Pengalaman menaiki Bas dari Phnom Penh ke Siem Reap

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Dah selesai pusing-pusing dekat Siem Reap, tiba masanya untuk kita ke satu lagi destinasi utama di Cambodia iaitu…

Dah selesai pusing-pusing dekat Siem Reap, tiba masanya untuk kita ke satu lagi destinasi utama di Cambodia iaitu Phnom Penh. Kebiasaannya, orang akan melawat at least dua tempat yang berbeza apabila sampai di sini. So, Siem Reap dan Phnom Penh menjadi pilihan kami. 

We decided to go to Phnom Penh with Giant Ibis night bus. Sekali-sekala merasa naik night bus pula kan. Yang bestnya pasal night bus ni, seat dia ala-ala katil kecil which kita boleh luruskan kaki & baring dengan selesa.
It is almost midnight. Muka pun dah rabak. Hati dah tak sabar nak masuk dalam bus & tidur.

Rupa bus Giant Ibis
Entering the bus

First time naik bus konsep macam ni. Agak sempit, tapi selesa la juga sebab boleh baring. Instead of kita kena duduk sampai kebas punggung bagai. 

Sebelum menikmati tidur yang lena, sempat lagi check Internet kejap. Uh! Bus ni juga sediakan perkhidmatan WiFi sepanjang perjalanan. Sama ada nak tidur atau surf internet? Semua tu ada dalam tangan anda untuk pilih. 

Plug provided for every seat 
Sleep time
Arrived in Phonm Penh
Surprisingly, sepanjang perjalanan aku berjaya tidur tanpa sebarang gangguan. Suasana naik night bus ni ala-ala naik flight pula cuma dari segi layanan tu berbeza sikit. This is what we want! Naik bus, tidur and bangun je dah sampai ke destinasi seterusnya. Bermaksud bus ni memang selesa and highly recommended. 

Bila tengok dah terang semacam, terus excited nak tengok tingkap and see macam mana rupa dekat Phnom Penh ni pula. Personally, aku agak terkejut dengan keadaan dekat Phnom Penh yang sungguh jauh bezanya dengan Siem Reap – especially in term of kebersihan.

Turun je dari bus, terus ramai driver tuk tuk approach kitaorang. Agak kelam kabut and skeptical juga some of their offers. Dekat sini adalah sangat penting untuk anda tahu jarak destinasi anda dengan bus station so that tak kena caj lebih.
Gambar-gambar di sekitar Phnom Penh

Aku speechless seketika. Macam terkena kejutan budaya pula. Dalam pada masa yang sama, aku juga curious nak explore tempat-tempat best dekat Phnom Penh ni. Nak tahu ada atau tidak? Jangan lupa baca entri seterusnya ya. (Cewah! Sempat lagi promote bagi teaser bagai)
About Giant Ibis?
Jika anda mencari transport (bus) dari Siem Reap ke Phnom Penh, aku akan suggest korang untuk naik Giant Ibis – selesa dan harga tiket berpatutan. 
Di bawah ni adalah facilities yang anda akan dapat bila naik Giant Ibis

Jadual perjalanan dari Siem Reap – Phnom Penh 
Harga Tiket untuk one way: $15

To know more details about Giant Ibis, you can simply visit their official website.

You can book your ticket, check on schedules, other destinations and more.

37 comments

  1. Wah bestnyer naik bas camni..Tak pernah merasa nak bas camni hehe..Naper nama dia Giant Ibis..besar sangat ke bas tuu hahahhaa..Ayat muka pon rabak tu adoii mendalam nooo ayat Pojie hahaha rabak pon rabak laaa janji maintain lagi tu duk selfie..Amboi ayat ''Suasana naik night bus ni ala-ala naik flight''.Ni mesti tdor lena sangat sampaikan rasa cam naik flight udah..Fuhh kiranya diaorg mmg takde tong sampah ke sampaikan longgok sampah camtu jer adusss..Kotor jugak tu boleh bawak penyakit plak kat kita nanti..Kena hati2 la kalau g sana..Ok dah abiss baca..Nka tunggu sambungan pulak ..(Cewah! Sempat lagi promote bagi teaser bagai) Hahaha copy paste la pulak krikk krikk mengkopi japp ..

  2. Terbaik. Banyak info berkaitan !

    Teringat balik masa gua naik bas dulu dari Phnom Penh ke Siem Reap waktu siang.

    RnR dia pun 'terbaik' jugak ! Haha.

  3. Hehehehe!! betul kak Lya, selesa je naik bus ni walaupun nampak macam sempit. At least takde la terasa sangat naik bus sampai 7 jam kan

  4. SALAM, tumpang tanya ye. ticket bas ni awk booking awal2 dlm website ke or beli on the spot je? kalau beli dlm website mmg kena guna credit card ye? if xde credit card mcm mana ye? sy akan ke cambodia awal tahun depan. mmg plan nak naik bas ni ke siem reap. tp bila check kt website kena payment pakai credit card / wing / smartluy huhu.

  5. Salam, yeap saya memang beli awal awal sebab takut tak ada seat. Beli guna credit card. Diorang memang prefer pembayaran guna kad kredit. However, if tak ada kad kredit, boleh je beli on the spot but again, it is highly risky. Takut je tak ada seat sebab bus tu for me is one of the best alternatives untuk travel dari Siem Reap to Phnom Penh, or vise versa.

  6. Salam.. Saya Jasmi dari Indonesia. Saya juga lagi nulis pengalaman saya ke Siem Reap di blog saya. saya juga rekomendasikan untuk naik bus Giant Ibis dari Phnom Penh ke Siem Reap. Boleh gak saya bagi link artikel ini di artikel saya untuk referensi gambar2 bus Giant Ibis?

    Thanks a bunch ^^

    Main juga ke blog saya amazingjasmi.blogspot.com

  7. woo…menarik entri ni,dlm mnggu depan sy nak ke kemboja gak alang jumpe blog ni..terima kasih sangt….sangat2 banyak membantu..dan kalau kalau nk cntct bro secara personal bleh?nk tnye pape kemusykilan nanti…camne ek??tq

  8. Alhamdulillah! Hope dapat bantu serba sedikit persediaan kamu untuk ke Cambodia. Anyway, boleh je e-mail kat saya hello@pojiegraphy kalau ada apa apa pertanyaan 😉

  9. Salam En. Azman, masa pergi tu of course tak ada lagi. Not sure kalau dekat Siem Reap but I believe dekat Phnom Penh mungkin ada.

  10. Slm.. Blh sy tau kat Phnom Penh, bus ni akan turun kat area mana? Anyway, good sharing bro.. Buat kami terasa nk try naik bas dia?

Leave a Reply to Pojiegraphy Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *