Pengalaman Temuduga SPA (Separa Perubatan U29)

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email WARNING! THIS ENTRY IS EXTREMELY LONG find BOLD texts for main point *berdasarkan pengalaman sendiri* Idea untuk menulis…

WARNING! THIS ENTRY IS EXTREMELY LONG
find BOLD texts for main point

*berdasarkan pengalaman sendiri*
Idea untuk menulis cerita pengalaman temuduga dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) selepas menulis entri tentang Pengalaman Berada Di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah (KSKBUK).

Sama seperti aku, masa nak dekat-dekat interview baru terhegeh-hegeh untuk search berkenaan dengan sesi temuduga bersama SPA tu. Dah habis melawat pelbagai jenis website yang ada cerita pasal interview ni. Nervous punya pasal kan, terus rajin buat research. 
Selepas selesai membuat permohonan di website rasmi SPA, tidak lama kemudian anda akan terima email atau pengumuman tentang pemilihan dan panggilan untuk sesi temuduga. Pastikan ada mengisi borang permohonan dengan informasi yang lengkap dan benar.
Sebelum itu, aku hadiri sesi temuduga untuk Latihan Separa Perubatan Gred U29
CERITA
Seperti biasa, sesi temuduga bermula pada pukul 8.30 pagi (atas kertas). Agak kurang bernasib baik kerana ketika dalam perjalanan dari Shah Alam ke Putrajaya, tiba-tiba kereta buat hal. Lambat sampai ke tempat temuduga. Sampai saja di pusat temuduga, kelihatan ramai orang tengah menunggu giliran untuk ditemuduga. Nanti akan ada kaunter khas yang akan menyemak segala dokumen anda dan berikan anda no giliran untuk ditemuduga. 
Selepas selesai semakan dokumen, aku pun tunggulah untuk dipanggil. Suasana agak tegang masa tu sebab dikelilingi dengan orang yang nervous. Dalam kepala ni, apalah agaknya soalan yang bakal diacu kepada aku ni. Lagi bertambah tekanan tu bila semua calon berpakaian kemas, nampak matang dan bijak. Aku pula pakai macam nak pergi shopping mall. Baju kameja, seluar slack kelabu, tiada necktie, tiada stoking. Tahap selekeh tu berada di tahap yang begitu serius.
Tunggu punya tunggu, tibalah giliran aku (masa tengah tulis ni boleh terasa lagi debaran tu). Masuk dalam dewan, ada 3 orang panel tengah menunggu. Semua muka agak tegang (agaknya lapar belum breakfast). Suddenly ekspresi muka diorang berubah bila aku bagi salam, minta kebenaran untuk duduk dan tanya khabar. Nampak tak betapa powerfulnya tiga benda ni?
Selepas selesai menyerahkan semua dokumen penting, kini tiba masanya untuk sesi soal jawab. Antara soalannya ialah:-
1. Secara ringkas, boleh perkenalkan diri anda?
Part ini, korang just make it simple and short. Jangan terlalu pendek dan jangan terlalu merapu. Straight to the point contohnya mak ayah kerja mana, umur berapa, sebelum ni buat apa, adik beradik berapa orang, asal mana
2. Dari bidang fotografi, kenapa pilih bidang ini (Perubatan)?
Soalan ni based on my case. So, aku jawab apa yang aku rasa. Couldn’t remember what was my answer but masih ingat la I stated to try another field and get more experience. I love to explore. I didn’t stick to one particular field. I explain to them my education journey from Computer Programming to Art & Design and now to Medical field. Masa explain tu kena penuh dengan confident, kalau blur-blur they might think apa yang anda cakap tu rubbish. The key here is CONFIDENCE. Diorang nak uji tahap keyakinan korang. 
3. Apa yang anda expect dari bidang ini? 

Soalan macam ni boleh dijawab spontaneously but secara matang la. Aku just nyatakan apa yang aku nak iaitu pengalaman dan jaminan pekerjaan selepas tamat latihan. If korang tambah elemen drama sikit dalam jawapan pun terbaik contohnya “Saya nak belajar dan kerja untuk bantu keluarga“. It shows that you’re passionate towards this thing. 
4. Kalau tak dapat pilihan utama, boleh terima pilihan lain?

