Pengalaman & Tips Snorkeling Di Pulau Redang Marine Park

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Tinggal beberapa hari lagi sebelum umat Islam menyambut hari raya Aidilfitri. Tangan ni dah mula gatal nak update…

Tinggal beberapa hari lagi sebelum umat Islam menyambut hari raya Aidilfitri. Tangan ni dah mula gatal nak update pasal trip ke Terengganu hari itu. Maklumlah, aku pasti ada family yang sambut hari raya dengan bercuti bersama ahli keluarga yang lain. 

So, dimanakah destinasi anda untuk hari raya ini? Kalau aku, Terengganulah menjadi pilihan hati!
Buat pertama kali, akhirnya aku berpeluang untuk ke Pulau Redang Marine Park atau Taman Laut Pulau Redang melalui jelajah media bersama Gaya Travel Magazine dan Tourism Terengganu sempena International Squid Jigging Festival 2015
Apa yang menarik di Taman Laut Pulau Redang ni? Mari kita mulakan misi meneroka keindahan taman laut ini. 
Perjalanan kami bermula dari Jeti Shahbandar, Kuala Terengganu dengan menaiki feri ke Pulau Redang dan singgah sebentar di Taman Laut Pulau Redang. 
HARGA TIKET KE PULAU REDANG:
Dewasa = RM55 (one way)
Kanak-kanak = RM30 (one way)
JADUAL PERJALANAN FERI UNTUK TAHUN 2015
Dari Jeti Shahbandar: 9AM, 10.30AM dan 3.00PM
Dari Pulau Redang: 7AM, 11AM, 1PM
Note: Sebelum membeli tiket feri, sila sediakan IC/Passport sebagai rujukan mereka.

Untuk ke Jeti Shahbandar ni ada banyak cara – pandu sendiri, naik bus ataupun teksi. Korang boleh la check caj semasa ya. Okay, tiket dah beli and now we’re ready to go! 

Keadaan dalam feri – air conditioned & tempat duduk yang selesa.

Anda juga berpeluang untuk santai dekat atas feri – menikmati pemandangan indah sepanjang perjalanan ke Pulau Redang
Group photo diatas feri. Sounds cool right?
Dekat atas feri ni juga adalah best spot untuk anda ambil gambar – posing la sepuas-puasnya. 
Dengar cerita, sekitar bulan November ke Mac ombak agak besar. Ada kemungkinan bot/feri tidak beroperasi pada waktu ini sebab bahaya. Jadi, korang semua kenalah pandai plan perjalanan untuk bercuti ya!

Setelah hampir sejam, akhirnya kami sampai juga dekat Taman Laut Pulau Redang. Kalau ke Pulau Redang, tak sah kalau tak singgah tempat ni. 


CAJ MASUK TAMAN LAUT PULAU REDANG
Dewasa – RM5
Kanak-kanak – RM2
APA ITU TAMAN LAUT PULAU REDANG?

Taman Laut Pulau Redang adalah kawasan perairan laut yang dizonkan sejauh dua batu nautika dari tikas air surut terendah. Taman Laut ini juga ditubuhkan untuk melindungi dan memulihara pelbagai habitat dan hidupan marin akuatik. 
APA YANG KORANG BOLEH BUAT DI TAMAN LAUT PULAU REDANG?
– Snorkeling
– Melawat musium kecil
– Bersantai di tepi pantai (ada pondok disediakan)
– Mempelajari bagaimana mereka melindungi dan memulihara hidupan marin akuatik
Kawasan muzium kecil iaitu himpunan informasi berkenaan dengan Taman Laut Pulau Redang Negara – pastikan jangan masuk dalam keadaan basah.
Sesaat aku melihat birunya air di Taman Laut ni, hati terus rasa begitu teruja nak dive in. Masa ni pergi dalam pukul 11 pagi. Memang ramai la kan? Tak ada orang mandi masa tengahari panas terik. So, pukul 10pagi – 12tengahari tu kira peak hours la tu. 
Before that, kalau nak dive and tengok hidupan dalam laut dengan lebih jelas, anda juga boleh sewa life jacket (sekitar RM10) dan juga alat snorkeling (sekitar RM10). 

Rasa teruja tu memang membuak-buak since the last time aku buat aktiviti snorkeling ni was 4 or 5 years ago dekat Pulau Sapi, Sabah. Loooooooooooooooooong time ago!

Air di sini yang sangat jernih membolehkan anda untuk melihat kecantikkan hidupan laut dekat Taman Laut Pulau Redang ni. Sungguh menakjubkan!

Cadangan masa untuk korang di Taman Laut ni 1 jam lebih pun sudah lebih dari mencukupi. Tempat untuk mandi & ganti pakaian juga disediakan di sini. 

Gambar bersama para perserta festival candat sotong yang lain – Oya, Khai, Amir, Pojie & Mawardi
Suasana Taman Laut sekitar pukul 12 tengahari
Tips? Bawalah makanan dan minuman secukupnya, jangan lupa untuk cas kamera/smartphone anda (boleh ambil gambar sebanyak yang boleh), bawa topi kalau tak tahan panas, datang awal kalau nak elak ramai orang. 
Okay, dah selesai bersuka ria dekat Taman Laut Pulau Redang, ayuh kita ke Pulau Redang pula lepas ni. Bakal dikongsikan dalam entri seterusnya!
Kalau anda sayang pada hidupan laut dekat Taman laut ni, kurangkanlah pakai sunblock cream kerana ianya sedikit sebanyak boleh mengancam mereka semua. 
Untuk informasi tambahan mengenai aktiviti snorkeling di Taman Laut Pulau Redang, anda boleh hubungi pihak Tourism Terengganu di +6096231553 atau email ke tourismterengganu2014@gmail.com.
_________________________________________________________________
This blog post was made possible through Terengganu International Squid Jigging Festival (Media Trip) in Terengganu organized by Tourism Terengganu & Gaya Travel Magazine
Tourism Terengganu Official Website
Gaya Travel Magazine Official Website
CLICK HERE

More Articles for #SquidJiggingTGG
CLICK HERE

Watch my Official Squid Jigging Video
CLICK HERE

To see more pictures of Terengganu Squid Jigging Festival 2015, you can browse through #SquidJiggingTGG on Facebook, Twitter and Instagram.

20 comments

  1. cantiknyaaaaa air laut memang rasa nak terjun =D
    gambar pun lawa2 je semua.. tak pernah sampai sini.. selain pulau pinang..
    pangkor ngan tioman saja tapi tioman pun tak sejernih macam ni..

  2. Hi Pojie! Nak tanya, if pergi ke Pulau Redang by speed boat, memang mereka akan singgah ke Taman Laut ni dulu ke? Selepas tu baru boat hantar ke Village Jetty? Sorry ?? first time nak ke Redang.

  3. Terengganu is the most popular tourist destination of Malaysia. It consists of some beautiful towns and islands. Tourists mainly come to Terengganu for relaxation purpose or for the water sport that’s the most common activity in the peninsular Malaysia. The islands are a treat to the eyes and soul, its beautiful sandy beaches, clear water and swaying palms are refreshing for both the mind and soul.
    Terengganu has a number of beautiful islands on its surface like Pulau Bidong, Pulau Perhentian, Pulau Redang and Pulau Kapas. You can reach them easily with the help of boats, jetties and ferries. However, Redang Island is the most visited island among the others and hence is considered to be the Paradise Island of Malaysia.
    Tourists reach Redang Island by either using the private or public ferries and jetties, available at Shahbandar Jetty or Merang Jetty. Merang is often confused with Marang, which is the name of a village situated in the south of Terengganu. Situated in District Setiu of Terengganu, Merang is very popular for connecting the tourists to places like Redang and Bidong that are popular for their water sports, which includes snorkeling and water diving.
    The scenic beauty of the village makes this plan a great tourist spot in its own. The Coconut trees and the beautiful deep blue sea are a treat to the eyes. The small huts camouflaged between the coconut trees are yet another pleasant sight to see. Below the hill in the village is Merang Jetty, where there is a harbour with boats. It is also well-found with eateries and rest rooms apart from the ticket counters.
    For more info please visit our website http://www.vigourmarine.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *