Mula dari situ aku dah simpan hasrat untuk dapatkan lesen diving dan maju meneroka perkara baharu. Persoalannya, boleh ke aku buat?
Sejujurnya, aku ada masalah selalu cepat panik, tak pandai kawal pernafasan sangat, berenang pun kurang pasti boleh atau sebaliknya dan agak fobia bila dalam air. Tak apa jika korang ada masalah sama dengan aku. Itu biasa.
Sekurangnya, penulisan aku ini boleh buat anda lega kerana ada peluang untuk dapatkan lesen dan dive dengan jayanya. Yakin, pasti boleh.
Terima kasih buat Oceanlab Diver atas pengalaman bermakna ini. Ternyata peluang datang tepat pada waktunya. Saat jari menaip artikel ni, fikiran terbayang-bayang masa aku first time dive dalam laut dan tengok those stunning marine creatures. Ya Allah!
Hah, teruskan membaca kalau nak tahu cerita selanjutnya.
Dalam artikel ni aku akan kongsikan beberapa perkara seperti:
1. Perkara yang anda pelu tahu sebelum nak ambil lesen diving Open Water Diver.
2. Pengalaman mengambil kursus diving dengan Oceanlab Diver.
3. Pengalaman pertama kali diving di laut @ Pulau Tioman.
4. Maklumat tentang Ocean Lab Diver – perkhidmatan mereka, harga dan pakej yang ditawarkan.
So, without further do, let’s jump into this! (Cewah, feeling-feeling buat tutorial kat YouTube pula)
Pertama sekali sebelum kita pecahkan artikel ini kepada beberapa topik kecil, aku nak kongsi sedikit info mengenai SCUBA diving.
Perkataan SCUBA merupakan singkatan bagi Self Contained Underwater Breathing Apparatus dimana diver akan menggunakan ia sebagai bantuan pernafasan semasa menyelam. Untuk menyelam dengan SCUBA lebih lama dan agak dalam, seseorang itu perlulah mendapatkan lesen menyelam terlebih dahulu iaitu lesen Open Water Diver (OWD).
Untuk mendapatkan lesen OWD pula tidaklah sesukar mana pun, jika anda beri perhatian sepenuhnya semasa kelas dan latihan dijalankan.
Perkara-perkara penting sebelum nak ambil lesen OWD
2. Fizikal dan kesihatan: Pastikan anda mempunyai keadaan fizikal yang baik. Tak perlu fit macam atlet negara pun, cukuplah anda boleh bergerak dengan baik apabila dalam air. Selain itu, anda tidak menghidap penyakit-penyakit serius seperti asma teruk, penyakit paru-paru atau anything yang melibatkan paru-paru dan banyak lagi la. Boleh baca DI SINI atau simply tanya instructor/master tentang ini.
Dinasihatkan anda untuk membuat pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu sebelum meneruskan matlamat untuk dapatkan lesen OWD.
3. Waterskills: Untuk jadi open water diver, anda perlu memiliki kemahiran untuk berenang dan terapungkan badan (survival float). Salah satu ujian nanti akan menguji sama ada anda mempunyai kemahiran-kemahiran yang disebut di atas.
Pengalaman mengambil kursus diving dengan Oceanlab Diver
Untuk kelas kedua pula, masih lagi di kolam renang tapi kali ini kami akan cuba buat beberapa teknik asas lain pula seperti cara untuk buat deep water entry, buoyancy check, neutral buoyancy dan macam-macam lagi. Oh, masa ni juga kitaorang akan diuji untuk pasang alatan SCUBA dan juga predive safety check. Always remember BWRAF – BCD, weights, regulator/releases, air dan fin/final.
Kalau anda mempunyai persoalan seperti “Eh, aku serious tak tahu apa-apa pasal diving ni. Boleh ke nak join?”, aku pun melalui benda yang sama juga and in fact, ini la tujuan korang ambil kursus ni iaitu untuk tambah pengetahuan mengenai Open Water Diving.
Oceanlab Diver bersedia untuk menerima dan mengajar anda dari zero sampai la anda menggengam sijil sah sebagai Open Water Diver masa ‘graduation’ nanti.
That’s it for the classes. Now, lets pack our stuff as we are going to Pulau Tioman!
