Pusat Kebudayaan China telah menganjurkan kempen promosi budaya dan pelancongan “Keindahan 4 Musin di China” sepanjang tahun bermula pada bulan April tahun ini. Setelah debut pertandingan “Koleksi Gambar Percutian Musim Bunga” lalu, kempen untuk bab musim panas akan dilancarkan.
Pada musim panas di China, anda bukan sahaja dapat melihat pemandangan semula jadi yang indah, tetapi juga menikmati budaya Cina yang unik serta pelbagai makanan yang enak. Penganjur telah merancang perjalanan halal khas supaya semua pelawat dapat memiliki pengalaman pelancongan dalam talian terbaik pada musim panas di China tanpa mengira kaum. Langit biru yang sangat jernih, tebing hijau subur mesti anda tidak akan dilupakan.
Daripada pelbagai tempat menarik di China, penganjur telah memilih 11 destinasi pelancongan musim panas terbaik, antaranya ialah Beijing, di mana unsur kuno dan moden bertemu, Shanghai ibu kota Magik, Xi’an, sesuatu bandar kuno 1,000 tahun, Guangzhou yang bergaya dengan budaya makanan yang mendalam, Harbin seerti mutiara Utara, Henan, buaian tamadun China, dan Tibet sebagai “bumbung dunia”. Selain itu, bandar sambungan penting di Jalan Sutera, Lanzhou Gansu, Ningxia Yinchuan yang berada di sebelah selatan Sungai Yangtze, Xinjiang yang meliputi unsur tradisional dan inovatif, dan Jiangsu yang puitis juga disenaraikan.
Semua destinasi China dari selatan ke utara seperti yang dinyatakan di atas mempunyai ciri-ciri tersendiri yang unik dan merupakan destinasi pelancongan mesra Muslim. Marilah melayari ke laman web rasmi Pusat Kebudayaan Cina untuk menikmati pemandangan dan adat istiadat musim panas di destinasi-destinasi tersebut. Cadangan untuk makanan, perancangan perjalanan dan tip praktikal juga disediakan.
Di samping itu, pihak penganjur mengadakan Kempen “Jom Undi Destinasi Popular China pada Musim Panas” pada masa yang sama. Dengan mengundi destinasi musim panas kegemaran, anda berpeluang memenangi hadiah berlimpah.
Pengarah Zhang Jiexin dari Pusat Kebudayaan China mengatakan bahawa, “Melalui aktiviti ini, pusat ingin memberikan maklumat pelancongan musim panas yang praktikal di China kepada rakyat Malaysia, maka mereka dapat menyediakan diri dengan baik untuk melancong ke China pada masa depan. Pada masa yang sama, kami ingin mempromosikan beberapa sumber pelancongan mesra halal China untuk mengalu-alukan lebih ramai rakan Muslim danbukan Islam Malaysia ke China untuk bersiar-siar.”
Tarikh akhir pengundian aktiviti ini pada 5 September 2021. Untuk maklumat lanjut, sila layari: Laman web Pusat Kebudayaan China (chinaculturalcentre.my/cn-beautifulchina_summer/) dan Facebook (facebook.com/chinaculturalcentreKL)
Kota yang indah