tu tengah khusyuk belajar kononnya. Tiba-tiba datang sekumpulan pengawas masuk kelas terus cakap nak buat spotcheck. Cuak punya pasal, terus aku ke tong sampah acah-acah nak asah pensil kayu lepas tu buang telefon bimbit kat dalam tong sampah. Tiap kali pengawas nak pergi area tong sampah tu, hati aku dah mula rasa tak keruan. Hahaha. Nasiblah handphone bau sampah. Kadang-kadang selit dalam kasut, kadang-kadang baling masuk dalam stor. Nasib baik masa tu handphone biasa, kalau iPhone 6, mau ke baling-baling? Hahaha
Cerita 2: Menjadi pelajar pengaturcaraan komputer ni yang bestnya ialah dapat kelas paling besar dan privacy yang baik, lepas tu everytime cuma masuk dalam lab komputer saja. Dah la ada aircond, siap ada desk sendiri. Manalah course lain tak mengamuk dengan kitaorang. Kalau masuk lab je, confirm akaun MySpace semua budak kelas aku ni ada tanda ‘Online’. Perangai masing-masing. Bila cikgu datang nak round, terus minimize and acah-acah buat coding dan disinilah juga tempat aku selalu update blog masa dulu. Kenangan betul.
Cerita 3: Best berpeluang jadi editor untuk majalah sekolah. Final year, jadilah orang besar untuk majalah. Memang serabut dengan SPM dan tugasan-tugasan majalah lagi. Alhamdulillah dapat juga peluang tu kan. Main pointnya bukan pasal itu tapi… jawatan tu aku gunakan untuk skip kelas yang aku tak boleh pergi especially kelas sejarah. Bila subjek sejarah je, confirm ada je tugasan sampai cikgu pun pelik banyak betul tugasannya. Bila sampai dekat bilik editing, masing-masing tidur ataupun main handphone. HAHA
Cerita 4: Disebabkan kelas ada ruang khas atau kami panggil sebagai ‘stor gelap’, semua malar nak keluar turun ke kantin masa rehat. Biasalah, kalau masa rehat semua pelajar tidak dibenarkan berada di kawasan kelas. Dalam stor tu la kami lepak, makan dan tidur tanpa dihidu oleh pengawas yang menjaga kawasan tu. Tak sanggup nak tunjuk gambar stor tu sebab memang “Ya Allah! Ini stor ke sarang %^$#^@?!” Hahaha.
Cerita 5: Setiap birthday budak kelas, kami akan sambut dengan pelbagai cara. Tapi tibanya bulan ogos, birthday Fendi atau lebih dikenali sebagai Bull. Budak-budak plan untuk buat sambutan tepung, telur dan SERBUK KUNYIT. Habis saja kelas Puan Sarimah masa tu, terus mulalah serangan tepung dan sebagainya. Yang tak tahan tu, belum sampai luar kelas dah serang. Malangnya, kelas pula jenis berkarpet. Bertambah musibah la. Ada cikgu lain lalu & terus complain pasal ni. Besoknya, masa perhimpunan terus satu kelas kena cerca oleh cikgu disiplin dan semua budak dari course lain dan part tu jugalah menitisnya air mata para jejaka kelas pengaturcaraan komputer setelah dirotan pada bahagian punggung. Nangis depan budak perempuan pula tu. Bhahahaha!
Bila diimbau kembali, memang macam-macam perangai budak-budak sekolah ni. Pening para cikgu nak menjaga. Apa pun, terima kasih kepada para guru-guru yang sabar dan tidak pernah berputus asa untuk menjaga dan mendidik kami semua. Kini kami telahpun menjadi insan yang lebih berguna. Siapa la tak rindu zaman sekolah kan? Unless orang tu home-schooled.
