Pengalaman menginap di Novotel Hua Hin Cha Am Beach Resort
Tapi kalau anda mencari sesuatu kelainan atau nak pergi tempat dimana orang tempatan suka pergi, go to Hua Hin.
Hua Hin merupakan sebuah bandar peranginan pantai yang terletak di wilayah selatan Thai iaitu Prachuan Khiri Khan. Sinonim dengan pantai dan taman tema air, destinasi ini sesuai untuk mereka yang bercuti secara solo, dengan kawan atau keluarga. Alhamdulillah, kali ini aku berpeluang untuk merehatkan diri (read: lari dari rutin harian yang sibuk) sambil menikmati fasiliti dan servis di Novotel Hua Hin Cha Am Beach Resort & Spa.
Teruskan membaca untuk tahu ulasan saya tengan resort ini dan sedikit perkongsian tentang apa yang anda boleh buat di Hua Hin.
Penerbangan terus ke Hua Hin
Memandangkan Hua Hin semakin popular dalam kalangan Malaysian traveller, Air Asia menawarkan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Hua Hin yang mengambil masa sekitar 2 jam sahaja.
Novotel Hua Hin Cha Am Beach Resort
Sampai sahaja di hotel ni, aku terus ke lobi untuk daftar masuk. Proses agak lancar dan mudah. Most of the staff di bahagian reception boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan lancar.
Kegemaran aku sudah tentulah ruang balkoni yang bukan sahaja menawarkan pemandangan pantai tapi juga bunyi ombak yang sungguh menenangkan. Dengan pemandangan macam ni, I don’t mind staying in my room for the whole day.
Restoran: Ocean Terrace Bar & Restaurant
Makanan di sekitar Hua Hin ni not bad juga untuk anda explore. Who doesn’t love Thai food, right? Tapi jika anda rasa malas nak keluar dan hanya nak spend time menikmati fasiliti-fasiliti yang ada di hotel, don’t worry. Anda boleh makan di beberapa restoran atau bar di hotel ni.
Aktiviti di sekitar Novotel Hua Hin Cha Am Beach Resort
Terdapat pelbagai aktiviti yang anda boleh lakukan di sini selain merehatkan diri di bilik. Antaranya ialah anda boleh ajak kawan-kawan atau keluarga mandi di kolam renang. Istimewanya kolam renang di sini ialah terdapat tarikan gelongsor yang confirm kanak-kanak (maybe dewasa sekali) suka. Kolam renang beroperasi setiap hari dari pukul 7 pagi hingga 8 malam.
Anda boleh biarkan anak-anak bermain di sini kalau nak buat something else kerana ada staf yang akan pantau anak-anak anda. Some parents need their me-time, right?
Tarikan menarik di sekitar Novotel Hua Hin Cha Am Beach Resort
Alamat: 854/2 Burirom Road, Cha Am Beachfront, Petchaburi , 76120 Hua Hin, Thailand
Telefon: (+66) 32 708 300
neysa assila
Wowww cantiknya gambar2, and bestnya. definitely must visit place in Hua Hin!!
Unknown
Impressive article and pictures bro
Unknown
Wow, cantiknya tempat tempat yang awak pergi! jika korang nak bercuti dengan harga yang murah, kami menyediakan pakej pakej murah untuk anda semua. pelbagai pakej disediakan. lawat laman web kami untuk maklumat lebih lanjut dan melihat pakej pakej kami. link di bawah
http://kembarasufi.com/
Shasha
Food diorang halal ye?
Shasha
Food diorang halal ye?