Pengalaman Menaiki Preikestolen, Tarikan Menarik Di Norway

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Apabila berbicara mengenai percutian ke negara Skandinavia, Norway merupakan salah satu negara yang menjadi idaman ramai. Keindahan alam…

Apabila berbicara mengenai percutian ke negara Skandinavia, Norway merupakan salah satu negara yang menjadi idaman ramai. Keindahan alam semula jadi bak sebuah lukisan kanvas yang terhidang mampu memukau setiap insan melihatnya.

Siapa sangka, kunjungan saya ke Norway baru-baru ternyata memberi pengalaman baru sukar untuk dilupakan. Tambah pula apabila berjaya mendaki puncak Preikestolen.

Memandu sendiri atau naik feri?

Preikestolen juga dikenali dengan nama ‘Pulpit Rock’, merupakan salah satu daya tarikan pelancongan di Rogaland. Ia adalah destinasi yang wajib dikunjungi apabila berada di Norway.

Dengan ukuran di bahagian puncak sekitar 25 meter serta terdiri daripada tebing curam setinggi 604 meter (1982 kaki) di atas Lysefjorden, Preikestolen menerima lebih daripada 200,000 pengunjung setiap tahun. Ini sekali gus menjadikan ia salah satu destinasi pelancongan paling popular di Norway.

Mengimbas pengalaman indah ke sini, perjalanan saya bersama rakan-rakan bermula dari bandar Stanvanger, iaitu bandar keempat terbesar di Norway, sebelum menaiki feri ke Tau. Sebenarnya, pelbagai cara yang boleh anda gunakan untuk sampai ke sini.

Anda boleh memilih untuk memandu dari Stavanger terus ke Preikestolen atau menaiki feri dan bus. Terpulang pada pilihan masing-masing. Namun, untuk memudahkan dan pada masa sama dapat menikmati permandangan indah tasik, anda hanya perlu memandu kereta atau menaiki bus dengan berlayar di atas feri.

Untuk itu, tambang yang dikenakan adalah sebanyak 29 NOK (sekitar RM20)/seorang bagi dewasa dan 70 NOK (sekitar RM40) jika anda memandu kereta biasa.

Apa rasanya berjalan di atas tasik beku?

Tiba di Preikestolen, kami terus memulakan misi pendakian yang mengambil masa sekitar dua hingga tiga jam. Pendakian ini tidaklah begitu sukar jika dibandingkan dengan pendakian yang pernah dilalui oleh saya sebelum ini.

Tetapi, memandangkan ketika itu adalah penghujung musim sejuk, maka terdapat banyak permukaan masih bersalji dan agak licin. Keadaan ini agak menyukarkan langkah kami. Anda perlu sentiasa berhati-hati.

Sepanjang pendakian ke puncak Preikestolen, saya tidak lepaskan peluang merakam pemandangan yang begitu cantik sekali – langit dan air berwarna biru pekat.

Pengalaman yang tidak pernah dirasai sebelum ini apabila saya berpeluang untuk berjalan di atas tasik beku. Kamera di tangan tidak terlepas untuk merakam setiap sudut permandangan. Amat menakjubkan!

Untuk lebih jimat, bawa makanan sendiri

Selamat sampai di puncak Preikestolen, kami semua berehat mengisi perut dengan makanan yang dibawa untuk menambah tenaga yang telah hilang setelah penat mendaki. Selepas lelah hilang, sudah tentulah kami mengambil masa yang agak lama untuk bergambar sepuas-puasnya sambil menyaksikan keindahan dari puncak Preikestolen.

Ke mana juga pergi, sardin Ayam Brand tetap menjadi pilihan terbaik

Selepas hampir dua jam menghirup udara segar, merasai sapaan angin sejuk dan menghidangkan mata dengan permandangan menghijau, kami turun semula ke semula ke kaki gunung. Seperti biasa, perjalanan balik lebih mudah berbanding dengan misi mendaki. Sekiranya anda bercadang untuk melancong ke Norway, jangan lupa masukkan Preikestolen di dalam itinerari.

10 Tips Mendaki Preikestolen

1. Bawa makanan dan minuman secukupnya sebab harga di sini lebih mahal. 
2. Waktu sesuai untuk naik Preikestolen ialah sekitar April hingga Oktober. Tidak digalakkan untuk mendaki ketika musim sejuk. 
3. Habiskan misi pendakian sebelum malam kerana perjalanan lebih sukar ketika gelap (disarankan bawa lampu suluh kecil just in case terlambat). 
4. Hadkan barangan yang dibawa. Nanti korang penat. 
5. Periksa ramalan cuaca sebelum mendaki so that korang boleh enjoy view cantik dan jelas. 
6. Pakai kasut yang berkualiti. Elakkan daripada memakai kasut fancy. Nanti susah korang nak naik. 
7. Pendakian sesuai untuk semua peringkat umur as long sihat dan bertenaga.
8. Tidak ada sebarang bayaran dikenakan untuk naik Preikestolen. Tapi, keselamatan adalah tanggungjawab sendiri. 
9. Jika pandu sendiri, korang boleh park kereta dengan caj sebanyak 100 NOK (sekitar RM50) sekali masuk. 
10. Kalau korang plan nak naik feri atau bas, sila periksa caj semasa terlebih dahulu sebelum datang.

Video Travelog Norway


15 comments

  1. agak2 kalau org berat jalan atas tasik beku tu, berisiko tinggi tak untuk terjatuh lalu tenggelam?

  2. Sempat singgah Bergen? Menang teringin sgt nak pergi Norway sbb nature beauty mmng terbaik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *