Persahabatan dimata pojiegraphy

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Selamat pagi dan salam sejahtera kepada semua blogger-blogger yang terhebat di luar sana, diharapkan kalian sihat dan dalam…

Selamat pagi dan salam sejahtera kepada semua blogger-blogger yang terhebat di luar sana, diharapkan kalian sihat dan dalam keadaan yang sihat sejahtera. Hurm, jom tarik nafas dalam-dalam. Hembus nafas tersebut dengan penuh rasa tenang dan segar.
Hey, come on la! Hari ni hari isnin kot, permulaan bagi segala-galanya bukan? Jangan rosakkan hari pertama anda untuk minggu ini. Isilah hari ini dengan pelbagai aktiviti yang menggembirakan.

Baru semalam benda ini terlintas di kepala/fikiran aku, tidak tahu kenapa dan mengapa benda ini terlintas di fikiran aku. Lama-lama fikir, baru dapat idea.

Sebelum itu, cubalah baca entry ini sambil mendengar lagu yang baru saja aku sertakan ini.

Pendapat anda tentang PERSAHABATAN?
Apa sebenarnya erti persahabatan itu? Adakah sesuatu benda yang beri kepuasan kepada seorang individu? Adakah sesuatu benda yang menjadikan seseorang itu merasakan dirinya berada dalam zon yang selamat, or benda yang bermakna buat individu itu untuk dikenang?

Persahabatan merupakan suatu benda yang tiada had, Persahabatan tidak mengenal jantina seseorang itu, Persahabatan tidak mengenal tempat, dan Persahabatan juga tidak mengenal umur seseorang itu.


Kita boleh dikatakan ramai kawan, berjuta-juta kawan di dunia ni. Daripada pelbagai latar belakang. Kita berborak dengan ramai kawan, sembang situ sembang sini. Kadangkala kita sampai lupa dengan masalah, apabila leka dan gembira berjumpa/berborak dengan kawan-kawan. Ke mana kita pergi, kawanlah sentiasa menemani kita, apa yang kita buat kawanlah selalu berada di sisi kita, apabila kita ingin ke mana-mana selalunya kawanlah kita ajak, kawanlah yang boleh menggembirakan kita. Tapiiii, apabila kita susah? apabila kita memerlukan bahu untuk meringankan beban, apabila kita memerlukan seseorang individu yang mampu dan sanggup mendengar segala luahan/masalah yang kita hadapi. Siapalah yang akan berada di sisi kita? Kawan-kawan bukanlah lagi individu yang akan ada di sisi kita apabila kita berada dalam masa yang sukar dan SAHABATlah yang akan berada di sisi kita. Tuhan, Keluarga dan juga Kawan-kawan yg akan berada di sisi kita apabila kita susah dan senanglah yang akan menjadi SAHABAT kita apabila kita menghadapi sebarang kesukaran.

Apalah erti hidup kita ini apabila tiadanya SAHABAT?
Hidup tanpa SAHABAT ibarat masakan tanpa garam, gula, kicap dan sebagainya.
Bagaimanalah hidup kita tanpa SAHABAT?
Dimana kita nak pergi? Dimana kita nak beradu? dan kepada siapakah kita hendak berdoa?

Sahabat tidak pernah mengelu dalam sesuatu perhubungan itu.
Bagaimana kita mencari SAHABAT ini?
Jadilah diri sendiri, janganlah korang berlakon menjadi orang lain semata-mata untuk disenangi oleh orang ramai, kelak korang yang akan merana nanti. Jadilah diri sendiri, kerana dengan cara itulah kita dapat mencari SAHABAT sebenar. Mereka terima diri kita seadanya, mereka tahu/kenal diri kita sebenarnya. Memang perit untuk mengetahui bahawa diri kita ini tidak disenangi oleh individu lain, tapi inilah diri kita, janganlah kita ubah diri kita menjadi orang lain. Terimalah kenyataan yang memang nyata.


Dan, Jagalah hubungan Persahabatan anda itu, Janganlah disebabkan “Nila setitik, rosak susu sebelanga”. Terdapat masalah yang dihadapi, cubalah untuk menyelesaikannya dengan cara yang professional, jangan bertindak terburu-buru. Cuba untuk menjadi ikhlas/jujur dalam persahabatan, bersikap terus-terang itu sangat penting walaupun ianya boleh mengguris hati sahabat kita, janganlah kita sesekali menyembunyikan sesuatu daripada sahabat kita.


Remember, they were the part of our life. Yes, they are.
True friends do really need us when they do so, and we do need them like what they did.

Appreciate the Friendship, don’t you guys ever try to ruin it. Its a wonderful/sweetest thing in part of our life.

I’ve mine too, and i do appreciate on it. I love my Friendship.
Till then people, may enjoy your reading.
Have a great day ahead.
Regards, Pojiegraphy.

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *