Travelling to Singapore
I’m sure semua orang sudah tahu apa itu Universal Studio Singapore (USS). Penggemar cerita Hollywood seperti Jurrasic Park, The Mummy Returns dan Transformers pasti menjadikan tempat ini sebagai destinasi impian mereka kerana mereka boleh melihat hampir semua characters dalam banyak cerita Hollywood dalam satu tempat dan masa yang sama.
For your information, hanya terdapat empat Universal Studio sahaja dalam dunia ni which is dekat California, Florida, Japan and Singapore. For sure, terdekat dengan kita ialah USS.
Entrance Fee
Adult: RM175
Kids: RM135
Sebelum ni tak pernah terfikir untuk ke Universal Studio Singapore sebab aku ni bukanlah penggemar taman tema dan sebagainya. I’m more into nature and fun and adventurous activities. Pergi ke sini pun sebab tengok WTA FINALS. So, dah alang-alang sampai sini kan?
Overall, not bad la juga USS ni. Macam-macam ada. Part yang aku paling suka is that feeling of stepping into the world of Hollywood. Terasa macam berada dekat Hollywood la (bangunan dan suasana).
My journey bermula di Sentosa Station. Ramai yang ke USS ni melalui perjalanan dari Johor Bahru (sebab murah dan menjimatkan). Since kitaorang memang stay dekat SG, so ke USS ni just by MRT je.
Bila sampai dekat Sentosa Station, you’ll need to buy a return ticket from Sentosa to Waterfront Station. Dekat sana la nanti korang boleh access ke USS.
Watefront Station memang right after Sentosa Station. Jangan risau. Korang tak perlu bersesak lama-lama dalam train tu (I tell you the environment was a total chaos juga la if you go during peak season)
Walaaaa. Dah sampai pun dekat USS. Masih belum terasa lagi rasa teruja tu. I don’t know why… mungkin this is not my type of place but i’m sure orang yang minat taman tema bagai ni confirm akan excited bila sampai dekat kawasan ni. This is a true symbolic of USS kot.
My only weapon to enter this amazing land of Hollywood
Despite of the unlikeable crowd here, one thing that i love about USS is their buildings! So modern and interesting. I’m sure you’ll spend a lot of your time to snap ton of pictures standing near those hollywood-like buildings. Tak dapat pergi sana, acah-acah dekat sini pun jadilah.
Dekat USS ni memang ada macam-macam sections ya. Just don’t get lost. LOL. I managed to go few sections only. For me, those sections mostly sesuai dan menarik buat budak-budak la. Untuk kita yang dah tua bangka ni pun boleh la juga layan. Heheh
Ever After Wonderland (Shrek)
Not bad. Aku memang ikut sequels cerita Shrek ni sebab aku suka karakter kucing (Puss in boots) tu (lagi-lagi bila dia buat muka comel). Effect sampingan tu membuatkan kita rasa memang betul-betul berada dekat scene tu.
Jurassic Park
Tak berkesempatan untuk cuba section ni sebab masa tu memang ramai dan tak sanggup nak beratur since kitaorang pun sebenarnya tak boleh lama sangat kat sini sebab kena kejar flight pada petang tu.
Revenge of The Mummy
Antara semua section tu, section Revenge of The Mummy ni la aku nak cuba sebab tengok luaran pun dah macam gempak dan memang ramai jugalah beratur. Bila dah nak masuk turn, rupanya tak boleh bawa beg and etc. Alahai, leceh pula nak simpan and etc. At last, tak jadi cuba. Tak ada rezeki la tu maksudnya.
Frust tak dapat masuk, kita duduk dekat tepi dan ambil gambar saja la. Kecewa hati tak dapat cuba.
HAHAHA
Now, we’re moving to the world of science and technology. Rupa luaran pun dah nampak agak menarik & buat orang tertanya apa la yang ada dekat dalam tu kan. Jom kita tengok!
Transformers
*abaikan dekat kakak kat belakang tu* HAHAHA
Finally, aku jumpa juga section yang the best among the rest. Tak rugi beratur panjang dan lama yang amat dan ternyata semua tu berbaloi kerana pengalaman tu memang sungguh menakjubkan. Memang terasa macam berada dalam scene dimana tengah berada antara robot dengan robot yang lain. Aku suka part kena api tu. Rasa panaaas!
Ada juga persembahan dari Elmo and Friends dekat jalan towards the end. Excited semua budak-budak tengok (you could also have your chance to do selfie with those characters). Bagi aku, aku suka bangunan dekat area tu. Nampak macam dekat Europe or somewhere. LOL
Dah masuk theme park ni kena la buat muka bajet ala kanak-kanak riang untuk dapat mood excited tu
Bangunan-bangunan towards the end memang menarik juga. Totally rasa macam berada dekat sana. Tu yang macam aku cakap tadi, tak perlu pergi jauh nun di sana. Sini pun dah kira cukup. Hahaha
Indeed it was a nice ambiance around here – If and only if tak ramai orang
USS, Checked! Gambar depan globe ni memang wajib yang sebagai penanda yang kita sudah menjejakkan kaki dekat sini. HAHAHA
Things yang aku suka dekat USS:
- Pemandangan dan bangunan yang menarik.
- Pelbagai jenis permainan yang boleh dicuba.
- Tak terasa penat pun jalan dari satu tempat ke tempat lain (walaupun USS ni agak besar)
Things yang aku tak berapa gemar dekat USS:
- Ramai orang (masa aku pergi). Sesak yang amat.
- Makanan dan minuman yang dijual dekat sini memang cekik darah (biasalah tu.. Dekat I-City pun sama kot) LOL
Few tips kalau nak ke USS:
- Kalau nak jimat cermat, bolehlah ikut mana-mana pakej yang sedia ada (biasanya akan gerak dari Johor Bahru). Jimatlah bab stay, transport dan masa. Pakej selalunya bermula dari RM200.
- Kalau boleh, curi-curi la bawa makanan (roti and minuman). Jangan la bawa makanan berat macam nasi lemak, nasi lauk rendang bagai. Hahaha
- Plan your trip – make sure study map USS sebaik mungkin. Ini adalah untuk mengelakkan anda daripada membazir masa.
- Bawa pakaian extra – takut mandi peluh dan basah masa main permainan dekat USS ni.
- Jangan risau, mereka memang sediakan surau dekat sini. Macam biasa, tempatnya agak terpencil. Pandai-pandailah tanya orang dekat sini. Those yang pakai short, silalah bawa kain sebab diorang tak provide pun dekat surau.
- Gunalah baucer makanan sebaiknya (bila beli tiket masuk USS, akan dapat baucer free) – makanan dekat sini memang mahal ya kawan-kawan. Aku sanggup berlapar dan makan bila dah keluar dari kawasan ni.
- Kuatkan mental kalau pergi beramai-ramai (lagi-lagi bila ada budak kecil).
Nanti nak check out Universal Studio dekat California, Japan and Florida pula la. Wops! Haha
alaaaa bestnyaaa..syira teringin sgt nak pergi !
Yess ramalan seorang Sheril betul! Hahaha
Entry kali ni USS. Tajam ya mata. Walaupon sharp blur blur.
Btw comel gambar spec 3D tu hahahahahahahahaha
best!
tp sesak n mmg mndi peluh..haha
pegi yg japan ! best but same . sesak ..hihi
terbaikk . ada rezeki nak jugak pergi tempat macam ni 🙂
Terniat nak baca entry ni. Finally, ada juga tips-tips berguna sebelum pergi holiday. Ahaks.
jika di sebut keterujaan ke USS sis JM salah seorang daripada nya kerana mmg suka sgt masuk Theme Park ni itu sbb ketika ke USJ Japan ada ride yg x boleh naik mmg FRUST gila arhhh
ala..x sempat masuk Jurassic PArk ke..mmg BEST!
itu mmg sgt RUGIII jika tak masuk The Mummy Revenge tu..rollor coaster flying back..jika ada peluang perlu repeat sini mmg best. Barang2 boleh simpan dalam locker di sediakan. Kalau sis JM ada bersama tu mesti Pojie boleh naik? why..sis JM tolong jagakan beg eheheh
Ride TRANSFORMERS antara RIDE yg paling BEST di USS..sis JM naik 2 kali ahahah
Soory Pjie..dek kerana excited terpanjang pulak komen nya ehehe
good tips Pojie, mana tahu suatu hari ada rezeki kak ana ke sini, adalah sedikit info dr Pojie dah..:)
Good tips ! Bolelah berangan nak pergi. Tapi macam Pojie juga. Bukan jiwa. Tapi untuk snap snap gambar tu okaylah kot. Hehehe. 😀
umur da byk..tp pnah pegi Singapore skli je..itu pun sbb interview..huhu..mcm best je tmpat ni.
banyak berjalan…banyak masa ye…kaki travel ye.
bestnya.. teringin nak pegi USS!
Mmg best uss ni.. penat berjln klu dgn anak2.. tp amat berbaloi & menyeronokkan.. best!!
bestnyaaa…bila la nk boleh sampai sana…sobs~ sobs~
cuma bisa termenung melihat keindahan kota Singapore.
kapan ya bisa kesana, huhu..
salam blogger Indonesia Sahabat Blogger 77
Salam…adoi…xpuas betul baca…sanggup jugak ea kau masuk even tak minat dan tak sempat try pun benda2 game kat dalam tu…tp silap jugak lah sbb pergi time ramai orang…tapi hari biasa pun mesti ramai gak..bila lah aku nak pergi ni…haha aku sama cm kau kot, suke pada nature..maybe ko boleh pegi Garden By the Bay, singapore and buat review sekali tempat tu, very nice~ 😀
tp sebab aku ni jenis yg minat gila movie2 gempak universal ni, so aku teruja nak pegi sana. Hahaha..
owh ya, tips yg paling laaaaaast tu aku setuju sgt..gigih lah sape yg bawak anak2 or budak2 kecik..tak terlayan kot~
Wah menarik..seronok tgk gambar,.mesti enjoy kt sana kan,.hehehe lum berkesempatan lg nk g sana ..bika ntah nk g .. bab mkan minum ni mmg mahal lau tempat2 camni kan..kkk kak lya oergi pdan duk berabiss duit bli air jer kt dlm tu,.maklum laa bwk empat anak huhuhu..time dahaga kena bli time dahaga pergi bli…huhuhu mau jgak habiss duit sbb bli mkanan ngan minuman jer kan kan kan
tunggu jejak kaki ke Legoland dulu baru pergi USS hahaha tapi 2 tahun lepas dah pergi Singapore untuk trip kelas, rugi pulak tak terjah USS
aku makan frice bodo kat mesia & ade kuah spegeti as pencicah dh RM12 (lepas convert duit).. hahahahaha tu jeee mampu makan
rindu pulak dengan USS. haha jeles aku dengan trip korang ke universal studio japan tu
This comment has been removed by the author.