BACA JUGA: MARES, Alatan Scuba Diving Sesuai Untuk Anda
Pengalaman dive di Pulau Tioman
Kami tiba di Pulau Tioman dan based di Salang (menginap di Salang Pusaka Resort). Tempat ni cantik dan harap sangat fasiliti di sini dapat dijaga dan ditambahbaik.
Back to story, sampai sahaja kami kat Salang. Simpan barang, quick breakfast dan terus mulakan misi. Since ada 8 orang all together, kami dibahagikan kepada dua kumpulan. So, kumpulan pertama akan buat dive dahulu meanwhile kumpulan kedua akan buat knowledge review.
Knowledge review pula simple. Ia lebih kepada sesi diskusi yang bertujuan untuk pastikan anda faham segala apa yang anda baca dalam buku manual OWD sekaligus beri peluang untuk tanya divemaster jika ada sebarang perkara yang anda tidak faham.
NOTA TAMBAHAN: Dalam buku manual OWD tu ada 5 bab utama yang perlu anda hadam. So, bila dah dapat tu rajin-rajinkan la diri baca ya walaupun dah bertahun-tahun tak pegang buku.
Selepas buat knowledge review, tibalah masa untuk masuk ke dalam air. Kami semua terus ke diving centre untuk dapatkan diving equipment. Kami pasang alatan-alatan tersebut sendiri dengan pantauan dari dive master. Jangan risau kalau nampak diorang tenung anda pasang alatan tu. Kalau salah, they won’t bite at least diorang boleh bantu. Anda kena pastikan semua dipasang dengan betul kerana kalau tak nanti banyak masalah pula bila dah masuk dalam air. So, tumpukan perhatian sepenuhnya. Jangan main-main.
Semua alatan dah dipasang and we are set to go! Untuk bahagian Open Water ni, kami perlu lepas dive selama 4 kali. Untuk dive pertama dan kedua (kedalaman tidak melebihi 12 meter), kami akan diuji beberapa teknik asas seperti regulator replacement and removal, mask clearing dan banyak lagi.
Selepas selesai ujian tu, kami dibawa untuk buat finning pula. Pusing tengok coral, ikan dan macam-macam la. Dive pertama dan kedua selesai.
Esoknya kami buat dua lagi dive iaitu shore dan boat dive (tidak melebihi 18 meter). Part ni lagi best sebab akan buat dua jenis deep water entry iaitu giant stride dan back roll. Honestly, aku prefer back roll more than giant stride. HAHA.
Untuk tahu jenis-jenis entry, boleh rujuk DI SINI.
Aku enjoy shore dive – vision agak jelas dan nampak a group of small fishes. Cantik untuk ambil gambar. Sempat la juga pusing sekitar bawah jeti tu. Sementara itu, boat dive pula menakjubkan. Kitaorang berpeluang untuk pergi lebih dalam (of course vision agak kurang sikit) but view cantik, banyak boleh tengok dekat dalam. The moment aku dive dalam tu, dalam hati asyik ucap “MasyaAllah. Cantiknya!”, “Wow!”, “Waaaaaaaaa”.
Dah habis semua dive, malam tu tibalah masa untuk jawab paper. Jangan nak senang hati sangat selagi tak selesai jawab exam teori ya. Soalannya berbentuk objectif (MQA) dan ada 50 soalan semuanya. Baca betul-betul kerana soalan agak tricky. Syarat lulus pula anda kena dapat sekurang-kurangnya 38 jawapan betul.
Untuk buat exam teori dan exam praktikal, bergantung kepada instructor dan juga candidate. Tapi kebiasaannya akan buat exam teori dahulu sebelum ke laut.
Pada hari kitaorang nak berangkat pulang, ‘gurubesar’ kitaorang akan announce siapa yang lepas dan siapa yang tak lepas. Ala-ala graduation la ni. Alhamdulillah semua lepas dengan jayanya. We are officially an Open Water Diver!
Oceanlab Diver – Perkhidmatan, harga dan pakej ditawarkan
Oceanlab diver menyediakan pelbagai servis daripada recreational certification hinggalah ke latihan untuk selaman professional termasuk dive master dan assistant instructor. Setakat in, Oceanlab Diver berjaya melatih lebih dari 400 penyelam scuba dari Open Water Diver (OWD), Advanced Open Water Diver (AOWD), Rescue Diver dan Dive Master.
Antara servis-servis yang ditawarkan:
1. Discover Scuba Diving
- Sesuai untuk mereka yang baru nak cuba walaupun belum berhasrat nak dapatkan lesen.
- RM 150
2. PADI Open Water Diver
- Untuk mereka yang nak ambil lesen OWD.
- Pulau Tioman (RM 1,400) dan Pulau Redang (RM 1,700).
- Harga termasuk pengetahuan, latihan kolam renang, 4 water dives, peperiksaan, sijil, penginapan 3D2N, makan dan pengangkutan bot.
3. PADI Advanced Open Water Diver
- Untuk mereka yang minat untuk dive lebih dalam.
- Pulau Tioman (RM 1,400) dan Pulau Redang (RM 1,600).
- Harga termasuk ulasan pengetahuan, underwater navigation, deep dive, night dive, peak performance buoyancy, penginapan 3D2N, makan dan pengangkutan bot.
4. Rescue Diver
- Antara yang paling mencabar. Untuk mereka yang nak belajar cara untuk manage masalah while dalam air. Boleh jadi penyelamat.
- Pulau Tioman (RM 1,400) dan Pulau Redang (RM 1,600).
5. Dive Master Trainee
- Sesuai jika anda nak jadi diving sebagai karier anda.
- RM 2,500
Hubungi mereka:
Telefon: +60122521410 / +60122751420 (untuk pertanyaan dan booking)
E-mail: oceanlab.diver@gmail.com
Web: www.oceanlabdiver.com
(Mana tahu boleh dapat offer best, especially bila pergi in group).
Alhamdulillah. Terima kasih sekali lagi buat team OceanLab Diver yang terlibat secara langsung dan tidak langsung En. Samir, Pn. Latifah, En. Shah Redha, En. Hassanol, Trisya, Daniel, Haikal dan Syaz. Korang memang awesome!
Now, where’s our next dive destination?
wah bestnyaaa. selalu tgok org main scuba driving. teringin sgt, tapi geliii dengan hidupan laut. sebab dia lembik2. eiiiii. haha takut kang menggelupur dlm air. tiba2 je jem. hahhaha
Best nyee dapat dive reramai cam ni. Btw, dive pun nak kena ambik lesen ker?
nice sharing
Tahniah! Lepas ni dah boleh dive di mana-mana laut yang cantik kan 🙂
Dah lama teringin nak belajar dive ni. Ikutkan tahun lepas onie dah dapat lesen dive,tapi disebabkan hari kejadian tak berapa sihat maka redha jelah..huwarrrr…. best pojie! So skrg dah confident lani dalam air?hihi
Hehehe akk takle laaa benda2 gini cepat akak jenis yang mudah panik hahaha. Tahniah Pojie..
jeles nyaaa.. :p haha. busyra tak penah ada pengalaman scuba.. teringin. hope dpt jgk one day..
Suatau saat pengen sangat bisa diving, tapi brenang je tak pandai pandai sangat wkwkw
best gila rasa nak ambek lesen diving gak/. tapi kalau tak reti berenang dan apungkan badan means takleh ambek lesen diving ni ke ?
tahniah wak, eh. kita pun teringin jugak nak ambik lesen menyelam ni. tapi takut sbb berenang pun tak pandai. huhu.
Salam…
Equipment scuba masa time 4 test di pulau tioman tu, disediakan ke tak?
Salam Musa,
Thank you sebab dropping by to my blog post.
Kalau ambil diving license course with them, peralatan dive disediakan 🙂
Kalau berminat tapi nak jawab exam guna bahasa melayu..boleh tak..saya ni lemah BI…
Nak tanya , kalau dah dapat lesen , pastu nak pergi diving mana2 pulau , equipment dia tu diorang sedia atau kita yang perlu sediakan ? Kalau diorang sedia , boleh bagitahu tak berapa kos dia ?? Terima kasih
Nak tanya , kalau dah dapat lesen , pastu nak pergi diving mana2 pulau , equipment dia tu diorang sedia atau kita yang perlu sediakan ? Kalau diorang sedia , boleh bagitahu tak berapa kos dia ?? Terima kasih