Pulau Seribu: Pengalaman ke Pulau Tidung Besar dan Kecil dari Jakarta

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Korang tahu tak sebenarnya kalau ke kawasan Jakarta tu tarikan-tarikan yang boleh diterokai bukan terhad kepada aktiviti-aktiviti di…

Korang tahu tak sebenarnya kalau ke kawasan Jakarta tu tarikan-tarikan yang boleh diterokai bukan terhad kepada aktiviti-aktiviti di bandar je? Maksud aku, korang tak perlu travel jauh dari Jakarta pun still boleh pergi pulau, buat aktiviti air dan macam-macam lagi.

Sebelum ni kawan-kawan aku selalu ajak pergi Jakarta dan aku selalu tolak sebab bagi aku dah takde benda best dah nak explore kat Jakarta. Ternyata aku silap. Bila aku buat research serba sedikit tentang tarikan di sini, baru la aku tahu yang ada pulau-pulau menarik terletak tidak jauh dari Jakarta. Kawasan tersebut dikenali sebagai Kepulauan Seribu.
Aku akan kongsikan pengalaman aku ke salah satu pulau di sini iaitu Pulau Tidung Besar dan Kecil serta tip-tip berguna untuk korang yang berhasrat nak ke sini. Teruskan membaca ya!

 

Kepulauan Seribu

Pernah menjadi sistem pertahanan bandar Batavia pada suatu ketika dahulu, Kepulauan Seribu merupakan kawasan pulau besar yang terdiri daripada banyak pulau-pulau kecil. Berdasarkan sumber dari wikipedia, ada sekitar 36 pulau yang dibangunkan sebagai tempat rekreasi dan juga tarikan pelancongan. Ada yang dah developed dan ada juga yang privately owned.
Fun fact: pulau-pulau di Kepulauan Seribu adalah di bawah Jakarta menjadikan kota ini sebagai satu-satunya pusat bandar yang mempunyai 100 pulau di kawasan bandar tersebut.
Macam-macam jenis pengalaman yang boleh didapati di sini. Ada pulau yang sesuai untuk aktiviti swimming dan macam-macam lagi. Salah satu pulau yang kini mendapat perhatian dari ramai pengunjung ialah Pulau Tidung Besar dan Pulau Tidung Kecil kerana faktor saiz, jarak dan juga kepelbagaian aktiviti yang boleh dilakukan di sini.
Macam-macam pula aku nak cerita pasal Kepulauan Seribu ni kan. Takpe la. If you guys interested nak baca lebih lanjut tentang kawasan ni, boleh klik sini.

Perjalanan ke Pulau Tidung

Untuk ke Pulau Tidung dari Jakarta korang boleh naik bot dari dua tempat dan masa yang berbeza. Berikut merupakan option yang boleh korang pilih:
1. Dari Muara Angke ke Pulau Tidung: perjalanan akan mengambil sekitar 3 jam kerana korang akan naik bot kayu dan agak perhalan pergerakannya. Ia cuma beroperasi sekali sahaja dalam sehari iaitu pada pukul 7 pagi.

2. Dari Ancol Marina Harbor: perjalanan akan mengambil sekitar 2 jam. Bot yang digunakan lebih laju dan selesa berbanding dengan bot dari Muara Angke.

Local guide cakap tak boleh beli tiket online. Oleh itu, adalah disarankan korang beli tiket sehari sebelum berangkat.

Fasiliti & penginapan

Memandangkan Pulau Tidung ni bukanlah pulau yang membangun sepenuhnya, expect some kekurangan dari segi fasiliti la ya. Tapi keperluan penting tu hampir semua ada seperti mesin ATM, pejabat wakil kawasan, gerai-gerai makanan dan sebagainya.

Penginapan para pengunjung di Pulau Tidung pula biasanya dalam bentuk homestay. Rumah atau bilik disediakan oleh orang tempatan di sini. Ada yang sediakan pakej sekali dengan sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam (bbq).

Korang boleh book melalui travel agent atau kalau jenis YOLO, boleh je walk in kat mana-mana homestay yang korang nak stay.

 

Sewa basikal

Selepas sampai di Pulau Tidung dan relax sebentar di homestay, kami terus mulakan aktiviti pertama iaitu naik basikal keliling di bahagian utara pulau Tidung Besar. Pulau ni takde la besar sangat. Korang boleh explore seluruh kawasan dengan hanya menaiki basikal.

Kitaorang sampai di satu kawasan ideal untuk santai, menikmati pemandangan cantik & bunyi air laut yang cukup menenangkan. Di sini juga terdapat gerai kecil yang menyediakan hidangan makanan dan minuman.
Harga sewa basikal pula ialah IDR 15,000/sehari.

Snorkeling

Air laut yang jernih, terumbu karang yang sihat dan hidupan laut yang berbagai menjadikan Pulau Tidung sebagai salah satu pulau best untuk aktiviti ni. Sempat juga aku cuba aktiviti snorkeling di sini. Tak perlu pergi jauh sangat from the island pun untuk enjoy view underwater yang clear dan cantik.

Anda boleh request travel agent untuk include sekali aktiviti snorkeling. Kalau pergi sendiri, harga sewa peralatan snorkeling selalunya sekitar IDR 35,000. Boleh snorkeling di kawasan Jambatan Cinta. Tapi kalau nak pergi jauh sikit, kena keluar extra budget untuk sewa bot.

Jambatan Cinta

Salah satu spot terkenal di Pulau Tidung ialah jambatan yang dikenali sebagai Jambatan Cinta ini. Aku pun cari juga la sebab kenapa dia dipanggil Jambatan Cinta. Well, I saw ada ruang khas dimana para pengunjung gantung love lock di sini just like other famous love bridges di negara lain.

Ada juga mitos menarik yang mengatakan pasangan mana yang dapat melepasi jambatan ini tanpa sebarang halangan (like salah seorang tertoleh ke belakang), maka hubungan mereka akan kekal. Macam-macam la pula. Haha.

But in general, jambatan ni merupakan penyambung antara Pulau Tidung Besar dan Pulau Tidung Kecil.

Watersport

Bagi mereka yang bercuti dengan keluarga, semestinya Pulau Tidung menjadi destinasi ideal buat korang sebab ada macam-macam aktiviti air seperti flying fish, donut ride, jetski, banana boat dan sebagainya.
Harga pula bermula dari IDR 30,000 hingga IDR 100,000. Itu bergantung pada skill korang tawar menawar. Kalau pandai, lagi murah la boleh dapat.

Pusat konservasi

Terdapat pusat konservasi hidupan laut terletak di Pulau Tidung Kecil. Di sini anda boleh mempelajari beberapa maklumat berguna tentang hidupan laut yang mereka jaga dan selamatkan. Ada ikan, penyu dan sebagainya. For me, kids mesti suka this section sebab diorang boleh tengok beberapa jenis hidupan laut dengan lebih dekat.

Itu saja perkongsian aku untuk entri kali ini. Sebenarnya banyak lagi benda yang korang boleh buat di Pulau Tidung Besar dan Pulau Tidung Kecil ni. Aku kongsi sikit sebab tu je la yang aku sempat cuba selama 2 hari 1 malam di sini.
Bagi mereka yang nak pergi ke sini, boleh hubungi local guide yang bawa aku tempoh hari. Dia boleh bawa keliling pulau, sediakan segala keperluan termasuk penginapan korang kat sini.
Bang Jaya

+62 857 1458 0658

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai tempat-tempat menarik di Indonesia, boleh layari www.indonesia.travel atau #WonderfulIndonesia.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *