Pengalaman menginap di Hyatt Regency Kinabalu
Tonton juga video aku hasilkan untuk Hyatt Regency Hotel DI SINI
I was greeted with warm and welcoming smiles from the staffs around the lobby. Dapat sambutan seperti ini membuatkan aku bertambah teruja nak teroka hotel ni. Bila lalu pintu utama, perkara utama yang korang akan nampak ialah lounge dan juga kaunter resepsi.
Urusan check-in dah selesai, tibalah masa untuk kita masuk ke bilik.
Aku berpeluang untuk menginap di bilik jenis Seaview King Room.
Tidak dapat dinafikan bahawa bilik ni memang luas dan kelihatan agak ekslusif dengan seni reka dalamannya yang begitu minimalist serta terdapat beberapa elemen modern yang diterapkan. Ia secara tidak langsung menambahkan lagi rasa ekslusif dalam diri menjadi salah seorang tetamu hotel ini.
Gambar atas: Katil jenis king yang semestinya membuatkan anda dibuai mimpi lena kerana lembut, selesa dan besar!
Sama seperti bilik hotel lain, setiap bilik di sini dilengkapi dengan barangan-barangan keperluan asas atau fasiliti seperti ruang kerja, sambungan Broadband Internet tanpa wayar, television, peti keselamatan, barangan mandi dan banyak lagi.
Gambar atas: Cermin bilik mandi hotel ni agak besar. Boleh la aku buat signature selfie shot. Kalau perempuan mesti suka cermin kat sini sebab senang la mereka nak bersiap dan tengok penampilan mereka dari hujung rambut hingga hujung kaki.
Gambar atas: Inilah pemandangan dari tingkap bilik. Boleh tengok sebahagian dari bandar Kota Kinabalu. Boleh tahan cantik juga view dari tingkap bilik aku ni.
Gambar atas: Regency Club Lounge, sesuai untuk mereka yang nak suasana privasi, menjamu hidangan disediakan sambil menikmati pemandangan cantik.
MOSAIC CAFÉ
Ia juga dibuka kepada orang ramai yang ingin menikmati hidangan minuman dan juga makanan seperti kek, aiskrim homemade, kopi dan teh. Lokasi strategik Mosaic Café ini menjadikan ia tempat ideal untuk mereka yang nak suasana santai sambil lepak bersama kawan-kawan.
Uh, aku dapat beberapa komen di social media bahawa kek-kek di Mosaic Café ni sedap. So, jangan lupa check it out bila korang datang sini ya.
GYM
Gym di Hyatt Regency Kinabalu juga lengkap dengan segala keperluan untuk bersenam. Ye lah, orang kata “Cuti, cuti juga. Tapi bersenam jangan lupa”. So, kalau duduk di sini, korang tak perlu risau kerana gym dibuka 24 jam khusus buat mereka yang menginap di hotel ini.
Jika anda ingin santai sambil menikmati pemandangan bandar Kota Kinabalu (especially waktu petang), boleh la duduk di The Poolside Bar yang terletak berdekatan kolam renang. Best bila dapat tengok sunset dari sini.
Now I miss this hotel so much. The moments that my family and I had while staying here were just so precious.
Kalau korang plan nak datang ke Kota Kinabalu, bolehlah masukkan Hyatt Regency Kinabalu dalam senarai penginapan korang. Hotel ini sangat ideal kepada mereka travel bersama keluarga, pasangan dan tidak lupa untuk urusan kerja.
NOTA: Entri seterusnya bakal merungkai Tanjung Ria Kitchen dan Nagisa Japanese Restaurant.
HYATT REGENCY KINABALU
Alamat: Jalan Datuk Salleh Sulong, 88991 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Telefon: +6088221234
E-mail: kinabalu.regency@hyatt.com
Laman Web Rasmi: KLIK SINI
Terima kasih kepada Hyatt Regency Kinabalu atas peluang yang berharga ini.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai hotel ini, boleh KLIK SINI
Vander Good
Besar pula Hyatt ni. Ada swimming pool lagi.
Ramli
Right after watching your video, I suggested this hotel to my parents when they travelling to Kota Kinabalu.
Both of them said that this hotel was not bad. Easy access to various attraction in KK.
Thank you so much for sharing dude!
Unknown
Lawa hotel ni bro. Gambar pun tiptop. Keep up a good work!
Mohd Zarin
Nice review bro.
Meitzeu
Hi there!
kakitravelkhairuddin.blogspot.com
nice sharing
Liyana
Pernah stay hotel ni. Suka cara staff diorg layan tetamu & makanan kat restoran pun not bad. Suddenly rindu pula nk stay sini. Tq for sharing. Cantiknya gmbr-gmbr u!
Pojiegraphy
That was my first impression. Masuk ja hotel ni, terus cakap "Boleh tahan besar juga ni hotel!".
Jakun kejap hehe.
Pojiegraphy
Am glad to know that. I'm sure Hyatt Regency Kinabalu will be happy to hear it 😉
Pojiegraphy
Thank you bro Zarin! 😉
Pojiegraphy
Indeed. Memang best duduk hotel ni. Thanks for dropping by! 🙂
Pojiegraphy
Hey there! 😉
Pojiegraphy
Pengalaman kita sama! Kalau ada peluang, balik kk nanti nak duduk lagi hotel ni 🙂
Pojiegraphy
Thanks bro MKL! 🙂
Uncle Zuan
siap ada gym! kalau aku memang dok 24/7 kat dalam hotel je la macam ni. haha
Khir Khalid
Assalam my frien… wah.. menarik. Suasana pemandangan sangat cantik. Memang berbaloi dgn hotel yg pasti selesa ni. Salah ukhwah & ceria selalu… 🙂