Diatas merupakan gambar-gambar keriangan selepas selesai kertas terakhir untuk SPM
Regards,
Pojie
Dulu anis skolah asrama, memang bawak handphone sorok2. Bila spotcheck je mula la gelabah >_< Dan yang paling tak boleh lupa, main pass2 surat. Sampaikan time spotcheck kalau warden jumpa je surat cinta, habis kena basuh! Kalau ingat balik, kelakar pun ada.. Kecik2 dah menggatal! 😀
Aku panjat bangunan masuk dalam office cikgu HEP (lelaki) ikut tingkap sebab nak ambik barang rampasan iaitu mp3. Buka laci meja dia nampak ada spender. Ewww.
Zaman saya sekolah adalah waktu ramai budak2 suka ponteng.. saya pun terikut sekali, suka punteng hehee.. Zaman sekolah mmg nostalgia yg tak boleh dilupakan.. 😀
Ponteng… typo pulak.. 😀
Hahahah kantoii lah Pojie post tweet tu. Buruk perangai perempuan ni hahaha naseb tak tweet pasal tape bulu tu! Hahaha nice sharing jie 🙂
Dulu2 pernah tertidur masa dalam kelas sampai jatuh kerusi…hehehehe
Best zaman sekolah ni. Time ni rugi kalau buat baik sgt. Banyak je benda jahat nakal segala dibuat.
wah…..macam-macam ye…
Hamboi. Awal-awal dah menggatal ya. Hahaha! Confirm malu gila bila kantoi main balas-balas surat kan? Hehehe
Lain yang dicari, lain pula yang jumpa kan. Apa pun, kau memang legend weh. Hahaha
Hehehe. Ponteng tu memang wajib la kan. Tak apa, itu part daripada kenangan kita masa dulu. Hmmm Rindu zaman sekolah.
Hahaha! Keji weh tweet bulu tu. Kahkah!
Haik, teruknya sampai jatuh kerusi. Hahaha!
Betul. Kita tak akan dapat buat semua benda tu masa dah keluar dari zaman persekolahan kan? hehe
Biasalah. Zaman remaja mentah hehe
dulu pernah tetido kelas arabic sampai ustazah datang dekat meja urut belakang. hahaah. sumpah malu gila sebab satu kelas pandang. eheh 😛
byk nye kenangan lucu tiem sekolah..jika di tanya soalan tu pada sis JM…tiada jawapan kerana gone with the wind..dah lama sgt tinggal sekolah so mmg dh tak ingat kenangan dulu huhuh
hihi seronok juga bila kenang zaman sekolah niii
hahaha jaga jaga tunggu mangsa seterusnya oops!
Seronoknyer bila d kng2 zaman blajar dulu..Mcm2 hal mcm2 kerenah kita kan..Bila diputar blk kenangan lama tu ..rasa rindu pulak kt kwn2 yg dah lama terpisah..huhuhuhu sedih laa pulak bila teringat..
Haha. Alamak tu mesti awkward bila orang ramai tengok awak kan.
Kenangan balas surat cinta? Eh hehe
Betul! Tak pernah bosan bila kenang zaman sekolah ni hehe
Betul! Macam-macam perangai masa zaman sekolah. Bila ingat balik… hmmm rasa rindu pula!
Salam, hahahaha..okay ini sgtlah kenangan wehh!
Cuma aku ni takdelah nakal sgt, buat2 jahat pun sorang2 or bertiga je, xmelibatkan satu class..sbb aku sek.sains..semua kawan perempuan aku skema2 orangnye, hahahah..
Paling best mmg mase spotcheck! Betul kata kau, nasib fon zaman dulu setady kalau kena baling2.. if dulu2 dah ade iphone, confirm~ lagi gelabah sbb xtau nak watpe…nak campak mmg hancur! hahah
Hahaha. Tipulah kalau tak nakal kan time sekolah.
Aku benci part spotcheck mengecut ni. Memang secara automatik tangan ni terus buang handphone dekat mana-mana yang boleh. Takut kena rampas punya pasal. haha. Dulu okay la.. kalau sekarang, pakai iPhone? Kau nak baling mana? hahaha
banyak sangat kenangan sekolah. nak cerita pun sampai tak tau nak cerita mana dlu.