Hmm. Agak berat sebenarnya soalan seperti ini. Kalau jawab tak, definitely tidak akan dapat la kan tawaran ni. Kalau jawab ya, risiko besar pula. My safe answer to this question is “Ya, saya terima jika itulah keputusan yang dibuat oleh pihak SPA. Walaubagaimanapun, saya cukup berbesar hati jika dapat apa yang saya pilih” My first choice was Juru Xray seterusnya Farmasi dan Medical Assistant. 
5. Ceritakan serba sedikit berkenaan dengan bidang Farmasi
Soalan ni dia pick randomly. So, dia pick farmasi and aku perlulah elaborate pasal farmasi walhal dah prepare dah nak explain apa untuk Xray. Nasiblah. Aku jawab berdasarkan my general knowledge pasal farmasi – buat, susun, label and distribute ubat. Itu saja. 
Lepas tu dia tambah lagi soalan berbunyi “Jika doktor suruh bagi ubat yang tidak ada kena mengena kepada pesakit. Sebagai ahli farmasi apa yang anda akan lakukan?
Jawab ikut logik dan juga etika yang kita tahu la. Dah sah-sah salah, kita cuba betulkan dengan cara buat confirmation dengan doktor, cuba explain kesilapan yang timbul dan last sekali refuse to do sebab kita lebih deal dengan nyawa orang. Kalau silap bagi, pesakit mati. Hah, kau nak buat apa?
That’s all untuk soalan-soalan yang aku dapat. Mungkin agak bernasib baik juga sebab dapat penemuduga yang fun, sporting siap boleh berborak keluar topik. Selepas selesai interview, dia maklumkan bahawa keputusan keluar pada tarikh ini, boleh check di sini dan sebagainya. Pergi kaunter makluman selesai interview dan SELESAI.
Overall selepas temuduga tu, instinct aku kuat mengatakan bahawa aku tak akan dapat tawaran ni sebab ada stumble in few questions and atas dasar pemakaian yang kurang professional. Tunggu punya tunggu, dapat tawaran untuk bidang FARMASI.
My advice is korang tak perlu nak buat persiapan bagai nak rak siap buat mind map notes berkenaan dengan itu dan ini. Sampai hafal lagi menteri-menteri Malaysia semua. Cukuplah korang tahu siapa Perdana Menteri Malaysia dan juga Menteri Kesihatan negara. 
Selain itu, dress up properly sebab penemuduga agak particular dengan cara calon dress up. Diorang akan tengok dari atas sampai bawah masa korang interview tu.
Seterusnya, prepare back up sekurangnya 1 salinan bagi setiap dokumen (untuk mengelakkan daripada perkara tidak diingini berlaku). 
Di samping itu, practice cara present diri especially communication skill. Kurangkan “Aaaa. Aaaaa” ketika menjawab soalan. Cuba untuk senyum selalu dan paling penting suara kena kuat dan jelas. 
Akhir sekali, bagi jawapan yang tak cliché. Ingat! Penemuduga bukan hanya interview anda seorang sahaja. Ramai lagi. Bagi jawapan yang tidak membosankan. Add some humour masa interview tapi jangan bagi lawak bodoh. 
Panjang pula membebelnya. Kalau ada pertanyaan atau tips berkenaan dengan pengalaman ni, boleh email atau drop comment under entri ni. InsyaAllah akan dijawab. Goodluck!
Regards,
Pojie

53 comments

  1. nice sharing .. thank you..doakn saya iv next month separa perubatan kat putrajaya jugak =)

  2. Hi, tq atas info yg sgt berguna. Saya akan di iv 6/4 nih. Nerve wrecking juga. Btw boleh tau iv dijalankan di dalam bm/bi ye?

  3. Bergantung kepada panel juga. Lebih lama interview tu bermaksud panel berminat untuk tahu lebih tentang ada. Possibility untuk dapat itu mungkin tinggi! πŸ™‚

  4. hye..sorry nak tumpang tanya..
    1. dalam surat panggilan x mention pasal resume..resume kena bawak x?
    2. saya degree holder so kena bgtw x psal degree n kena bwak skali x transcript degree?

    Tq.. πŸ™‚

  5. Sebab kita bukannya nak kerja, basically dia tak minta pun resume. Tapi, just prepare la in case dia nak.
    Boleh juga bawa, the more supporting docs yang you bawa, the higher the chances for you to get the offer. Good luck!

  6. really love this sharing. may God bless u. btw i'll be interview this 20/04/16 . so nervous. hopefully i can do it

  7. Nak tanya..time sekolah dulu saya ambil aliran sastera..boleh tak kalau saya apply bahagian farmasi ni even bukan ambil aliran sains tulen?..mohon pencerahan..terima kasih :)..

  8. Wahhh tqsm.. sbb dpt bnyk info.. tapi nnti panel akan tanya tugas secara random ke ? Bukan ape yang kita apply ker ? Sebab saya aliran sastera .. saya lpasan mtrik dlm jurusan acc.. so mmg tkut sgt.. sb mmg xde ape2 basic ttg perubatan ni .

  9. Wahhh tqsm.. sbb dpt bnyk info.. tapi nnti panel akan tanya tugas secara random ke ? Bukan ape yang kita apply ker ? Sebab saya aliran sastera .. saya lpasan mtrik dlm jurusan acc.. so mmg tkut sgt.. sb mmg xde ape2 basic ttg perubatan ni .

  10. Sangatlah boleh. Don't worry, tiada latar belakang Sains ataupun perubatan tu tidak menghalang kita untuk sambung. Kalau ada minat, boleh je. Saya pun sama dulu. Saya tak ada background langsung dalam Sains tulen. Nanti kalau awak dapat, awak akan start dari awal. So kena struggle sikit berbanding dengan mereka yang memang ada latar belakang dalam bidang ni. All the best!

  11. No problem, my pleasure. Berdasarkan kepada pengalaman saya, tiada. Dia tak akan tanya soalan sespesifik seperti tu πŸ™‚ Don't worry.

  12. Glad that info-info kat atas boleh bantu orang lain. Hehehe, Yup. Dia akan tanya tugas secara random, ala itu pun ikut logik je. Jawab apa yang kita tahu (penuh dengan yakin). Don't worry, dulu saya pun tak ada basic langsung. ZERO. Tapi, alhamdulillah dapat jawab apa yang saya tahu masa interview. InsyaAllah awak pasti akan dapat punya πŸ™‚

  13. Nk ckp tme kaseh lg skli.. sbb ape y abg pojie ckp mmh btol.. x pyah nk prepare beria smpai nk buat mind map bagai.. hahah .. smlm sy bru lpas iv .. n alhamdulillah panel tu okayy je.. siap bleh berbual bnde lain… thanks again ?

  14. Assalamualaikum nak tnye sikit , sy ade gak apply separa perubatan ni , tp x dpt2 iv .. Bile sy survey rupa2nya kene duduk ujian on9 .. Dulu abg ade gak ke ujian b4 iv ?

  15. farmasi under spa ni kan diploma ?nak tnya ada chances nak smbg ke degree ka atau smpai tu ja? klau bole smbg ke prgkat yg lbih tggi , smpai mana bole. ? phD ? tq for your respon.

  16. Asalamualaikum ..jika sijil2 kokurikulum hilang ..apa patut saya buat:( ..sebab saya kehilangan semua sijil kokurikulum saya .mnggu depan saya ada interview pembantu penyediaan makanan .apa perlu saya buat ..

  17. awak tgh belajar ke masa iv tu? sbb saya ade gak baca blog org lain and dieorg kata biasenye budak tgh belajar die tak amik sbb die galakkan budak habiskan belajar dulu.

Leave a Reply to Pojiegraphy Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *