Awal tahun 2022 ni aku ambil peluang untuk travel ke Sabah. Bukan ke Kota Kinabalu, bukan ke Kundasang, tapi ke Semporna. Sedikit info, sebelum ni Semporna belum lagi terkenal dalam kalangan para pelancong domestik.
Dalam artikel ni aku akan kongsikan sebanyak maklumat berguna untuk korang since this is based on my experience dan juga plan.
Nota: Pengalaman dan maklumat dalam artikel ni adalah berdasarkan dari trip aku ke Semporna pada Febuari 2022.
Pengangkutan
Untuk flight, aku naik flight AirAsia dari KL ke Tawau Airport yang terletak sekitar 30 minit drive dari pekan Tawau dan sekitar 1 jam 30 minit dive dari pekan Semporna.
Tawau Airport ni kecil je.
Very straightforward.
Ada some kedai jual makanan.
Perjalanan antara Tawau Airport dan pekan Tawau: Kalau naik Grab, harga boleh cecah sekitar RM40 per ride. Kalau ramai orang, jimat la. Ada juga servis shared van dalam RM15/seorang. Ini bergantung kepada nasib ya. Kena pandai nego dengan driver.
Perjalanan antara Tawau Airport dan pekan Semporna: Kalau dari airport, ambil teksi. Luar arrival gate ada satu kaunter untuk purchase tiket. Harga RM95 per ride. Kalau pergi in group of 4, jimat la. Cari Kaunter Taxi Airport. Waktu operasi dari 7AM – 9PM.
Perjalanan dari pekan Semporna: If tak travel in group, aku recommend naik shared van kalau tak rushing sebab van normally tunggu sampai penuh baru gerak. Harga dalam RM20/sorang ke pekan Tawau dan RM25 ke Tawau Airport. Tolong ambil seat depan. Avoid seat belakang. Pening okay. Rasa macam naik roller coaster. Naik van di Terminal Van Tawau Semporna. Biasanya gerak sebelah pagi dan tengahari.
Penginapan
Untuk trip ni aku decide menginap di pekan Semporna je. Bajet tak cukup untuk stay kat resort di pulau. Aku stay di Kuree Hut Guesthouse. Lokasi dia agak strategik juga. Dekat dengan banyak kedai makan, KFC, convenient store and a few others.
Nak visit tourist spots pun dalam 10 minit je jalan kaki. Guesthouse ni simple je. Selesa la bagi aku. Bersih dan lengkap dengan keperluan asas like kitchen, washing machine dan banyak lagi. Rasa macam duduk rumah instead of hotel or apa. Host pun friendly and helpful.
Masa visit tu dapat rate RM419 untuk 6 hari 5 malam. Bilik family ada 3 katil dan tingkap. Berbaloi.
Day 1
Hari pertama cuma travelling journey je dari KL sampai la ke Semporna. Sampai Tawau Airport dah petang around 6.30PM. After that terus gerak ke pekan Semporna. Sampai dalam 8.30PM macam tu. Check in. Drop barang lepas tu terus serbu KFC sebab tak larat nak cari kedai makan masa tu.
That night just rest and chill kat guesthouse. Goodnight. Tak sabar nak explore Semporna the next day!
Day 2
Good morning. Sebagai seorang yang suka bangun awal, dapat juga aku menikmati pagi yang tenang & sunrise cantik. First place I went to was Cham Chuan Kee for a local kopitiam breakfast. Suka betul vibe kedai makan ni. I tried roti kahwin. Sedap sebab roti dia homemade. Suasana agak crowded awal pagi. So, do keep in mind kalau plan nak breakfast kat sini.
Nota: Korang akan jumpa ramai orang Bajau Laut (sea gypsies) dari pelbagai umur di pekan Semporna. Mostly yang suka approach visitors are kids la asking for money or food. Don’t give them money. If nak help, boleh bagi makanan atau minuman
Lepas breakfast, aku naik e-hailing ride ke jeti. Actually boleh jalan but nak kejar masa punya pasal. Nak naik boat untuk tour ke Bohey Dulang dari Jeti Pelancongan Kg Bangau Bangau. Kat jeti ni ada few operators yang accept walk in kalau korang nak buat island tour dan banyak lagi. Masa aku pergi tu aku nampak ada yang offer RM49 per person untuk satu tour. Normal prices around RM70 – RM100. If RM120 and beyond, tu mungkin dah kena overcharged. But do double check lagi ya.
Perjalanan bot dari jeti ke Bohey Dulang mengambil masa sekitar 45 minit. Boleh la nikmati view on the way tu. Here’s a thing yang korang kena tahu pasal trip ke Bohey Dulang especially yang nak hike untuk tengok view dari atas. Pagi tu they will observe the weather dulu. If pagi or the night before hujan, then chance untuk hike tu nipis. Ini faktor keselamatan untuk semua pihak.
Kitaorang just drop by kejap je kat Bohey Dulang for some photos and visit some small exhibition kat situ before gerak ke next spot. Berikut merupakan summary pendek untuk setiap tempat.
Pulau Mantabuan: Ia merupakan pulau kecil je dan ideal untuk aktiviti snorkeling. Air kat sini clear juga.
Pulau Sibuan: Kitaorang singgah sini untuk makan tengahari yang disediakan oleh tour operator. Ada orang local jual air kelapa juga. Dalam RM5 sebiji. Feel free to support them.
Korang boleh roam around on the island. Ada penempatan kecil kaum Bajau Laut. Boleh visit them and say hello. Kat sini aku jumpa pasangan yang dah ada 15 orang anak dan cucu dah.
Kitaorang buat satu lagi aktiviti snorkeling di sini sebelum berangkat balik ke mainland. Lepas day tour tu, penat. So singgah beli makan masa on the way jalan kaki balik ke guesthouse and the rest.
Day 3
Hari ketiga ni aktiviti agak banyak juga la termasuk scuba diving. Pagi tu meeting point kat Fat Mom Restaurant (I have no idea kenapa nama restoran tu macam tu) untuk pergi ke Pulau Timba-Timba. Perjalanan bot ialah sekitar 40 minit. Kat pulau pertama ni kitaorang sempat turun, ambil gambar & videos selama 25 minit.
Dive pertama di Pulau Timba-Timba not bad. Visibility masa tu clear. Nampak penyu, micros, school of fishes and more. This spot sesuai untuk yang baru mula dive. Dive habis sekitar 11.45AM. Lepas tu naik bot ke Pulau Mataking untuk lunch.
Lepas lunch, time for the second dive di Pulau Mataking. Dive spot ni menariknya ada underwater mailbox tapi cuma boleh untuk yang dah ada advanced open water je sebab kena pergi sedalam 20M ke atas. So, takde la rezeki masa tu. It’s okay, dapat juga tengok few things like penyu resting inside its spot, bumphead fish dan banyak lagi.
Lepas tu naik bot, rest and then proceed with the third dive di Pulau Pom Pom. To be honest, this spot nothing much. Nampak banyak dead corals. Visibility masa ni pun dah tak cantik. Angin dan current kuat sebab dah petang dah pun. Lepas habis third dive, gerak balik dan sampai di jeti pukul 4.30PM.
Bagi mereka yang nak fly drone, please take note ni. Tidak dibenarkan fly drone di Bohey Dulang, Pulau Sibuan, Pulau Mataking dan Pulau Mantabuan ya. Aku cuma berpeluang fly drone kat Pulau Timba-Timba je and yes, kat sini boleh fly.
Balik guesthouse rest and enjoy seafood di D’Samudera Restaurant, terletak di sebelah Wave View Hotel. Seafood dia sedap juga and harga berpatutan.
Day 4
Hari keempat aku decided untuk chill dan relax je. Keluar slightly lambat. Brunch di San Cafe yang terletak tak jauh pun dari guesthouse. Sebenarnya San Cafe ni owned by mak kepada host kat Kuree Hut Guesthouse. She brought us to this place. Restoran dia simple je tapi serve hidangan sedap seperti mi goreng, nasi ayam penyet, pisang goreng dan banyak lagi. Masih ingat lagi aku enjoy betul makan sambal dia.
Lepas brunch, aku pergi jalan-jalan kat floating market. Kat sini ada jual macam-macam benda from dried and wet seafood to local food. Bagi yang suka fotografi, tempat ni pun best untuk catch good street or portraiture shots.
Hari panas memang best pekena aiskrim. Ada local yang recommend pergi ke Yin Seng Ice Cream. I tell you, kedai dia memang legend. Vibe zaman dulu-dulu. Kedai ni serve homemade icecreams. One of the e-hailing drivers told us that kedai ni dah beroperasi for more than 30 years dah. Fuh.
Petang tu. We ventured slightly further untuk enjoy a different view of Semporna. Plan asal nak naik e-hailing je pergi sana but our host said nak pergi senang but balik dari sana ke pekan tu susah sikit. She offered us a ride and tour to Bukit Tanjung Parapat. That was so nice of her. If korang stay kat Kuree Hut Guesthouse, boleh la cuba-cuba tanya.
It was the best decision ever pergi tu Tanjung Parapat. View sepanjang perjalanan ke sana cantik. Jari tak berhenti snap shutter button. Ada entrance fee dikenakan if nak masuk Tanjung Parapat. Masa tu RM3/seorang.
We hiked around 25 – 45 mins. Boleh tahan mencabar juga bagi orang yang tak selalu hike tapi once dah sampai kat atas confirm lupa rasa penat sebab view lawa especially waktu petang. Lepas menikmati view, kitaorang turun dan balik ke guesthouse. Malam tu just rest macam biasa.
Day 5
Harini aku buat lagi tiga dive. Pergi ke Pulau Mabul dan Kapalai. Untuk part ni aku taknak cerita banyak sangat sebab pengalaman teruk masa tu dari awal sampai habis. Dah la lama kena tunggu pagi tu and bot yang kitaorang naik was too crowded. Campur dengan island hoppers, yang buat discovery scuba dan dengan scuba divers. Bayangkan betapa crowdednya dengan tank and equipments lagi.
Dive kat Pulau Mabul: We saw few turtles. That’s all. Visibility pun okay okay je. Lepas habis first dive. Lama juga la tersadai kat laut tu. Bot tak datang-datang. Nasib la ada dive centre baik hati bagi kitaorang naik and tunggu kat sana. Entah la. Semua rasa tak kena masa tu.
Lunch pun dapat lunchbox untuk tour guide sebab tak cukup. I felt bad because tour guide tak makan. Masa tu malas nak fikir sangat dah. Makan, rest and continue for next dive.
Dive kat Pulau Kapalai: Dive experience better than kat Pulau Mabul. Dapat tengok marine houses, banyak corals, school of fish, lion fish dan banyak lagi. Visibility je tak berapa nak okay.
Self Note: Our mistake was tak buat dengan a proper dive centre. So guys, next time aku sarankan korang buat la kat proper punya dive centre okay. Bayar extra sikit tapi selesa & pengalaman for sure bagus
Enough for the tour today. Masa taip ni pun masih emosi tapi takpe benda dah lepas. Dah setahun lebih dah pun. Malam pula kitaorang explore Terowong Street. Malam yang vibrant, full of lights dan musics, ada banyak tent yang jual secondhand items, serta stalls yang jual from local to international (mostly western) food.
We had our dinner kat Restoran Ikan Bakar Semporna, terletak bersebelahan dengan McD dan opposite Terowong Street. Ni pun host guesthouse yang bawa. Makanan mostly sedap. Ramai juga orang makan kat sini. Ada sotong goreng tepung, latok, pelbagai ikan bakar dan banyak lagi. Kalau into seafood, cuba la sini.
Day 6
Finally sampai ke hari keenam. Time to go back to KL. Pagi tu aku depart dari pekan Semporna pukul 10AM. Naik shared van dari terminal bas yang aku mention pada awal artikel ni. Sampai kat Tawau (Sabindo Square – opposite Terminal Cafe atau Kak Rugak Cafe).
Pergi pekan Tawau sebab saja nak jalan-jalan. Beli something kat Pasar Tawau. Lepas dah pusing-pusing. Aku naik e-hailing ride ke Tawau Airport and fly balik KL. Itu saja perkongsian pengalaman aku pergi Semporna. Harap ada bagi info berguna kat korang la. Kalau ada apa-apa nak tanya, boleh je contact through my social media channels.
See you on the next blog post.